17 December 2009

Rindukan Makaroni

Saat waktu di akhir pengajian seperti ini,terkenang pula saat manis ketika menuntut ilmu di negeri orang. Sekalipun saat itu telah lama berlalu tetapi ianya masih segar di ingatan.Ketika diri masih di peringkat Thanawiyah, cita-cita di hati berkobar-kobar hendak menyambung pengajian ke Al-Azhar Mesir.Tetapi Allah lebih mengetahui apa terbaik buat hambanya.Disember 2002 saya menyambung pengajian di sebuah kolej di negara barat, bidang yang diambil ialah pengajian Islam Syariah.Selama 13 jam di dalam Mas Airline, sampai terasa jemu.Akhirnya sampai juga ke destinasi. Flight kami mendarat di Manchester Airport pada subuh yang hening. Keadaan di sini begitu sejuk,ditambah pula perjalanan kami bermula pada Disember.

Di sinilah bermulannya langkah saya mendalami ilmu dan bermulanya menu baru saya dalam menikmati hidangan tengahari dan malam dengan masakan orang sini.Pasta,Makaroni,burger, pizza,maqlubah,lasagne dan sebagainya.Juadah di waktu sahur pula tidak lain ialah cornflakes, roti Bakar, tamar, tea, coffea and fresh milk.Makanan di sini disediakan oleh pihak kolej yang mana mereka juga adalah muslim.Pada mulanya, saya sendiri agak tidak tahan menikmati hidangan western food pada setiap hari,tapi lama- kelamaan mula suka dengan masakan pelik-pelik ini.Saat rindukan suasana di sana, ke pasaraya juga saya menjadi bahan untuk memasak juadah western ni,terutama sekali macaroni dan pizza.

Kolej ini tidaklah begitu besar dan tidak pula terlalu kecil.Segala kemudahan ada di dalamnya,masjid,library, dewan makan,kelas,asrama dan sebagainya.Ianya adalah sebuah kolej yang diasaskan oleh Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Belajar di sini banyak juga subjeknya. Kolej telah menetapkan setiap pelajar wajib lulus semua subjek yang diambil pada setiap semester.Setahun hanya dua semester sahaja. Sekiranya para pelajar masih tidak lulus pada setiap madah yang diambil,peperiksaan ulangan tetap diadakan untuk kali kedua,sekiranya masih tidak lulus,walaupun hanya satu subjek,pelajar tersebut perlu mengulangi pengajian di tahun yang sama.Pelajar lelaki digalakkan membaca khutbah jumaat dan mengarang khutbah sendiri.Sebelum dibacakan di dalam khutbah, mereka mesti membacakannya di bilik pensyarah yang ditugaskan untuk memperbetulkan khutbah mereka. Terpulang kepada pelajar sama ada hendak menulis khutbah dalam bahasa Arab ataupun Inggeris.Tapi yang agak menyedihkan lepas khutbah dibaca,ada pula penyshrah lain yang menegur dan memberikan kritikan yang membina kepada pelajar yang berkhutbah sama ada dari segi isi kandungan khutbah atau doa di akhir khutbah yang tidak sesuai dengan situasi umat dan sebagainya.Satu masjid dengan teguran yang dibuat tu.Spontan lak tu, kesian gak ler dekat ikhwah yang buat khutbah dan tahniah juga kerana bersedia belajar dari kesilapan.Kata orang buat salah semasa lebih baik dari buat salah selepas belajar kerana waktu belajar ramai guru yang bersedia untuk membimbing.

Dari tingkap kamar bilik terbentang luas tanah lapang yang berumput hijau yang menenangkan penglihatan,kelihatan juga beberapa kumpulan biri-biri sedang memagut rumput. Keadaan di sekitar perkampungan Llanybydder ini, merupakan tempat pertanian. Lembu tenusu dan kambing biri-biri senang dilihat disekitar sini. Tetapi ketika tanah lembab disebabkan embun yang menitis dan tatkala hujan membasahi bumi,udara dan bau persekitaran agak kurang menyenangkan.


Setengah orang merasa risau bila mendengar ada orang menuntut ilmu di negara barat.Mungkin mereka terfikir, takut pemikiran seseorang akan berubah bila belajar di sini,tambahan pula dalam bidang Syariah. Takut nanti tersalah berguru tersesat pula menyebar ilmu atau menjadi begitu secular.Tapi al-hamdulillah pengajian di sini berguru dengan orang Islam sendiri yang kebanyakan mereka adalah orang arab yang mendapat kewarganaan British.Benar kata seorang guru ketika memetik kata-kata Said al-Nursi seorang mujaddid Islam Turki satu ketika dulu yang menyebut " Arubba Haamilul Islam" yang bermaksud "negara Eropah sedang mengandungkan Islam" Dalam paparan akbar hari ini, jelas membukti umat Islam yang menjalani kehidupan mereka di negara barat seperti di benua Eropah sering mendapat tentangan dari orang-orang kafir.Banyak sekatan yng cuba dilakukan terhadap umat Islam contohnya usaha kerajaan Prancis hari ini menutup sekolah beraliran agama Islam di negara tersebut.Begitu juga di Turki pelajar yang memakai tudung dihalang untuk menaiki bas.Usaha mereka dalam menyerang dan membekukan perkembangan Islam di negara mereka sentiasa di lakukan dari masa ke semasa.Tetapi Islam tetap berkembang walau ditentang kerana umat Islam di sana lebih menganggap mehnah dan ujian serta sekatan itu sebagai satu cabaran.Itulah motivasi yang perlu diterapkan dalam pemikiran umat Islam yang mana mereka perlu bersikap positif dan optimis dalam berhadapan apa jua tribulasi dalam kehidupan.Bahkan kisah kesabaran para Anbiya merupakan satu pengiktibaran yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan bagi menguatkan hati dan jiwa tatkala dihimpit ujian.

Sepintas lalu nostalgia di perantauan, terasa mulianya Islam bila umatnya dapat mempraktiskan agama dan keimanan mereka bila berada negara Eropah.Izzahnya Islam bila mereka menjadikan bumi Allah sebagai tempat untuk menunaikan solat disebabkan sukarnya mendapati masjid atau surau.Izzahnya Islam tatkala kita melihat seorang kafir yang mabuk disebabkan arak lalu terhoyong-hayang di depan mata di sekitar kaki lima,lalu melontarkan kata-kata yang kotor kerana kewarasan mereka telah hilang. Syukur kita sebagai muslim diharamkan meminum minuman yang memabukkan agar kita sentiasa berada dalam keadaan berakal dan waras.Justeru akal merupakan satu anugerah yang paling bernilai kepada manusia. Izzahnya Islam bila melihat undang-undang negara mereka yang membenarkan pergaulan bebas dan zina sekiranya masing-masing melakukan hubungan tersebut disebabkan suka sama suka,sedangkan Islam mengharamkan hal demikian itu dengan tujuan untuk memelihara zuriat dan keturunan serta wabak penyakit seperti Aids, sekalipun kajian sains dan al-Quran telah menemui ubat kepada penyakit Aids adalah melalui 100 kali sebatan kepada penzina lelaki dan perempuan,namun masih ramai orang Islam yang tidak mengambil berat dalam perkara ini,mengetepikannya serta memperlekehkan seruan ini.

Di sebalik perkara negatif yang terdapat pada masyarakat ini, sempat juga saya merasakan sedikit khidmat yang disediakan oleh kerajaan negara ini seperti rawatan kesihatan secara percuma dan diskaun bayaran pengangkutan awam seperti train dan coach.Inilah antara pengkhidmatan yang sering digunakan oleh saya.Mencari rezeki di negara orang memang menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.Salagi mana majikan yang berkulit putih dan berambut perang membenarkan solat didirikan ditempat kerja serta berhijab dan pakaian menutup aurat menghiasi diri, peluang bekerja secara separuh masa tetap diteruskan. Hasil dari rezeki yang diperolehi sempat juga saya menziarahi bumi Anbiya' yang menjadi impian untuk dijejak iaitu Mesir pada 2005 dan membeli bahan-bahan rujukan untuk kajian saya seperti kitab-kitab agama.


Selama 2 minggu di Mesir meraikan Eidul Adha di sana.Menaiki flight Alitalia dari Manchester ke Cairo sempat juga menapak beberapa jam di Rom,Itali.Ketika ketibaan waktu untuk berlepas ke Cairo, kawalan security di Rom agak ketat,apatah lagi masyarakat Eropah masih tertipu dengan igauan pengganas,rata-rata penumpang yang memakai hijab dan berjambang menjadi sasaran mereka untuk diperiksa.Selama beberapa jam di dalam flight,pada jam 1.45 pagi kami tiba di Airport Kaherah.Setelah passport dicek,kaki ini melangkah deras keluar dari ruang ketibaan.Lama menanti sahabat-sahabat yang akan datang menjemput saya dan seorang lagi sahabat yang kini bergelar ustazah di salah sebuah sekolah di Terengganu.Rasa gembira bila diberi peluang untuk menjejak kaki ke bumi Anbiya' ini.Bermalam di Terengganu Student House Hayyu Asyir, bertemu mata dengan sahabat seperjuangan yang lama terpisah sudah tentu banyak cerita yang dibualkan.Hayyu Asyir satu penempatan pelajar Melaysia, di situ terdapat binaan asrama anak-anak Selangor, Terengganu dan lain-lain.

Kesokkan paginya kami mengatur jejak ke sekitar Bandar Husin dengan menaiki bas.Kalau sebelum ni,ketika di peringkat menengah,guru-guru yang baru pulang dari Mesir selalu menceritakan tentang keadaan bas pengangkutan awam di sini.Tapi hari itu,saya sendiri telah merasainya sendiri.Tiba di sekitar masjid Husin,kota ini begitu hampir dengan Jamiah al-Azhar.Banggunan yang tersergam kemas semenjak berzaman lagi.Tersentuh hati Melihat keadaan umat Islam di Mesir, yang masih dilanda kemiskinan tatkala membandingkan keadaan masyarakat di negara barat yang hidup dalam keadaan kemewahan dan bersistem.Tetapi hati sentiasa mengingati ajaran guru yang telah menanamkan sikap berwaspada dengan musuh. Bukan sahaja umat Islam di Mesir berhadapan dengan masalah kemiskinan, tetapi kebanyakan negara Arab menghadapi nasib serta negara-negara umat Islam menghadapi nasib yang sama.Seolah-olah ada sesuatu yang telah diatur dan dirancang bagi matlamat untuk menzahirkan kelemahan umat Islam sejak sekian lama.Pernah ketika di dalam kelas Siasah Syariyah ketika degree, pensyarah yang berasal dari Libya menyebut tentang campbell document yang mana di dalam dokumen ini terselit perancangan Yahudi untuk melemahkan umat Islam antaranya ialah dengan melemahkan ekonomi umat Islam.Antara yang lain agar umat Islam lemah dalam memahami kitab al-Quran sendiri adalah melalui jajahan mereka terhadap pemikiran umat Islam seterusnya menghapuskan penggunaan bahasa Arab fushah dan menggantikannya dengan bahasa Arab Ammi (pasar).Segalanya mereka lakukan adalah bermula selepas zaman kegelapan yang dialami oleh barat.Ketika mana pada masa itu umat Islam telah mencipta sejarah ketamadunan bermula di negara Arab sehinggalah ke Sepanyol.Empayar Islam semakin melebar dan ajaran Islam juga telah tersebar di mana-mana,hasil dari kekuatan umat Islam di zaman Umawiyah,Othmaniah dan terhenti seketika di zaman Otmaniyah.

Walaupun saya tidak lama mengatur jejak di Mesir,tetapi melalui kajian dan buku sejarah, ada yang menjelaskan Mesir adalah di antara negara yang mempunyai sumber gandum yang terbaik.Disebabkan jajahan dan penaklukan yang dilakukan, penjajah yang menakluki Mesir telah membuat pejanjian dengan Mesir agar Mesir tidak mengeluarkan import dan export hasil pertanian mereka ke negara luar.Hal ini dilakukan oleh pihak penjajah sebagai satu langkah untuk membekukan ekonomi Islam.Hasil dari pembekuan ini pentadbiran negara dilihat begitu lemah dan mundur.Disebabkan kemuduran dan lemahnya ekonomi, kerajaan yang memerintah begitu memerlukan sokongan dan bantuan dari negara barat saat mereka ingin memajukan negara mereka, seperti membuat pinjaman wang dari bank dunia yang mengenakan riba yang berpanjangan sepanjang masa.Hasilnya pemimpin yang ingin berurusan dengan bank dunia terpaksa mengikut telunjuk barat dalam mentadbir negara sama ada melalui sistem sekularisme, kapitalisme dan sebagainya.

Sekitar di Mesir sempat saya menziarahi beberapa tempat bersejarah,antaranya masjid Husin yang berhampiran Jamiah al-Azhar Kaherah, makam para wali di Iskandariah, makam nabi Danial,benteng peperangan yang pernah dibina oleh Sahuddin Ayub dalam peperangan Salib(Qal'ah Solahuddin)di Iskandariah,makam Imam Syafie di Kaherah,tasik dan istana Qarun, wadi arbain, makam nabi Harun a.s dan Sinai.Semalaman mendaki puncak Sinai bersama empat orang rakan, terasa letih sepanjang mendaki,entah berapa kali, kami berehat di sepanjang pendakian apabila kaki terasa penat untuk terus melangkah.Tapi akhirnya pendakian yang bermula pada saat tengah malam mencapai destinasi dipuncak Sinai pada awal Subuh.Terasa sejuk di atas sana,selesai menyempurnakan solat Subuh,kami terus menanti saat matahari terbit.Merapati tempat Nabi Musa bermunajat terasa insaf dan teringat kisah kehidupan nabi Musa yang berjuang mempertahankan kalimah Allah di hadapan raja yang zalim iaitu Firaun, betapa beginda yang terpaksa berhadapan dengan sikap kaumnya yang bermain-main dalam agama,yang begitu gemar bertanya-tanya,dan menduga nabi Allah Musa a.s, mereka tidak lain iaitu Bani Israel.Sehingga ke hari ini masih mempermainkan ajaran dan kebenaran al-Quran,sedangkan berita tetang kehadiran rasul terakhir iaitu Muhammad telah lama termaktub di dalam kitab Taurat dan Injil, namun mereka tetap memungkirinya sekalipun kebenaran itu telah diketahui disebabkan rasa bongkak mereka terhdap Allah dan orang-orang selain bangsa mereka.

Setelah 2 minggu di Mesir pada tahun 2005,saya dan sahabat berangkat pulang dari Cairo ke Manchester dengan menggunakan penerbangan yang sama. Dari Manchester,kami pulang ke penginapan kami di Sheffiled.Menghabiskan saat-saat terakhir di Uk, sempat juga bermain dengan snow bersama teman-teman di rumah sewa di sekitar lorong perumahan dan di western park sebelum pulang ke tanahair.Jejak yang ditinggal di bumi Mesir menghasilkan bahawa, sahabat-sahabat yang menyiapkan diri mereka sebagai penuntut ilmu di sana, cukup memiliki kesabaran yang tinggi dalam mencari ilmu. Bumi yang terkenal dengan ulama dan ilmu telah menghasilkan para ilmuan yang hebat semenjak dari dulu.Sekiranya anda yang terpilih berada di sana sebagai penuntut ilmu,janganlah mempersiakan segala waktu yang ada dalam menuntut ilmu,kerana tidak semua orang terpilih untuk belajar di sana.Kekalkanlah identiti dan perwatakan ahli ilmu sekalipun anda telah pulang dari sana.

Al-hamdulillah dengan rahmat dan inayahNya penulis dapat merakamkan sebuah perjalanan hidup.Tanpa rahmat dan kasihNya,tentu penulis sendiri tidak mungkin mencipta perjalanan ini.Inilah sebuah sejarah kehidupan saya pada beberapa tahun yang lalu,ketika berada di perantaun.Tapi semuanya telah menjadi kenangan dan sejarah hidup yang mampu dikongsi bersama pembaca.Ciptalah semanis-manis kenangan, kerana kenangan akan menjadi sebuah sejarah hidup.Andai semalam adalah kenangan dan sejarah, hari ini….kita perlu mencipta langkah yang lebih kemas agar ianya bakal meninggalkan jejak teladan buat orang yang kemudian.Hari ini dan esok adalah ketentuan yang belum pasti,yang belum pasti ianya akan menjadi sejarah yang hebat atau sebaliknya,namun ianya perlu dilengkapakn dengan segala persiapan kerana yang esok bakal menjadi bekal untuk masa hadapan.SALAM MAAL HIJRAH 1431... HIJRAHLAH…..BERSAMA TEKAD & PERBAHARUI NIAT DARI MASA KE SEMASA AGAR NIAT Di HATI AKAN SENTIASA DISERTAKAN KERANA ALLAH.

26 November 2009

Bulan Pengorbanan

Zulhijjah antara bulan yang penuh dengan kebaikan juga pentarbiyahan dari Allah.Inilah antara bulan yang cuba untuk mengajar umatnya berkenaan pengorbanan.Betapa jelas meseg dari Allah untuk kita untuk mengingatkan hambanya tentang pengorbanan yang mana hal tersebut telah diajar oleh Allah kepada Nabi Allah Ibrahim a.s juga merupakan Moyang kepada seluruh keturunan nabi.Di saat Allah menyeru hambanya agar menunaikan ibadah haji yang juga merupakan rukun Islam yang ke-5 di tanah suci Mekah,Dia juga mentarbiyah seluruh hambanya agar melakukan pengorbanan demi agama melalui ibadah kurban dan ibadah haji yang sememangnya menuntut pembiayaan dari segi wang ringgit sebagai persiapan untuk pergi beribadah (rehlatul ibadah).

Saat waktu Allah mengarahkan nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya nabi Ismail, tanpa rasa resah atau gelisah nabi Ismail menyahut seruan Allah seraya berkata kepada ayahda baginda: "Wahai Ayahdaku lakukanlah sepertimana yang disuruh oleh Allah" Tatkala perkara itu hampir-hampir dilakukan oleh nabi Ibrahim,maka Allah meng menukarkan penyembelihan tadi kepada Kibas.Begitu mulia dan tulus cinta kedua nabi Allah ini kepada suruhan Allah.Bahkan suri teladan dari kisah si Ayah dan anak yang unggul ini menjadi kisah motivasi kepada seluruh umat Islam saban tahun.

Apakah cukup jika kita hanya menjadikan Aidil Adha ini hanya untuk bergembira dengan menikmati hidangan daging yang lazat? Sedangkan makna dan maksud pengorbanan yang sebenar masih lagi tidak dihayati.Menyembelih binatang kurban dan mengagihkan potongan daging tersebut kepada fakir miskin merupakan satu pengorbanan yang sangat besar.Tetapi terfikirkah kita masih banyak lagi pengorbanan yang belum terlaksana.Marilah kita hayati bersama erti pengorbanan.

Andai kurban suruhan agama
Pada apa telah ku korbankan
Di mana aku dalam pengorbanan
Saat Ibrahim melakar ketaatan
Ismail tenang melakar iman
Saat Hajar dibiar sendirian
Tanah Mekah menjadi teman
Itulah laskar sebuah pengorbanan

Andai pada agama diajar kita erti pengorbanan,itu bermaksud Allah ingin mentarbiyah kita bahawa agama kita adalah agama yang sangat menitik beratkan pengorbanan. Islam mengajar kita kerukunan rumah tangga,padanya juga terselit erti pengorbanan.Pengorbanan dalam institusi kekeluargaan, tangungjawab seorang suami dalam mencari nafkah kepada keluarga, pengorbanan sang isteri dalam mendidik anak-anak dan seterusnya pengorbanan anak dan tangungjawab mereka kepada kedua ibu dan bapa mereka. Semuanya berkait rapat dan saling berhubung serta tidak mungkin dilaksanakan tanpa sebarang pengorbanan.

Rasa ingin bekorban ini perlu dihayati oleh setiap insan yang Islam.Dengan penghayatan ini setiap insan akan merasai kewajipan mereka terhadap agama.Seorang pemuda harus menjaga kesucian agamanya dan berkorban untuk tidak merosakkan agama dan pengangan iman serta tidak mengotorinya dengan limpahan maksiat.Seorang pemudi juga harus bekorban untuk tidak mendedahkan auratnya dan menjaga kehormatan dan maruah dirinya sebagai seorang muslimah demi untuk agama. Seorang pemerintah harus amanah dan bekorban untuk memelihara rakyat jelatanya memahami kebenaran agama, sekalipun negaranya pernah dijajah oleh orang lain pada satu ketika dulu.Seorang guru perlu bekorban untuk mendidik pelajarnya memahami ilmu-ilmu yang bermanfaat.Seorang mukmin pula harus bekorban untuk memelihara kemurnian agamanya dari sebarang anasir yang cuba untuk merendah dan menghina Islam. Pengorbanan itu bukan sekadar memenuhi jemputan untuk menikmati hidangan yang dimasak dari daging korban,tetapi lebih dari itu,pengorbanan itu begitu luas pengertiannya ianya bermula dari agama dan kehidupan dan seterusnya kepada pahala di akhirat.

19 November 2009

Kisah C i N t A Seorang Tabiin

Mubarak adalah bapa kepada Abdullah bin Mubarak iaitu seorang Imam dalam ilmu hadis. Namanya Mubarak. Dulu, Mubarak itu seorang budak. Tuannya memerdekakannya karena keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka, dia bekerja dengan seorang kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Dia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi semua teman-temannya dan penduduk di sekitar kebun.

Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata, “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!” Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Dia memetikkan beberapa buah dan membawanya pada Tuannya. Dia menyerahkan kepada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya kecut dan belum masak. Dia mencoba semuanya satu persatu, semuanya kecut dan belum masak.

Pemilik itu gusar dan berkata,”Apakah kau tidak biasa membedakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang kecut?”

“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya biasa merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab Mubarak.

“Apa? Sekian tahun kamu bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas sebegini lalu kau bilang belum pernah merasakan buahnya. Kau berani berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu marah kerana merasakan dirinya dipermainkan.

“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah mencicipi satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk mencicipinya?” lirih Mubarak.

Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun dia tidak langsung percaya begitu saja. Dia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima.

Seorang temannya bersaksi, “Dia orang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika dia tidak pernanh makan satu buahpun sejak bekerja di sini bererti itu benar.”

Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam dia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu. Untuk lebih meyakinkan dirinya, dia kembali memanggil Mubarak,

“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buahpun selama menjaga kebun ini?”

“Benar Tuan.”

“Berilah aku alasan yang bisa aku terima!”

“Aku tidak tahu apakah tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali aku datang untuk bekerja menjaga kebun ini, tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu akadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku karena tidak ada izin yang jelas dari tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”

“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?” Tanya tuan kebun.

“Ya, meskipun delima yang jatuh di tanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku untuk memakannya.”

Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Dia sangat tersentuh dan terharu. Dia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata,

“Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku wajar mengahwinkannya dengan siapa?”

Mubarak menjawab,

“Orang-orang Yahudi mengawinkan anaknya dengan seseorang karena harta. Orang Nasrani mengahwinkan karena keindahan rupa paras. Dan orang Arab mengahwinkan anaknya karena nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”

Pemilik kebun berkata,”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertaqwa darimu.”

Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas. Dia hafal kitab Allah dan mengerti sunah Nabi-Nya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah Swt. Dia hidup dalam syurga cinta.

Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama “Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang ulama dikalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenal sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenal sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.
Beliau juga dikenali sebagai Ulamak Sufi.

Driwayatkan beliau pernah menulis sebuah syair kepada sahabatnya iaitu Fudhail bin Iyad yang juga seorang ahli ibadah di tanah suci.Abdullah menuliskan surat kepada Fudhail disebabkan beliau melihat situasi zaman pada ketika itu memerlukan jihad bukan sekadar duduk beribadah di dalam dua masjid yang utama iaitu masjidil haram dan masjid al-Nabawi yang mana telah disebut oleh nabi bahawa pahala sembahyang di kedua masjid tersebut berlipat ganda. Gandaan pahala sembahyang di masjid Nabi (Masjid Nabawi) ialah minimum 1,000 dan maksimum 10,000. Ulama juga berbeza pendapat dalam membahaskan samada sembahyang fardu atau sunat yang digandakan. Kalau 1 waktu sembahyang fardu = 1,000 sembahyang, maknanya 1 waktu di masjid Nabi = 1 tahun sembahyang.

Kisah Abdullah dan sahabatnya iaitu Fudhail ini telah dirakamkan oleh Ibn Kathir di dalam kitab tafsir beliau.Abdullah bin Mubarak dikenali sebagai seorang yang alim yang beramal,zuhud, kuat beribadah dan juga seorang mujahid pejuang Islam.Beliau mengutuskan syair sebagai satu peringatan kepada Fudhail bin Iyad seorang imam yang dikenali dengan gelaran Abidal Haramain.Kisah ini berlaku pada tahun 170 Hijrah dan ada riwayat yang mengatakan kisah ini berlaku pada 177 Hijrah.Al-Qaradawi juga turut memaparkan kisah ini di dalam karya beliau iaitu Fiqh Awlawiyat bagi menjelaskan tentang perkara-perkara yang perlu diutamakan dalam kehidupan. Beliau mengetengahkan kisah ini adalah sebagai contoh bagaimana Abdullah bin Mubarak yang pandai meletakkan mizan dalam membuat keputusan bag i memilih perkara yang paling utama dari perkara yang utama. Beliau juga melihat kisah Abdullah bin Mubarak yang memilih jalan jihad dan mati syahid daripada beribadah di kedua-dua masjid yang mempunyai kelebihan pahala yang berlipat ganda adalah satu contoh yang sesuai.
Antara bait-bait syair yang ditulis oleh Abdullah bin Mubarak kepada Fudhail bin Iyad ialah:

Wahai para ahli ibadah di al-Haramayn
Kalau kamu menyaksikan kami
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya
Kamu bermain-main dalam ibadah
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras
Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras
Kalau kuda-kuda orang kepenatan dalam perkara batil
Sesungguhnya kuda-kuda kami penat
dalam melakukan penyerbuan dan peperangan
Bau wangi-wangian menjadi milikmu
Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu jalanan
Telah datang kepada kami sabda nabi
Sabda yang benar jujur dan tidak bohong
Tidak sama debu kuda-kuda Allah
Di hidung seseorang dan asap yang menyala-nyala
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami
Bahawa orang mati syahid tidak diragukan lagi
Tidak sama dengan orang mati biasa.

Itulah di antara bait syair yang ditulis oleh Abdullah bin Mubarak dengan niat untuk mengajak sahabat beliau untuk sama-sama keluar berjihad dan mencari keredhaan Allah yang tinggi supaya menjadi salah seorang syuhada.Sejuknya ibu bapa yang dapat mendidik anak mereka seperti Abdullah bin Mubarak...Jika diingin pada zuriat yang baik,langkah yang pertama diri sendiri dahulu perlu didik menjadi baik sepertimana Mubarak yang begitu amanah dan bercakap benar.

18 November 2009

Angan-angan Nak pergi ke Mekah

Semalam selesai dinner dekat rumah,semua ahli rumah Bait Ridhuan menanti paparan berita di corong televisyen saluran Tv3.Biasalah bila nonton berita,ramai pulak yang mengambil peluang mengkritik penyebaran maklumat yang disampaikan.Tiba-tiba berita mengenai keadaan jemaah haji di Mekah kedengaran.Salah seorang pegawai Tabung Haji yang bertugas di sana ditemuramah dan memeberikan komentar tentang kelemahan kerajaan Saudi menyediakan khidmat pengangkutan kepada para jemaah yang tinggal di hotel-hotel yang agak jauh dari Masjidil Haram.Komentar pembaca berita juga menyebut keadaan yang seperti ini sebenarnya memberikan inpak yang kurang baik kepada jemaah,justeru antara jemaah yang pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadah Haji bukanlah di kalangan orang muda yang gagah perkasa.Ramai antara mereka di kalangan warga tua yang bersusah payah semenjak muda lagi menyimpan niat dan wang ringgit untuk menunaikan ibadah.

Kata seorang yang sahabat yang dipanggil sebagai sab berkata" Kita kalau nak pergi ke tanah suci ni,mesti dari sekarang simpan duit dab daftar di Tabung Haji,sebab selepas 10 tahun setelah tarikh mendaftar baru boleh pergi ke sana".Kata Zai " Kalau nak pergi dengan swasta kena ada dalam 20 ribu".Saya pula mencelah " 10 ribu jugak kena simpan untuk ke tanah suci ni,kalau pergi dengan Tabung Haji,tapi elok kita daftar sekarang,takut terlalu tua pergi beribadah banyak pula keuzuran".Seorang lagi teman mencelah " Kalau kita daftar sekarang, dalam 10 tahun lagi umur kita mesti dalam linkungan 30 an" Saya mencelah" Umur sekitar tu,insyaallah kuat lagi"

Perbualan kami terdiam seketika,mendengar pembaca berita memberitakan pihak kerajaan Saudi akan menyediakan pengangkutan awam seperti train atau LRT kepada para jemaah untuk sampai ke masjidil Haram.Ekoran dari projek perluasan masjdil Haram akan diaktifkan tidak lama lagi,erm bermakna,lagi luas masjidil Haram lagi banyak langkah yang perlu diaturkan semasa berada di sekitar masjdil Haram.Memang kena pergi ke sana di saat umur dan kesihatan masih dalam keadaan baik.

PErbualan kami diteruskan....saya mencelah,"kalau kita jumpa dekat tanah suci nanti,terlepas train ke jangan la buat kecoh-kecoh,bising-bising macam keadaan sekarang ni macam dalam rumah sewa ni".Seorang sahabat pula berkata: "Masa tu kan kita dah bertambah dewasa mesti dah semakin matang,dah tak macam sekarang ni".Suasana di rumah sewa bising seketika dengan gelak tawa kami.

Harap-harap angan-angan ini dimakbulkan Allah buat kami,sekalipun kami tidak tahu apakah esok masih ada buat kami.Tapi al-hamdulillah niat itu tersemat di hati-hati kami.Allahumma Yassir Umurana...

06 November 2009

Kahwin tu sunah ke?

Orang kata kahwin tu sunat,memang pun sunnah semua orng tahu.Tapi sebenarnya perkahwinan tu adalah satu janji,amanah dan pengorbanan.Tige kalimah ni saya dapat setelah selesai berbincang dengan sorang Dr.Fuh....besar belaka makna di sebalik tiga kalimah ni,rasa berat bahu bila mendengarnya,tu baru dengar je.Tak pikul lagi...tapi hairan kenapa Dr tak sebut pun bahawa perkhwinan tu adalah sebuah ikatan kasih sayang ke...something like that.Namun apa yang dapat disimpulkan dari ayat-ayat Dr,kahwin ni adalah sesuatu yang besar.Kata Allah Mithaaqan Gholidho.Ada tangungjawab yang besar di sebalik kalimah kahwin tu.Setengah orang dapat melaksanakanya dengan baik,setengah pula berkeciciran... Tentang hukum kahwin ni para fuqaha mempunyai perbahasan sendiri.So let us know better about that.Sebenarnya saya sendiri dah lama tak buka kitab fiqh,disebabkan mengkaji tentang ahli sufi yang tidak memilih untuk berkahwin,terpaksa juga saya mencari hujah-hujah fuqaha berkenaan perkara ni...Tahukah kita bahawa ada ulama yang tidak berkahwin,seperti imam Nawawi,Syed Qutb dan sebagainya...kenape lah mereka tak kahwin,habis mereka ni bukan umat nabi Muhammad ke.Sebenarnya mereka memilih untuk membujang disebabakan mereka merasakan bahawa tanggungjwab mereka untuk kebaikaan umat melebihi tanggungjawab mereka terhadap keperluan diri sendiri.So meh kita baca pendapat para fuqaha. Pernikahan di dalam Islam adalah sesuatu perkara sunat yang dituntut bagi sesiapa yang berkemampuan. Menurut pendapat ulama fekah,hukum berkahwin juga,adakalanya wajib, harus dan sunat.Hukum ini dibahagikan secara berperingkat kerana ianya dilihat dari segi kemampuan seseorang dari segala segi.Syariah sendiri mempunyai beberapa peringkat hukum yang membincangkan tentang hukum nikah. Menurut para fuqaha, hukum ini juga boleh diketogerikan kepada mubāh, mandūb, wajib, fardhu, makruh atau haram. i) Hukum berkahwin menjadi satu kefardhuan kepada orang yang takut sekiranya dirinya melakukan maksiat zina sekiranya dia tidak berkahwin, sedangkan dia berkemampuan untuk berkahwin dari segi harta, mahar dan nafkah. Para fuqaha meletakkan hukum fardhu dalam masalah ini adalah disebabkan perlakuan zina adalah haram dari segi Islam dan perlakuan ini tidak akan berlaku sekiranya seseorang itu berkahwin. ii) hukum perkahwinan menjadi wajib bagi orang yang mersakan dirinya akan jatuh ke dalam jurang penzinaan sekiranya dia tidak berkahwin. Hukum wajib ini lebih rendah dari hukum fadhu tadi. iii) Ianya menjadi haram, sekiranya seseorang itu tidak berkemampuan memberikan nafkah setelah berkahwin, dan takut dirinya bersikap zalim sekiranya dia berkahwin. Zalim itu adalah sesuautu yang haram dalam agama,sekiranya perkahwinan yang sunnah itu boleh menajdikan seseorang itu zalim,maka dalam perkara ini, hukum kahwin tersebut juga adalah haram. iv) Mandūb sekiranya seseorang itu masih dalam keadaan stabil yang mana dia tidak merasakan dirinya akan melakukan zina sekiranya dia tidak berkahwin.Dalam perkara ini menurut pendapat para ulama Hanafi, keadaan seperti ini, dihukumkan sebagai sunat yang mana yang boleh memberi kebaikan pada orang yang melakukannya dan tidak menjadi dosa pada mereka yang meninggalkannya. Disebabkan keadaan ini juga para fuqaha Hanafi menyatakan bahawa hukum asal nikah adalah sunat atau mandūb sepertimana disebut dalam kitab-kitab mereka. v) makruh sekiranya seseorang itu merasakan dia akan menzalimi isterinya sekiranya berkahwin. Pendapat Ulama Hanafi berkaitan dengan hukum nikah ini juga disepakati oleh ulama-ulama dari mazhab yang lain. Dalam pada itu,ulama dari Syafie tetap memberikan pendapat tentang hukum berkahwin ini, yang mana mereka menyatakan ianya adalah mubāh kerana perkahwinan itu satu urusan duniawi dan juga merupakan keperluan ibarat makan,pakaian dan tempat tinggal dan keperluan seperti ini diperlukan oleh setiap orang tidak kira muslim ataupun tidak. Oleh itu menyibukkan diri dengan amalan yang sunat lebih balik dari dihimpit perasaan takut terjerumus ke lembah penzinaan.Rujukan (Badrān Abū al-Ainayn Badrān,al-Fiqh al-Muqāran li Akhwāl al-Shahsīah bayn al-Mazāhib al-arbaah al-Sunnīah wa al-Mazāhib al-Ja'farī wa al-Qānūn al-Jawāj wa al-Talāq.Dār al-Nahzah al-Arabiyah.Beirut)

27 October 2009

Apa meseg Allah bila banyak gempa bumi terjadi?

Indonesia kembali mengalami gempa bumi pada 30/9/2009,banyak berita tersiar di dalam pelbagai media,dengan kekuatan 7.6 skala richter segala banggunan ranap sekelip mata.Sebelum dari itu,berlaku lagi gempa bumi yang berlaku pada 2/9/2009 di sekitar kawasan Jawa Barat dengan gegeran sebanyak 7.3 skala richter.Lima tahun yang lalu penduduk Aceh pernah dilanda gempa bumi yang berlaku dari dasar laut yang dikenali dengan Tsunami dengan kadar gegaran 8.9 skala richter. MASYAALLAH Hebatnya kekuasaan Allah....Setengah orang mungkin terfikir kenapa terlalu banyak sangat gempa bumi terjadi,ada orang buat tak kisah jer,dengan angkuh berkata,"Alah ini jadi dekat Indonesia bukan tempat kita" Tanpa sedikit pun mengambil iktibar dari apa yang terjadi.Mengapa keangkuhan ini berlaku?Ianya berlaku kerana hati seseorang itu jauh dari Allah.Sedangkan gempa bumi ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan alamat hampirnya kiamat.Mungkin ramai yang gembira dengan kehidupan harian,berbangga dengan apa yang dimiliki tanpa memikirkan akhirat yang kian menghampiri. Suatu ketika Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bangun dari tidur dalamkeadaan memerah mukanya, beliau lalu berkata, “La ilaha illallah, celaka orang-orang Arab karena keburukan telah dekat, telah terbuka hari ini bentengpenghalang Ya’juj dan Ma’juj seperti ini -beliau melingkarkan antara ibu jaridengan telunjuk lalu ditanya-kan, “Apakah kita akan dibinasakan, padahal ada orang-orang soleh di tengah-tengah kita?” Baginda menjawab, “Ya, jika al khabatstelah meraja lela.” (HR. Al-Bukhari-Muslim) Kata al-khabats dalam hadits ini memiliki makna segala perbuatan yang merupakan bentuk kemaksiatan terhadap Allah, serta dilakukan pada bila-bila masa dan dan di mana saja,(banyak dijumpai di setiap waktu dan tempat). Jika kita mencermati hadits di atas, lalu melihat kenyataan dalam kehidupan kita sehari-hari, akan muncul kekhawatiran, mungkin apa yang disabdakan nabi s.a.w adalah sesuatu yang benar-benar berlaku pada masa sekarang. Hadis tersebut menjelaskan, bahawa jika kemaksiatan telah tersebar dan merajalela, maka ertinya tadap keimanan yang ada pada manusia semakin berkurangan.Kebaikan dan keberkatan rezeki telah lenyap, kurang rasa aman dan selamat, banyak terjadi huru-hara dan wabah penyakit seperti HINI,ADES,SELSEMA BURUNG dan sebagainya. Sementara itu juga keadaan masyarakat semakin berubah kemungkaran dianggap kebaikan,sedangkan kebaikan menjadi sesuatu yang pelik dan dihalang. Inilah salah satu tanda akan keluarnya Yakjuj dan Makjuj yang merupakan satu di antara tanda-tanda besar kiamat sudah semakin hampir. Tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat yang bakal terjadi di akhir zaman sepertimana yang disabdakan oleh nabi satu ketika dahulu. Antaranya ialah: 1. Manusia tidak lagi memperhatikan Halal dan Haram (Menghalalkan Segala Cara)Dalam Shahih al-Bukhari dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, “Sungguh akan datang kepada manusia ini suatu masa, di mana seseorang sudah tidak peduli lagi, bagaimana caranya mendapatkan harta, apakah secara halal ataukah dengan cara haram.” Termasuk ketogeri mencari harta secara haram adalah dengan mengamalakan riba dan rasuah. Sama ada riba itu datang secara disedari ataupun tidak.Contohnya riba yang berlaku melalui duit-duit yang dipinjam atas dasar niat yang baik, tetapi dikenakan bayaran mengikut kaedah riba, seperti membeli rumah yang mahal harganya,tanpa disedari bayaran bulan yang dibayar berunsurkan sistem riba, hal ini menjelaskan bahawa sistem projek perumahan yang dijalankan di Negara,adakala menggunakan pinjaman dari bank-bank tertentu yang menggunakan sistem riba, si pembeli rumah tidak mengetahui hal tersebut dan membeli rumah mengikut perjanjian,padahal bayaran bulanan yang dikenakan termasuklah bayaran kepada bank yang mengenakan unsur riba.Selain dari jual beli rumah perkara ini juga berlaku dalam jual beli yang lain. 2. Detik Waktu terasa begitu pendek dan singkat. Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat, sehingga waktu menjadi singkat.” (HR. Al-Bukhari) Setahun mejadi terasa sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari terasa sejam dan sejam bagai semenit.Para ulama berbeza pendapat tentang maksud taqarub az-zaman (singkatnya wantu) dalam hadits di atas, di antara pendapat-pendapat tersebut adalah: - Sedikitnya keberkatan umur, cepatnya har-hari berlalu,ada pula berpendapat cepatnya waktu itu disebabkan banyak kemudahan seperti alat komunikasi sehingga yang jauh dirasakan dekat. 3. Pasar-Pasar Berdekatan. Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, “Hari Kiamat tidak terjadi sehinggafitnah tersebar, banyak penipuan dan pasar-pasar yang berdekatan.”(HR.Ahmad) Makna dari hadits ini ialah banyaknya pasar-pasar yang mengamalkan penipuan, dan tempat-tempat sebegitu mudah di dapati dan disinggahi. 4. Banyak Kekejian, Terputusnya Silaturahim dan kurangnya akhlak berjiran di kalangan masyarakat Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, “Kiamat tidak terjadi,sehingga kekejian dan perbuatan keji sering berlaku, silaturahim terputus dan hubungan kejiranan menjadi buruk.” (HR. Ahmad) Al fahsha’ atau kekejian adalah dosa atau kemaksiatan yang terlalu bermaharajalela. 5. Banyak berlakunya Gempa Bumi Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu ia berkata, “Telah bersabda Rasul Allah s.a.w, “Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak berlakunya gempa bumi.” (HR. Bukhari) Gempa bumi adalah salah satu kejadian untuk menumbuhkan rasa takut manusia kepada Allah serta merupakan hukuman atas dosa-dosa yang dilakuakan oleh manusia.Banyaknya gempa bumi merupakan salah satu tanda-tanda akan terjadinya kiamat,dan ketika gempa bumi itu berlaku, sebenarnya telah banyak kerosakan dan fitnah yang dilakukan oleh manusia terjadi. 6. Munculnya Wanita yang Berpakaian Tetapi seperti bertelanjang Nabi menyebut mereka sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian namun telanjang)karena, meskipun mereka memakai baju, tetapi pada saat yang bersamaan juga telanjang. Ini disebabkan pakaian yang dikenakan tidak berfungsi sebagai penutup aurat.Tatapi ianya hanyalah sekadar menutup kulit badan. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman yang bermkasud: “Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yangzhalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah, bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.”(al-Quran:Al-Anfal:25) Imam Ibnu Kathir berkata tentang ayat ini, “Allah Subhannahu wa Ta'ala memperingatkan hamba-hambaNya yang beriman tentang akan adanya fitnah, aitu ujian dan cubaan yang menimpa semua orang, tidak kiralah mereka dari kalangan orang yang jahat mahupun yang baik. Allah tidak mengkhususkan fitnah tersebut hanya bagi orang yang melakukan kemaksiatan dan yang terlibat langsung dalam dosa, namun semuanya terkena tanpa mampu menolak dan mencegahnya.” Sesungguhnya amar ma’ruf nahi mungkar, merupakan salah satu sebab untuk memperoleh kebaikan,keamanan dan kenikmatan dari Allah. Sebaliknya,meninggalkannya adalah sebab berlakunya kebinasaan, kerosakan dan kelemahan.

22 October 2009

Makan Kedai Mamak?

Sekitar area KL dan di mana-mana je dekat Mesia ni,banyak je kedai mamak.Setengah orang kata best makan dekat kedai mamak.Saya pun pernah makan dekat kedai mamak.Bukan nak cerita pasal masakan diaorang.Coz masakan depa selalunya mavelous.Harap-harap kita semua yang pernah makan dekat kedai mamak yang betul-betul muslim. Tapi selalu tak kita perasan kebanyakan kedai mamak tak jual lauk-pauk yang berkaitan dengan cow.Do you read some story about cow in their relegion?Kalau baca okaylah,kalau tak baca,perbanyakkan bacaan.Sometimes kalau anda nak makan dekat kedai Mamak,tanya dia kari lembu ade tak?Kalau tengok macam dia nak tak nak je jawab....buka mata sendiri la tengok dekat menu dia, ade ke tak menu berkaitan daging lembu.Tanyalah mamak pun ade tak dia jual kari daging lembu,walaupun tak makan dekat situ, at least boleh tahu, kedai mamak tu ok ke tak. Tapi tu lah ramai orang Islam makan dekat kedai mamak tanpa menitip berat,hal-hal macam ni.Mamak pun satu..buktikanlah kebenaran,kalau dah memang Islam..takkan masih ada bias lagi kut. Kita tahu orang non muslim faham kita tak makan babi,tapi tak tahu mereka faham tak kita tak makan sembelihan orang non Muslim,begitu juga dekat hotel dan restoran-restoran besar.Jagalah makan-minum kita,semoga kita menjadi seorang muslim yang baik dan berpegang pada agama.Jangan sampai tertipu dengan mamak dah ler.

21 October 2009

Without U

This is Samy Yusof lyric in his new album Without u,I think the meaning of this song is about brotherhood and friendship.So let sing this song for your beloved...he he like your close friend.Friends wherever you go,whatever you do,I will be right here praying for you,May Allah bless every your steps. Softly you called to me Across the space between Across eternity Where love winds a path unseen Out of the wilderness You beckoned my every step I stumbled sometimes and yet I never once looked back Cos I would see The man I know I used to be How I was lost before you reached for me No I don't know Where I would go What I would do Without You Without You Without You Like a heart between beats I would feel nothing you see If you took your love from me I don't know what more would life mean? I'd use my final breath To call out your name and let That breath upon the breeze(bayu) Rise like a kiss to thee So you might see Just what your love has meant to me And what the cost of losing you would be No I don't know Where I would go What I would do Without You

14 October 2009

Si kaya yang bersyukur dan Si fakir yang bersabar

Kaya dan miskin menurut ahli sufi,inilah perbahasan yang sedang dibaca olehku.Kaya dan miskin mungkin boleh dikatakan sebagai satu pilihan.Ada orang lebih suka memilih cara hidup yang agak zuhud walaupun dia kaya,ada orang memang memilih hidup yang fakir supaya dirinya tidak terjerumus kepada kecintaan kepada harta, walaupun dia mampu untuk mencapai semua bende tu.itu lah serba-sedikit intro bab kaya dan miskin dalam tasawuf. Tapi intipati dari perkara ini nak menjelaskan kepada kita,bahawa memiliki harta yang banyak dan berusaha ke arah itu memang sesuatu yang baik, bahkan para sahabat sendiri adalah orang-orang kaya dan memiliki harta seperti Abd Rahman bin Auf,Abu Bakar al-Siddiq dan selainnya.Tetapi harta itu tidak sedikitpun menguasai hati-hati mereka.Itulah para sahabat yang mendapat pentarbiyahan terus dari nabi s.a.w. Tetapi di zaman Umayyah dan Abbasiyah,keadaan dah berubah,umat islam pada masa itu dah semakin jauh dari asuhan nabi s.a.w,mereka sudah mula mencintai harta.Ada masalah ke kalau kita mencintai harta?...Jawapannya menjadi masalah sekiranya manusia membiarkan harta menguasai jiwa mereka,kerana istilah yang sinonim pada orang mencintai harta ini ialah mereka juga akan mencintai dunia. So bila dia dah mula cintakan dunia..walaupun dia mempunyai harta yang banyak..susah sikit la nak belanjakan harta tersebut ke jalan akhirat. Maka berdoalah selalu,semoga kita menjadi orang kaya yang bersyukur dan fakir yang bersabar dan tidak meminta-minta.Moga anda dan saya menjadi di antara orang kaya yang bersyukur pada satu hari nanti.Insyaallah

29 September 2009

Raya...

Salam Aidilfitri dari abang ipar Yusairi dan kande Hikmah sekeluarga...Ini gambar masa hari raya kedua sebelum keluar beraya.Selamat hari raya juga buat sahabat handai, saudara-mara jauh dan dekat yang masih mengingati.

14 September 2009

Ramadhan dan tesis

Dah nak berakhir Ramadhan, tesis ni tak siap lagi dibaiki.Aduh letih gak belajar waktu tengah puasa.Bila 10/8 hari tu berjalannya viva.Rasa lega gak ler,tapi nak berjalannya viva tu,sampai ke bilik viva FPI.Ada sorang Dr kata viva hari cancel sebab ketua Jabatan Usul tak dapat hadir.Tapi dia suruh saya gantikan.La...terkejut gak,cancel viva tanpa pengetahuanku.Selepas sejam tunggu akhirnya semua Dr yang terlibat dengan viva hari tu dah ada.Selepas present serba-sedikit,mulalah episod komen dan kondem.Adus mak ai, sepatutnya hari tu saya pertahankan tesis,tak sempat nak pakai baju prisai dah kena tembak bertubi-tubi,naik lembik saya hari tu.Siap viva ada jamuan minum petang.Masa tu pembaca dalam bagi tesis saya dan sorang lagi Dr ada sedang menikmati minuman petang.Saya masih di situ,melihat wajah pembaca dalam yang baru jer tembak saya habis-habisan terasa hidup ini tak keruan dah.Tiba-tiba Dr berdua jemput gak saya minum,ingat hati dah nak keluar dari bilik tu,tak nak minum ape dah. Dr siap tuangkan air lagi sebagai menghormati tetamu.Sambil tuang kopi ke dalam cawan,pembaca dalam cakap cakap kepada saya,"Kamu tak lalu nak minum dah ke,selepas viva? Jangan risau lah,kamu dah lepas cuma nak kena baiki sikit jer".Dah air dituang minum je la,walaupun air kopi hari tu sangat manis tapi dirasa sangat pahit.Lepas siap minum,saya pun balik ke rumah.Tergiang-ngiang kata-kata pemeriksa dalam dalam kepala.Seminggu juga ambil masa nak pulihkan semangat.Al-hamdulillah bila masuk jer Ramadhan saya bertekad nak siapakan tesis ni dan jilidkan.Ramadhan kali telah mencetuskan semangat juang dalam diri.Thank you Allah...hari itu memang tak bermanya nak tengok tesis.Tapi sekarang al-hamdulillah saya boleh berhadapan dengan kritikan itu dan belajar untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam tesis tu.Berkat Ramadhan bulan tarbiyah, penuh barakah, rahmah dan magfirah. Saidina Umar pernah berkata: Semoga Rahmat Allah bersama orang yang menunjukkan keaiban kami. Terima Kasih juga kepada Dr yang menembak saya pada hari viva.Walupun hari tu kena tembak-tembak. tapi kepada Dr yang tembak tu jugak ler, saya pergi tanya pasal peluru-peluru yang dia guna hari tu.hehe TQ Syeikh.Allahumma yassir umuurana.

11 September 2009

Ramadhan dah nak balik

Pejam-celik pejam -celik, kita dah berada di penghujung bulan yang mulia ni,tetamu kita ini akan pulang tak berapa hari je lagi,sedihnye.Belum pun sempat beramah-tamah dan bermesra dah nak balik.Itulah bulan yang disediakan Allah buat kita bagi melakukan amal ibadah.Beruntunglah orang-orang yang melakukan ibadah pada bulan ini dengan penuh keimanan, sesungguhnya Allah tidak mempersiakan ibadah mereka. Sabda nabi s.a.w:“Barang siapa yang telah mendirikan sembahyang pada bulan Ramadhan dengan iman yang teguh, khusyuk dan sempurna, maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Muslim) Dalam helaian sejarah, menjelaskan kepada kita terdapat beberapa peperangan yang berlaku dalam bulan ini,hal ini menunjukkan bahawa umat Islam sebenarnya adalah orang-orang yang kuat bilamana mereka memenuhi jiwa mereka dengan makanan roh. Tercatat dalam sejarah peperangan Salib yang diketuai oleh Solehuddin al-Ayubi bahawa beliau hanya membenarkan para tenteranya yang menyempurnakan solat malam sahaja keluar berperang.Pekara ini juga menunjukkan umat Islam akan lebih kuat dan lebih dekat dengan Allah bila mereka melakukan taqarrub dan menyucikan jiwa.Terdapat beberapa peperangan yang tercetus dalam bulan Ramdhan yang teukir dalam sejarah antaranya perang badar,Fathu Makkah pada tahun 8 hijrah,peperangan Hithin dan pembukaan kota Andalus,pembukaan kota Konstantinople dan peperangan Ain Jalut melawan tentera Tartar. Peristiwa 'Ain Jalut pun berlaku dalam bulan Ramadhan. Tentera Tartar yang ganas dari Asia Tengah telah menceroboh Baghdad yang menjadi pusat kerajaan Islam Abbasiyah. Mereka bertindak dengan ganas tanpa perikemanusiaan. Umat Islam dibunuh dengan kejam tanpa sebab sehingga Baghdad menjadi 'kolam darah'. Kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama dibakar, ulama dibunuh dan berbagai lagi kezaliman yang dilakukan. Umat Islam dipaksa untuk menerima satu peraturan yang dicampur aduk dengan agama-agama lain termasuk Islam. Mereka cuba untuk menguasai umat Islam sepenuhnya, namun Allah S.W.T tidak mengizinkannya. Bila tiba di 'Ain Jalut, dengan slogan " Wa Islamah" ( Wahai Islamku tersayang ) umat Islam bangkit semula dan berjaya menewaskan tentera Tartar dengan izin Allah S.W.T. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:"Sungguh menakjubkan perihal orang-orang Islam. Semua urusannya baik belaka. Sekiranya memperolehi sesuatu yang menggembirakan, dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Sekiranya ditimpa bencana dia akan bersabar, maka itu pun juga kebaikan baginya. Tidak diperolehi yang demikian itu oleh orang lain melainkan orang mukmin sahaja".( Riwayat Muslim) Bagi mengakhiri Ramadhan yang masih berbaki,seharusnya umat Islam merebut pahala di 10 akhir Ramadhan dengan pebuh mujahadah.Pohonlah kepada Allah agar segala taubat yang dilakukan diterima.Mudah-mudahan Ramadhan kita pada kali ini lebih bermakna dari Ramadhan-ramadhan yang lalu.Fi Amanilah...

08 September 2009

Salam Ramdhan al-Mubarak

Salam Ramdhan buat semua sahabat yang menziarahi blog ni,dah lama tak update ni.Al-hamdulilah siap viva tenang jiwa,lepas satu perkara.Cumanya kena baiki sikit sebelum di jilidkan.Masa viva hari tu,memang la sape pun mesti ada memory sendiri masa viva,tak delah kena teruk sangat.Tapi tah ler sensitif gak ler bila kena komen.tapi tak per..kata orang nak belajar kena sabar... Bak cerita nabi Musa dan Khaidir.Nabi Khaidir dah pesan dekat nabi Musa kalau nak belajar dengan dia jangan banyak tanya dan banyak komen,lastly nabi Musa komen jugak dengan keadaan yang berlaku walaupun dia sendiri pada ketika itu tidak tahu hikmah pengajaran dari apa yang berlaku sepertimana yang diceritakan dalam surah al-Kahfi.Tapi akhirnya nabi Musa tahu gak tentang hikmah pengajaran dari perbuatan Khaidir setelah dijelaskan sendiri oleh Khaidir. Kesimpulan dari kisah ini menjelaskan kepada kita kalau nak berguru kena banyak bersabar.Tapi kalau guru tu banyak sangat salahnya,jangan ler duk berdiam diri. Ramadhan bulan tarbiyah...marilah kita perbanyakkan amal ibadah dan amal soleh.At least kebaikan yang dilakukan dapat menghilangkan kejahatan yang pernah dilakukan.Jangan biarkan bulan barakah yang penuh pahala bonus ni berlalu begitu saja tanpa tingkatan amal.

28 July 2009

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin untuk Muda-Mudi

Nasihat ini ku ambil dari sebuah buku yang bertajuk Syuhada gaza...Mudah-mudahan pesanan Allah yarham Sheikh Ahmad Yasin seorang aktivis hamas yang Syahid pada tahun 2003 sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan semangat buat semua anak muda yang cintakan agama islam,berani berdiri menegakkan Islam dan menentang kezaliman,juga semoga pesanan ini memberi ingatan kepada semua golongan muda-mudi yang beragama Islam,agar Roh islam kembali hidup dalam jiwan-jiwa mereka.
Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah dengan meniggalkan pelbagai keseronokkan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia,mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kahidupan Rasulullah s.a.w.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya, lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk mendekatkan diri kepada sunnah nabi kalian yang agung.
Wahai para pemuda,aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab.Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh-kesah.Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah s.w.t dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
Aku ingin kalian tidak tidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantinya dengan kata amal,kerja dan zikir kepada Allah.Wahai anak-anakku aku amat berharap kalian tidak sibuk terjerumus ke dalam arus syahwat.
Wahai puteriku aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.Aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian mengambil peduli tentang agama dan nabi kalian yang mulia.Jadikanlah ibunda kalian,Khadijah dan Aisyah sebagai teladan.Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda mendekati kalian.
Kepada semua,aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.Latihlah kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan.Berpeganglah kepada agama kalian.Carilah sebab-sebabnya dan tawakkallah kepada Allah.

25 July 2009

Iktibar dari Kisah Marwa Al-Sherbini

Orang-orang yang membenci ajaran para nabi seperti Yahudi dan Kristian telah membunuh utusan Allah semenjak dari dulu lagi.Mereka tidak pernah berfikir untuk berhenti untuk membunuh orang-orang yang mengikut ajaran para nabi dari dulu hingga sekarang.Mereka bukan orang yang jahil tentang agama Allah,tetapi mereka bongkak kepada Allah.Ibarat Iblis yang tidak mahu sujud kepada Adam tatkala Allah menyuruhnya sujud kepada Adam. Usaha mereka untuk menghancurkan islam tidak pernah berhenti walaupun sejenak.Mereka telah menguasai segala bidang demi untuk melihat Islam dan umatnya lemah.Terutama sekali melalui media massa.Mereka telah mencipta perlbagai filem yang berunsurkan agama mereka hingga berjaya mendapat pasaran di negara orang-orang Islam sehingga umat Islam lalai dengan hiburan. Ramai orang tidak begitu mengetahui pembunuhan Marwa Al-Sherbini seorang warga Mesir yang dibunuh disebabkan memakai tudung semasa di Jerman.Beliau ke sana adalah untuk menemani suaminya yang sedang menyambung pelajaran di salah sebuah Universiti di Jerman.Tidak banyak media yang membincangkan hal-hal berkaitan kematian beliau,apatah lagi media-media yang wujud di Malaysia.Sekalipun Malaysia terkenal sebagai negara yang mejoritinya beragama Islam.Atau mungkin juga umat Islam di Malaysia hari ini tidak merasa sensitif dengan apa yang berlaku kepada sudara Islam yang ditikam sebanyak 18 kali disebabkan beliau yang berusaha mengagungkan syiar Islam dengan memakai tudung di bumi kafir Harbi. Fahaman Islamphobia masih lagi berkembang di kalangan masyarakat dunia hari ini disebabkan penyebaran maklumat yang terus-menerus menyatakan bahawa Islam is terrorism but it not. Jangan terkejut jika saya katakan fahaman ini juga menular di kalangan masyarakat Malaysia yang menghina hukum-hukum Islam seperti hukum hudud yang turut menyatakan hudud adalah suatu hukum yang zalim, apatah lagi ajaran seperti ini tetap disebarkan oleh orang-orang cerdik pandai termasuklah profesor di Universiti.Di manakah letaknya maruah Islam?Sebenarnya kezaliman yang berlaku tehadap Islam telah lama tercatat dalam sejarah, dan ianya mungkin akan berulang kembali,tetapi sekiranya umat Islam sendiri yang memperkecilkan ajaran Islam, itu tandanya manusia hari ini tidak menganggap Islam boleh memimpin perubahan.Bahkan mereka lebih suka untuk jadikan Islam itu adalah agama yang boleh dibentuk mengikut acuan dan fahaman mereka,bukan melalui fahaman Islam yang sebenar. Sejarah Islam telah banyak mencatatkan kisah dan pengorbanan orang-orang mempertahankan Islam sehingga ke titisan akhir hayat mereka.Kisah Marwa sebenarnya telah menyuntik kembali semangat dan harga diri orang-orang yang ingin mempertahankan islam,bahkan melalui perisitwa ini juga Allah ingin menghantarkan isyarat kepada umat islam supaya bangun dari tidur dan buaian mimpi dan kembali membuat persiapan untuk mempertahankan Islam.Sedangkan Islamdan umat Islam hari ini sentiasa ditindas dan hina pada setiap keadaan disebabkan kelalian mereka.Sedangkan sejarah Islam telah membuktikan bahawa Islam dan umatnya adalah umat yang terkuat yang telah berjaya menakluki timur dan barat untuk menyebarkan Islam bagi mengangungkan syiarnya.

09 July 2009

Mengapa terlalu banyak kajian di Universiti

Penyeledikan dan kajian yang bertujuan untuk meningkatkan kesetabilan dan kemajuan negara adalah sesuatu yang sangat baik.Di kebanyakan Universiti sama ada di dalam negara mahupun luar begitu rancak mengadakan program penyelidikan bagi menghasilkan punca permasalahan yang berlegar dalam kehidupan manusia di samping mencari jalan bagi mengubati penyakit-penyakit dalam masyarakat.
Terlalu banyak kajian yang wujud di Malaysia terutama sekali di Universiti yang dilakukan oleh para pelajar mahupun pensyarah.Lihat saja di deretan tesis yang tersusun,pelbagai tajuk anda boleh dapati untuk memenuhi maklumat dan ilmu pengetahuan.Tapi persoalannya sekarang adakah kajian yang dilakukan hanya untuk disusun rak-rak buku di perpustakaan atau segala kajian yang dilakukan seharusnya diambil kira oleh pihak yang memerintah bagi mengubah sistem yang ada yang bercanggah dengan prinsip Islam.Contohnya kajian berkaitan syariah yang membincangkan tentang pengharaman Riba.Tetapi amalan riba masih lagi diguna pakai di negara kita contohnya bebanan PTPTN yang perlu ditanggung oleh mejoriti pelajar-pelajar di IPT pada hari ini.Antara yang lain kajian mengenai Perlaksanaan Hukum-hukum Islam adakah relevan untuk Umat Islam,tetapi perlaksaannya tetap tidak dilaksana bahkan masalah sosial seperti kelahiran anak-anak zina semakin meningkat dari hari ke hari...termasuklah pusat-pusat pelacuran semakin berkembang tanpa sebarang pantauan yang berstrategi bagi meneruskan cagahan nahi munkar.
Dalam perkara ini penulis merasakan tidak wajar kajian yang dibuat hanya dimuatkan untuk pembacaan semata-mata tanpa sebarang perlaksanaan dan perubahan turut dilakukan.Tatkala penulis melihat seorang sahabat sedang mengambil upah di rumah sebagai orang yang menghimpunkan data-data responden bagi satu kajian universiti berkaitan Shasiah remaja,penulis begitu terkejut kerana terlalu ramai responden adalah di kalangan remaja yang berada dalam tahanan.Antara mereka adalah anak-anak Melayu yang tidak mendapat pendedahan dan kefahaman agama yang cukup sehingga diri dan jiwa mereka tidak tenang dan mencari pelbagi cara yang berlawanan dengan prinsip Islam dan akhirnya syahsiah mereka telah lenyap.
Apakah kita gembira melihat muda-mudi belia kita yang telah rosak baru diberi penawar atau kita lebih gembira andainya mereka terselamat dari semua permasalahan setelah mendapat didikan dan asuhan Islam secara sempurna? Berapa ramai lagi anak-anak yang dilahirkan hari ini akan terus berada dalam keadaan yang sama atau lebih teruk dari itu.Sebenarnya tugas kita bukan sekadar mengkaji dan mengetahui penyakit tetapi lebih dari itu kita seharusnya bangkit bersama golongan yang ingin mencegah penyakit sebelum merawatnya.Jangan sampai luka yang parah dibiarkan bernanah dan busuk kemudian baru kita mencari ubatnya sedangkan ubat itu sudah ada sejak lama di zaman Rasulullah.Bahkan nabi s.a.w berusaha mengubati penyakit masyarakat yang wujud di zaman Jahiliyah dengan Islam, sehingga akhirnya Islam dijulang tinggi,namun masyarakat Islam hari ini berlaku sebaliknya dengan mengembalikan unsur-unsur Jahiliyah yang dicantas Nabi s.a.w ketika dulu kepada kahidupan hari ini.

26 June 2009

Terkenang Kampung Halaman

Malam ni agak sunyi rumah sewa ni,ramai sahabat balik kampung,rindu gak aku pada kampung halaman,sebulan tak balik pun dah rasa macam setahun,tapi masa merantau ke negara orang menuntut ilmu, 2 tahun tak balik pun ok lagi...kata orang dulu lain sekarang lain...terasa rindu juga suasana bising di rumah,leteran ibu,anak saudara yang bermacam ragam....semuanya sedang tergambar dimindaku...Memang nakal-nakal..yang sedang pegang lastik tu namanya Muhammad Naim,saya gelarkan dia abang songkok hanya ke sekolah je dia pakai songkok,sebab masuk sekolah agama, belakang dia dua orang lagi adik dia,yang sedang sedang petik jambu Nurul Najah dan sorang lagi Amirah Hasanah.
Sibuknya pakai topi keledar,yang tu Ammar Nasrullah bin Yusairi,adik dia Nurul Iman,syahdunya...iman niarap.Baru ni dapat adik baru pulak, namanya Abdullah Fathi,ambil nama syeikh Fathi Yakan sikit masuk dalam nama dia,mana tau kot boleh jadi macam syeikh tu..yang baru kerahmatullah baru-baru ni..tapi mak sedara dia yang ni pun belum tengok lagi wajah dia,khabarnya dia dekat wad kena sakit kuning,harap moga Fathi cepat sembuh...
Ada tiga orang lagi yang takde gambar dekat dalam ni,insyallah balik nanti adalah gambarnye,yang sorang saya panggil ust Haikal sebab dia sedang menghafaz Al-Quran dekat Sri Al-Furqan,nama sebenar Muhammad Haikal Qayyum,adiknya,Mohd Haziq Qayyim dan Nor Hani Qayyimah....Haikal ni dah darjah empat sekarang,semenjak sekolah dia bertukar alamat,susah sungguh nak jumpa,pergi waktu siang pun tak de dekat umah,malam pun tak de....banyak sungguh aktiviti dia di luar rumah, kuat betul bersosial,ye lah umah dia duduk dalam kawasan sekolah....yang ni pun boleh tahan nakal dia...Lama tak tasmi' hafalan dia...
Gambar ni semasa dekat sawah di belakang umah,sebenarnya dulu kecik-kecik selalu jugak main dekat sawah...banyak jasa sawah ini dalam hidup saya...

Tempatku menenangkan fikiran dan mencari ilham..

09 June 2009

Bertemu Janji Allah

Bertemu Janji Allah..mungkin ramai yang telah memiliki karya yang ditulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini.Saya sendiri entah mengapa minat mengumpul buku-buku karangan Tok Guru. Membaca buku seperti ini,menjadi saya insaf apatah lagi tulisan Tok guru yang menjelaskan tentang keadaan kita di akhirat dan hal Mahsyar sangat menyentuh hati yang sentiasa dibelenggu dosa.
Bila membicarakan tentang Masyar tentu saja kita akan memikirkan keadaan manusia yang terlalu ramai berhimpun di sebuah kawasan.Ditambah lagi dalam maksud-maksud hadis yang jelas menceritakan saat manusia ketika itu dalam keadaan tidak berpakaian dan berpeluh-peluh.Bahkan peluh itu sendiri akan menjadi banjir.Adakah kita di antara orang yang akan lemas dengan banjir keringat? Atau kita akan terselamat…
Inilah di antara untaian rasa bingkisan ilmu yang ingin Tok Guru kongsikan bersama kita…Di antara bab-bab dari buku ini sebelum bab akhir ada tajuk yang menceritakan tentang Golongan yang Terselamat daripada Banjir Keringat…Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah golongan itu.. Merekalah golongan manusia yang telah mengalirkan peluh disebabkan usaha-usaha yang dilakukan demi mentaati perintah Allah serta menjauhi larangannya.Mereka juga adalah golongan mukmin yang mengerjakan ibadah kepada Allah,mengeluarkan keringat kerana menunaikan solat fardhu dan sunat,serta ditambah pula dengan keringat mereka ketika melakukan ibadah puasa wajib dan sunat. Mereka juga adalah golongan yang bekerja keras di samping mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadah haji dengan penuh ujian dan cabaran. Mereka juga adalah golongan yang berjihad di jalan Allah,yang berusaha bekerja demi menegakkan kalimah Allah dan perundangan Islam di muka bumi,di samping menjalankan amar makruf dan nahi munkar.Mengeluarkan keringat kerana menolong manusia yang fakir miskin.Mencucur keringat dalam mencari keredhaan Allah dan berpenat lelah kerana jala Allah atau dalam kata lain mengalirkan peluh pada kerja-kerja yang dikehendaki Allah. Merekalah golongan yang dijelaskan oleh Tok Guru yang akan terselamat daripada karam di lautan keringat manusia di Mahsyar. Sehubungan dengan perbincangan ini, mausia sepatutya harus menginsafi diri dan bermuhasabah bagaimana keadaannya sekiranya mereka sendiri tidak pernah mengeluarkan keringat pada kerja dan usaha yang dihendaki Allah bahkan lebih parah dari itu,mereka hanya mengeluarkan peluh pada jalan-jalan dosa. Mudah-mudahan coretan ini memberi faedah untuk jiwa saya dan pembaca-pembaca yang lain dan semoga Allah golongkan kita di kalangan orang yang mendengar kebaikan lantas mengikuti kebaikan itu selama melayari bahtera kehidupan ini.

22 May 2009

Aqso dan Malaysia

Tentu setiap orang penat bekerja seharian dan ingin berehat di malam hari...Semalam sempat saya menonton sebuah cerita bertajuk Slumdog Millionaire dengan seorang sahabat di rumah.Kisah perjalanan hidup seorang anak muda dari India yang beragama Islam yang hidup penuh kemeskinan tapi berani tampil ke hadapan untuk menyertai pertandingan Who wants to be a millionaire sebab nak cari aweknye...pada pandangan saya filem amat berbeza dengan filem-filem cinta dan khayalan yang selalu dilakonkan oleh ramai artis-artis india.Tapi filem ni jelas membuktikan realiti kehidupan masyarakat India.Bagaimana sikap polis di India, kemiskinan rakyat India dan sebagainya yang anda sendiri boleh menontonnya untuk mengambil teladan bukan untuk berhibur. Tapi apa yang saya sendiri tak setuju dalam cerita ni,bab babak si Salim menunaikan solat belum keluar bekerja sebagai gangster dan si Jamal bermadu kasih dengan kekasihnya setelah bertemu.Tapi nak diikutkan memang ramai anak muda sekarang dah mula berani melakukan hal-hal seperti ini tanpa segan silu.Kiamat sudah dekat...
Di sebalik filem ni saya terfikir,andai filem malaysia juga berani mengetengahkan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang sebenar,termasuklah sikap-sikap polis dan kerajaan yang memerintah Malaysia,itupun cukup baik untuk membuka mata rakyat Malaysia sendiri dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia. Sama ada dari segi intitusi pendidikan, kehakiman,undang-undang dan pemerintahan. Tapi apa yang ingin saya bincangkan dalam tulisan saya pada kali ini bukan tentang pemerintahan tetapi tentang Aqso dan Madina...eh silap Aqso dan Malaysia.
Hari ni rata-rata masyarakat Malaysia bagaikan kembali melupakan tentang tangisan Aqso yang menagih bantuan dan pertolongan, ketika Gaza diserang seluruh media massa di Malaysia sama saluran TV,radio sibuk mengetengahkan tentang keadaan saudara kita di bumi GAza, sehingga mengeluarkan kenyataan tentang keharusan rakyat jelata memboikot barangan Israel,tapi hari ni semua dah lupa,KFC dan Macdonald mendapat sambutan yang hebat daripada penderma-penderma yang baik hati ke tabung senjata Israel.Saudara kita yang masih terlantar di hospital disebabkan kecederaan semasa serangan Israel di Gaza belum lagi pulih,tapi kita di sini masih setia menjadi penderma kepada Israel. Lupakah kita dengan wajah anak-anak kecil yang terkena percikan posporus hingga badan mereka menjadi kehijauan disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam bahan letupan tersebut. Di mana kita leburkan Islam,Iman dan Ihsan kita terhadap saudara seislam kita di Pelestine.
Walaupun kalimah boikot nampak macam kosong..tetapi untuk menahan diri supaya terus memboikot memerlukan kesedaran yang tinggi dari segi Iman dan Islam.Sama-samalah kita bermuhasabah diri.Jangan biarkan Aqso hilang dari hati kita...kerana Aqso selama ini cukup menderita disebabkan derma yang dilancarkan oleh orang Islam sendiri.Sedarlah wahai saudara-saudara ku.Sabda nabi s.a.w: Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.
Andai diri kita juga tidak mahu apa yang berlaku di Gaza berlaku terhadap negara dan kehidupan kita, seharusnya kita sedar dan bertindak untuk mengasihi saudara kita sekalipun dengan memboikot barangan Israel.

17 May 2009

Menumpang Kasih

Di stadium Melawati semalam sesak dengan lautan manusia memeuhi ruangan yang ada di dalam stadium bagi mendengar penjelasan Yb Nizar tentang apa yang berlaku di Perak. Info
yang diperolehi melalui rakaman video dan daripada penjelasan daripada saksi yang
melihat kejadian sangat berbeza.
Tengah sedap-sedap dengan ceramah,lalau seorang lelaki yang memakai kopiah putih sambil mengedar risalah Hizbu tahrir.Di mana ada ceramah di situlah dia orang nak edarkan risalah...Ish,ish.
Sekadar nak edarkan risalah dekat pasar malam pun boleh,dekat pintu masuk pasaraya ke..okay gak. Khalifah Islam yang dimahukan takkan tertegak hanya dengan menyebarkan risalah. Join je parti politik Islam Semalaysia yang ada…dan tambahkan ilmu dengan membaca buku siasah syariyyah karangan Yusof Al-Qaradawi. Itu lebih baik bagi menambah pengetahuan tentang politik Islam sebelum mengedar sebarang risalah.

08 May 2009

Jalan-jalan cari makan di MiHaS

THE 6th INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE (MIHAS).Inilah firstime datang tinjau-tinjau dekat tempat ni yang bertempat berhampiran masjid wilayah,sebelum ini kaki tak berminat nak melangkah ke sini.Kat sini macam-macam ada terutama halal food,yang ada level halal tu.Tapi tulah hari ni hari jumaat,sampai ke sini pukul 12tgh...jalan-jalan sejam setengah,tengok-tengok jam dah pukul 1.30tgh,tapi yang peliknya ramai lagi peniaga yang dilihat berparas rupa lelaki  masih  berlegar di sekitar MiHaS.Tak reti nak pi masjid ke..solat jumaat.
 Allah berfirman yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat,maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allahdan tinggalkan jual beli (dengan meninggalkan semua pekerjaan).Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(Al-Quran,Al-Jumuah 62:9). 
Ketika jam  dah hampir 1.15tgh,ade  kedengaran arahan dari pihak penganjur kepada semua yang ada disitu bahawa bas disediakan kepada semua pengunjung di MiHas yang ingin  ke masjid bagi menunaikan solat jumaat.Di mana keutamaan yang sebenar yang harus dipelihara sebenarnya antar produk halal ke solat jumaat?Oleh kerana jam dah 1.30tgh,kami decide untuk balik,agar tak nak terlibat dengan jual beli dengan orang-orang lelaki  yang tak nak tunaikan solat jumaat.Sebelum pulang kami sempat melewati kedai-kedai yang menjual produk halal yang ditinkan seperti Sardin. 
kata saya kepada peniaga lelaki tu...produk ni dari mana Kuala Lumpur ke?
Kata si peniaga: "Ya, dari KL",
Saya: "Tak ade peniaga wanita ke yang keje dekat sini?"
Peniaga: "Tak ada, semua lelaki".
Saya: "Tak solat Jumaat ke?" 
Peniaga:"Jamak solat nanti"Jawab si peniaga sambil duit ditangannya terjatuh ke lantai dan terus mengambil duit yang terjatuh tu.Ketika dialog bermula,lalu seorang mak cik lalu menyampuk perbualan kami sambil berkata " Ye lah dia tak pegi solat Jumaat pun"
Sejurus selepas perbualan tadi, kami terus meninggalkan peniaga tersebut.
Banyak booth yang dibuka kat sini dan banyak juga booth-booth yang dimiliki oleh orang China seperti Pau Ahmad,Taiwan Restaurant,Maggie Vit's dan banyak lagi sampai kepalaku pun naik confius.
 

06 May 2009

Peribadi para sahabat

Wali-wali Allah tidak pernah dilanda perasaan takut kecuali kepada Allah dan tidak pula berasa sedih. Jelas terpancar keserian di wajah mereka di dunia dengan mujahadah yang dilakukan, kemanisan qiyamullail dan keyakinan mereka dengan janji Allah bahawa mereka akan melihat Allah di akhirat nanti. Mereka menolak dunia disebabkan mereka mengetahui tentang kehinaan dunia yang boleh membawa manusia kepada kefanaan. Oleh hal demikian mereka sentiasa mengikhlaskan niat mereka dalam setiap amalan ibadah yang dilakukan dan sentiasa memerangi syaitan dengan pedang taqwa. Mereka juga di antara orang yang mengikut jejak langkah amal ibadah para sahabat dan salafu al-Soleh.
Sahabat adalah orang yang paling dekat sekali dengan nabi s.a.w, mereka di antara orang yang melihat sendiri wajah, perbuatan, sifat dan akhlak nabi dan mereka juga adalah generasi pertama yang mendapat didikan dan pentarbiyahan daripada nabi s.a.w. Kegembiraan dan kesedihan yang terpancar di wajah nabi s.a.w serta pahit manis mereka ketika bersama nabi tetap dipikul dengan penuh keikhlasan dan kesabaran demi kecintaan mereka kepada Allah dan Rasulullah. Bermula daripada ketaatan mereka kepada ajaran dan suruhan nabi setelah nabi diutuskan sebagai pesuruh Allah, mereka juga tetap menjunjung perintah nabi sekalipun selepas kewafatan beliau melalui penaklukan mereka di timur dan barat demi untuk menyebarkan agama Islam dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Apakah yang menjadikan mereka begitu bertenaga bersusah payah kerana Islam? Firman Allah : Maksudnya: Nabi Muhammad pesuruh Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (musuh Allah), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadah rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari tuhan mereka serta mengharapkan keredhaanNya.Tanda yang menunjukkan mereka sebagai orang-orang yang soleh terdapat pada muka dari kesan sujud dan ibadah mereka yang ikhlas. Demikianlah sifat mereka yang tersebut dalam kitab Taurat, dan sifat mereka di dalam kitab Injil pula ialah mereka diibaratkan sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya sehingga ia menjadi kuat, lalu mengagumkan orang-orang yang menanamnya. Allah menjadikan sahabat-sahabat nabi dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu ialah kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam (Al-Qur’an, al-Fath 48: 29). Rahsia-rahsia kehebatan para sahabat terletak pada keihklasan mereka beribadah kepada Allah. Para sahabat sentiasa menghiasi malam-malam mereka dengan berjaga untuk bermunajat kepada Allah serta menangis dan merintih kepada Allah. Di siang hari merekalah antara mujahidin yang memacu kuda dan keluar bertempur dengan musuh. Apabila kebanyakkan orang bercakap berkenaan dunia, mereka sentiasa memandang rendah dan zuhud pada dunia kerana mereka benar-benar memahami tentang keburukan dan kefanaan dunia dan segala isinya, sehingga dunia dipandang kecil di sisi mereka. Di sebalik kehidupan mereka yang sedemikian rupa, para sahabat sentiasa berada dalam keadaan gusar dengan kehidupan di dunia ini lantaran takutnya mereka dengan segala fitnah dunia yang sentiasa berlegar di sekeliling mereka, oleh kerana itu mereka lebih memandang tinggi dengan kematian bahkan bagi para sahabat mati di medan perang itu adalah satu kenikmatan kerana kematiaan itu adalah tempat untuk mereka beristirehat . Apapun jua keadaan para sahabat, mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan dan tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga, pemimpin, pendakwah, tentera Islam dan juga pelajar kepada guru yang paling agung di zaman mereka pada ketika itu iaitu Rasulullah. Selain dari itu para sahabat juga mempunyai kerjaya dan tujuan hidup yang jelas dan setiap mereka sentiasa zuhud di dunia selama melayari kehidupan ini,sepertimana sahabat yang lain,setiap para sahabat mempunyai kelebihan dan sifat zuhud yang tinggi contohnya seperti Abu Bakar r.a. seorang yang bersifat lemah lembut dan sentiasa membaca al-Quran di sepanjang malam sambil menangis, beliau juga seorang yang pemurah dan menjaga dirinya dari memakan makanan yang syubhah. Umar al-Khattab walaupun dikenali sebagai pemimpin yang tegas lagi berani, beliau juga memiliki sifat zuhud seperti merendah diri sekalipun beliau seorang khalifah, beliau sendiri tidak merasa megah dengan pangkatnya, bahkan beliau duduk di atas tanah, tidur di atas tikar dan memijak tanah dengan kakinya untuk membetulkan sesuatu banggunan. Umar juga tidak menggunakan harta-harta umat Islam untuk kepentingan diri dan keluarganya serta sentiasa berwaspada dengan tipu daya dunia. Di antara para sahabat yang paling banyak bersedekah di jalan Allāh ialah Abd al-Rahmān bin Aūf tergolong sepuluh sahabat yang yang diberikan khabar gembira oleh Rasulullah untuk masuk ke syurga. Abd al-Rahmān memeluk agama Islam sebelum Rasulullah menjadikan rumah al-Arqam Abī al-Arqam sebagai pusat dakwah. Beliau mendapat hidayah Allah selepas Abū Bakar memeluk agama Islam. Beliau juga di antara sahabat yang dermawan dan paling kaya dari segi harta. Hal ini dapat dilihat ketika di dalam perang Tabuk, iaitu perang terakhir yang disertai nabi bagi menentang tentera Rom, nabi Muhammad memerlukan banyak dana apatah lagi pada masa itu Madinah berada di musim panas dan perjalanan ke Tabūk sangat jauh dan sulit hinggakan Rasulullah sendiri terpaksa menolak penyertaan sesetengah tentera yang ingin menyertai peperangan itu disebabkan kenderaan yang tidak mengcukupi. Mereka yang dapat memberi sumbangan apatah lagi tidak dapat menyertai peperangan tersebut pulang dengan air mata bercucuran kesedihan, kerana tidak mempunyai apa-apa untuk disumbangkan, sehinggalah Rasulullah mengarahkan kaum muslimin mengorbankan harta mereka. Pada masa itu Abd al-Rahmān bin Aūf tidak terlepas mendermakan barang yang bernilai berupa emas sehingga beliau tidak meninggalkan apa-apa lagi untuk keluarganya kecuali perasaan yakin bahawa Allah akan sentiasa memeberikan rezeki kepada hamba-hambanya secara berterusan. Kekayaaan yang dimilikinya tidak sedikit pun memepengaruhi jiwanya yang penuh keimanan dan taqwa bahkan beliau sentiasa mendermakan hartanya sekalipun di hujung hayatnya. Setelah nabi wafat beliaulah yang menjaga keperluan Ummahāt al-Mukminīn iaitu para isteri-isteri nabi s.a.w . Mucaz di antara orang golongan pertama yang masuk Islam. Beliau seorang yang faqih dalam persoalan hukam-hakam sehingga beliau mendapat pujian daripada nabi s.a.w. Kecerdasan otaknya dalam berfikir setaraf dengan Umar al-Khattāb. Beliau meninggal dunia sekitar umur 33 tahun. Seorang yang cintakan ilmu dan sering menyeru manusia kearah menuntut ilmu. Menurut Mucaz ilmu ialah mengenal dan berlamal. Kata beliau, “Pelajarilah segala ilmu yang kalian sukai, tetapi Allah tidak akan memberi kalian manfaat dengan ilmu itu sebelum kalian mengamalkannya lebih dahulu.” cImran bin Husaian merupakan sahabat yang sangat jujur, soleh dan zuhud dan sangat mencintai Allah. Walaupun beliau telah mendapat hidayah daripada Allah namun beliau sentiasa menangis apabila menilai dan mengamati kebesaran Allah. Dalam beribadat kepada Allah, cImran tidak mahu diganggu oleh sesuatu pun. Beliau menghabiskan waktu ibadahnya seolah-olah beliau tenggelam dalam ibadat, hingga seakan-akan beliau bukan penduduk bumi yang didiaminya. Ketika berlaku pertentangan di antara Alī dan Muāwiyah, Imran tidak bersikap memihak kepada sesiapa, bahkan beliau menasihatkan para sahabat supaya tidak campur tangan dalam peperangan tersebut dan seharusnya umat Islam mempertahankan agama dan membelanya dengan sebaik mungkin. Beliau juga berkata: “Aku lebih suka menjadi pengembala rusa di puncak bukit sehinga aku meninggal daripada melepaskan anak panah kepada salah satu pihak”. Kepada umat Islam yang ditemuinya beliau menasihati mereka supaya tidak menyertai pertentangan antara Alī dan Muacwiyah. Beliau menyuruh kaum muslimin mengambil langkah untuk tetap berada dalam masjid, atau tinggal di dalam rumah dan sekiranya ada yang datang untuk merampas harta dan nyawa maka bunuhlah mereka. Beliau adalah sahabat yang memiliki jiwa yang halus hati yang lembut dan sentiasa mengingati Allah. Selain dari Hasan al-Basrī yang terkenal dengan sifat warac dan zuhud di kalangan tabicin, Al-Sya'bī atau Amir bin Syurahil bin cAbd bin Dhu Kibar adalah nama sebenar al-Sya'bi. Dhu Kibar adalah nama kabilah di wilayah Yaman. Seorang yang mempunyai ingatan yang kuat, beliau di antara Tabi'in yang berguru dengan Abdullah Ibn Umar al-Khattāb dalam bidang hadith. Beliau sempat berjumpa dengan 500 orang sahabat yang masih ada samasa hayatnya. Di antara mereka ialah Alī bin Abi Tālib, Sa'ad bin Abi Waqas, Zaid bin Thābit, Abu Said al-Khudrī, Ubādah bin Al-Sāmit, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abu Hurairah, Ummu al-Mukminīn Aisyah dan selainnya. Beliau seorang tabi'in yang sangat cintakan ilmu, kuat beramal dengan ilmunya, mempunyai sifat tawaduk, tidak suka dipuji dan juga alim dalam bidang fekah. Selain dari itu, di antara khalifah Islam yang bersifat zuhud dan faqīh tentang perihal agama ialah Umar Abd al-Azīz. Khalifah yang sentiasa mengajak masyarakatnya supaya bertakwa, zuhud dalam kehidupan dunia dan mencintai akhirat . Gambaran kehidupan para sahabat dan tabicin menunjukkan bahawa mereka adalah di kalangan orang-orang soleh yang memiliki sifat zuhud, kuat beribadah dan faqīh dalam persoalan berkaitan agama. Mereka bukan di kalangan orang yang jahil atau hanya menghabiskan kehidupan harian mereka dengan beribadah semata-mata seperti pertapaan di tempat yang sunyi, meninggalkan urusan dunia atau kewajipan dakwah dan kewajipan terhadap keluarga. Namun mereka adalah orang-orang yang menjadikan setiap ruang lingkup kehidupan mereka hanyalah untuk mencari keredhaan Allah dalam setiap aktiviti kehidupan mereka menjadikan diri mereka bermanfaat kepada muslim yang lain. Di dalam karangannya Bahr al-Dumu' beliau menyebut berkaitan keharusan berwaspada daripada dunia, kata beliau “Hendaklah kamu berwaspada dengan dunia, kerana orang yang terpedaya dengan dunia tidak pernah merasa cukup. Justeru itu cukupkanlah engkau dunia ini dengan bekalan dan ketahuilah kamu pada satu saat nanti kamu akan mati”.