10 May 2015

Antara hukum akal dan hukum Pencipta Akal

Al-hamdulillah..kerja dah siap..cuma ada matlamat yang besar belum disiapkan lagi.Bertahun lama dimulakan tapi tak habis-habis lagi.Itulah tesis,sesuatu yang memerlukan masa untuk ditulis dikaji di olah di adaptasi dibelek-belek beribu-ribu kali.Diteliti satu kalimah demi satu kalimah kemudian satu ayat-ke satu ayat kemudian satu perenggan ke satu perenggan kemudian satu bab ke satu bab yang lain.Tak semudah mengukir luahan rasa di blog dan juga tidak semudah tulisan seorang blogger. Jadi untuk merehatkan minda ..aku kembli berblog untuk meringankan bebanan yang ada di fikiran dengan lakaran tulisan santai yang menyenangkan.Menulis dan mengakaji memang memenatkan minda dan minda juga perlu berehat untuk refresh semula kekuatan akal.Nikmat terindah yang dihadiahkan Allah buat hamba-hambanya adalah nikmat akal yang sehat.Manusia yang berakal tidak sama dengan haiwan..namun sekiranya manusia yang berakal bertindak seperti tindakan haiwan..ianya menunjukkan impak akal masih lagi tidak lengkap tanpa teduhan wahyu Ilahi.Begitu juga hebatnya manusia mencipta undang-undang kehidupan yang dibukukan dan diamalkan dikebanyakan dunia hari ini.Masih lagi belum mampu menyempurnakan kehendak manusia. Contohnya mari kita fikirkan andai anda dan saya punya akal yang waras sekiranya seorang yang merempit di jalan raya menunggang motor atau memandu kereta dengan selaju mungkin..kemudian tanpa sedar pemandu yang berbahaya itu kemalangan dan melanggar kenderaan yang lain sehingga membuatkan pemandu kenderaan itu dan keluarganya mati kecuali seorang anak kecil beliau masih hidup di tempat kejadian dalam masa yang sama mat rempit tadi masih hidup dan dihadapkan mahkamah dan denda sebanyak 10 ribu dan denda tersebut di bayar untuk kerajaan sedangkan anak kecil tadi menangis sendirian.Sekelip mata menjadi yatim piatu tanpa ibu dan ayah disisi seperti kes yang berlaku di lebuh raya Duke..adakah kita yang berakal boleh menerima situasi seperti ini.Sedangkan anak kecil tadi menangis sendirian setiap hari mengenangkan ayah dan bondanya yang telah pergi..mampukah kita terima undang-undang manusia seperti saya sebutkan tadi..sedangkan sekiranya diteliti undang-undang yang diwahyukan Allah..sekiranya berlaku pembunuhan tersalah seperti kes seorang mat rempit melanggar orang lain..maka hukuman denda 100% hendaklah diberikan kepada anak kecil yang masih hidup tadi sebagai waris atau keluarga si mati bukan kepada kerajaan.Begitulah bezanya antara undang-undang konvensional dan undang-undang Islam.Atau dalam erti kata yang lain sangat ketara perbezaan antara undang-undang akal manusia dan undang-undang Sang Pencipta manusia. Begitulah fitrah manusia yang mengharapkan ganti rugi dari setiap kecuaian yang dilakukan oleh orang yang gemar melakukan kerosakkan. Sabda Nabi s.a.w: Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama/sistem hidup yang bersifat cenderung kepada fitrah dan toleransi.
Menurut hukum Fiqah dalam membahaskan hukum dalam kes seperti di atas,dalam Islam sebarang pembunuhan tanpa niat,diwajibkan penjenayah membayar diyat(ganti rugi) kepada keluarga mangsa.Kes seperti ini diketogerikan ulama dengan diyat yang ringan.Antara diyat yang ringan itu adalah 100ekor unta yang dibayar beransur-ansur selama 3 tahun.Para ulama juga berpendapat boleh digantikan 100ekor unta dengan harta yang sama nilai dengannya pada masa ini.Antara ialah: 1-wang emas 1000dinar, 2-wang perak 10,000 dirham 3-Lembu 200ekor 4-kambing 2,000 ekor 5-persalinan -200 persalinan lengkap. Bertengket-tengket lah wang si waris sekiranya kita jalankan hukum dan undang Islam yang tertulis dalam Quran..tapi kita memilih untuk tidak mahukan wang yang bertengket-tengket itu..maka kito tok dapet apa-apa..Berapalah harga seekor unta di pasaran sekarang..kalau lembu pun dah hampir 3 atau 4 ribu dah harganya seekor sekarang. I SO PROUD TO BE A MUSLIM...anda bagaimana?