20 April 2009

Kepentingan Pendedahan undang-undang Islam kepada non-Muslim

Malaysia di antara negara yang mempunyai menjoriti masyarakat yang beragama Islam dan mempunyai keunikan bangsa yang berbilang kaum, termasuklah komuniti masyarakat China,India dan sebagainya. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan kontrak sosial di antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu persetujuan yang berlaku di antara etnik bukan Melayu yang berbilang kaum dengan orang Melayu ketika menuntut kemerdekaan dari kerajaan British sebelum tahun kemerdekaan iaitu 1957. Dasar pemantapan konsep islam hadhari, pada hari ini menejelaskan bahawa hubungan etnik di Malaysia mampu diperteguhkan melalui kerajaan adil dan beramanah.Namun matlamat kerajaan tetap meleset disebabkan masalah politik dalaman yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan, termasuklah isu rasuah di kalangan kebanyakkan ahli politik kerajaan.
Walau bagaimanpun sebenarnya dalam keamanan yang dikecapi pada hari ini, perbezaan kaum sedikit sebanyak telah mengundang salah faham di kalangan masyarakat terutama sekali dalam masalah isu-isu agama. Terdapat pelbagai permasalahan yang berkaitan isu agama berlaku di kalangan masyarakat, antaranya permasalahan penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian hingga mencetuskan kekecohan di kalangan umat Islam di Malaysia. Isu-isu seperti kebebasan beragama bagi orang-orang Melayu, sudah lama menjadi perbahasan di kalangan umat Islam dan bukan Islam, begitu juga dengan masalah pertikaian status agama saudara baru seperti isu perebutan jenazah Muhammad bin Abdullah atau M. Moorthy. Sehubungan dengan perkara ini,sepatutnya dialog antara agama adalah di antara jalan terbaik bagi memudahkan masyarakat Muslim dan bukan muslim memahami perundangan yang terdapat dalam agama Islam, sekaligus sedikit sebanyak menyebarkan dakwah kepada golongan bukan muslim tentang Islam. Menurut penilitian penulis, dialog antara agama telah wujud sejak di zaman nabi s.a.w, namun perkara ini masih lagi menjadi sasuatu yang asing bagi mejoriti umat Islam termasuklah rakyat Malaysia. Kitab Injil yang asal telah jelas menerangkan gambaran dan perwatakan utusan yang terakhir iaitu Rasulullah. Melalui kebenaran Injil yang asal juga, Salman Al-Farisi sendiri sanggup mengembara begitu jauh untuk bertemu dengan nabi s.a.w bagi melihat tanda-tanda kenabian yang ada pada diri baginda sepertimana yang termaktub di dalam Injil. Di samping itu Salman juga sempat berdialog dengan nabi tentang apa yang diketahui oleh beliau tentang nabi s.a.w yang disebut di dalam Injil hingga akhirnya beliau memeluk agama Islam dan menjadi sahabat nabi yang terkenal dengan pendapat beliau yang sangat bernas bagi membina strategi dalam perang Khandak. Dalam mengembangkan dakwah Islam, nabi s.a.w juga menggunakan konsep dialog di dalam pertemuan baginda dengan pembesar-pembesar Quraiysh bagi menyebarkan Islam. Ketika di Najran nabi s.a.w bertemu dengan ketua-ketua agama Kristian bagi menyebarkan ajaran Islam dan berdialog dengan mereka. 1.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abi Hasan Ali bin Ahmad al-Naisaburi dalam kitab Asbabul Nuzul mengenai dialog antara agama adalah seperti berikut: Rasulullah: “Masuklah kamu ke dalam Islam” Perwakilan Kristian: “Kami telah lama Islam sebelum tuan” Rasulullah:” Kamu dusta, kamu terhalang dari Islam disebabkan seruan kamu bahawa Allah mempunyai anak,menyembah salib dan memakan khinzir” Perwakilan Kristian: Sekiranya Isa bukan anak Allah,siapakah bapanya? Rasulullah: “Adakah kamu mengetahui bahawa seorang anak secara hakiki menyerupai Bapanya” Perwakilan Kristian: ”Benar wahai tuan” Rasulullah: “Adakah kamu mengetahui bahawasanya Allah sentiasa hidup serta tidak Sesekali akan mati,sebaliknya Isa akan menemui ajal” Perwakilan Kristian: ”Benar wahai tuan” 2.Pada zaman para sahabat dialog antara agama tetap diteruskan,dialog para sahabat bermula pada 9 Mei 639 Masehi di antara saidina Amru bin al-As dengan Patriarch John 1,ketua gereja Yaqubiyah (Jacobite) Syria. 3. Zaman Umayyah Dialog berlaku pada 719Masehi antara Umar Abdul Aziz dengan Leo 111 Maharaja empayar Byzantine. 4.Zaman Abbasiyah Tahun 781 antara Khalifah Al-Mahdi dengan Patriarch Timothy 1,ketua gereja Nestorian 5.Zaman Utmaniyah Tahun 1854 antara Mawlana Rahmatullah Kairanawi al-Utmani dengan Reverand Carl Gottlieb Pfander ketua Missionori India(Mohd Amin Yaacob & Lim Jooi Soon 2009:17-18). Disebabkan galakan dialog antara agama secara terbuka di kalangan masyarakat Malaysia, masih lagi ditahap yang corot, terdapat pelbagai isu agama yang masih berlarutan di kalangan masyarakat Malaysia sendiri. Isu-isu berkaitan agama Islam sering diketengahkan dan menjadi isu bagi sesetengah pihak yang lain bagi menuntut hak mereka sekalipun perlaksaan hukum yang ditetapkan dalam agama Islam dan agama lain amatlah berbeza. Perkara ini turut berlaku dalam masalah berkaitan pengebumian jenazah muallaf oleh keluarganya yang masih bukan Islam. Begitu juga dalam masalah harta pusaka, perebutan ini masih lagi berterusan. Pertikaian tentang status saudara baru ini jelas menunjukkan bahawa orang bukan Islam tidak mendapat kefahaman yang secukupnya dalam memahami tentang agama mejoriti rakyat di Malaysia iaitu agama Islam,tambahan pula media semasa yang terdapat di Negara ini, tidak digunakan oleh pihak berkuasa bagi menyiarkan penjelasan yang sebenar tentang undang-undang Islam bagi menjelaskan isu-isu yang berbangkit. Pertikaian tentang Status Saudara Baru Perkara 121 secara jelas memisahkan kes-kes orang Islam hanya dikendalikan di mahkamah Syariah.Mahkamah sivil pula tidak dibenarkan campur tangan dalam masalah syariah.Tetapi mahkamah turut masuk campur hingga mencetuskan kontraversi dalam masalah pengebumian kematian pendaki gunung Everest iaitu Muhammad bin Abdullah. Jenazah beliau menjadi rebutan di antara pihak agama Islam dan keluarga beliau yang beragama Hindu. Pada akhirnya kebenaran berpihak kepada mahkamah syariah justeru mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa dalam hal ini.
Percubaan kaum bukan muslim supaya perkara 121(1A) dipinda merupakan satu percabulan terhadap mahkamah Syariah.Menyorot kes Muhammad Rayappan yang telah memeluk Islam pada tahun 1990 dan berkahwin dengan seorang wanita muslim serta meninggalkan isterinya yang beragama Kristian bernama M.Lourdes Mary.Pada Disember 2006 beliau meninggal dunia dan jenazah beliau dituntut oleh isterinya M.Laoudes di mahkamah tinggi agar dikebumikan di perkuburan Kristian.Beliau telah bertindak membakar jenazah Muhammad Rayappan sedangkan acara pembakaran mayat bukanlah di antara cara agama Kristian dalam mengembumikan mayat. Begitu juga dalam kes yang sama berlaku kepada Rafie Shazwan dibakar oleh keluarga asalnya setelah membuat tuntutan ke atas jenazah di mahkamah tinggi. Pihak berkuasa Mahkamah Syariah agak terlewat bertindak untuk mengebumikan jenazah di perkuburan Islam. Akhirnya insiden-insiden seperti ini menjadi sejarah yang sangat malang bagi umat Islam di Malaysia (10 Ancaman Terhadap Islam di Malaysia 2007,terbitan Lajnah Penerangan Pas Pusat).
IFC IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.Antara isu yang menjadi tututan IFC adalah berkaitan harta si mati yang memeluk islam, kebebasan beragama bagi orang Melayu dan sebagainya. Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.Namun ramai di kalangan orang-orang Islm di Malaysia yang menentang keras terhadap penubuhan IFC. Ketika isu berkaitan IFC ini dibangkitkan,ramai di kalangan umat islam yang tidak dapat menerima hal ini berikutan perkara ini mempunyai kaitan dengan isu akidah.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin membidas Majlis Peguam kerana mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IRC) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, selama ini Perlembagaan dan Islam tidak pernah menghalang mana-mana penganut agama untuk mengamalkan ajaran masing-masing. “Saya tak bersetuju, sebagai menteri saya menentang kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di mana Islam menjadi agama rasmi”. “Jika mereka (Majlis Peguam) mahu wujudkan suruhanjaya antara agama lain itu terserah, tapi jika mahu babitkan Islam... kita tak boleh terima kerana bercanggah,” katanya selepas merasmikan Program Kajian Dalam Komuniti 2005 anjuran Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem)
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga membantah keras cadangan penubuhan suruhanjaya itu. Nik Abdul Aziz yang ditemui pemberita berpendapat cadangan itu adalah taktik halus yang cuba digunakan pihak luar untuk campur tangan secara tidak langsung dalam urusan dan hal ehwal agama Islam. “Sejak dulu lagi, segala urusan berkaitan Islam diuruskan secara mutlak oleh umat Islam tanpa sebarang bantuan daripada pihak luar”.“Malah sebelum ini, ada pihak tertentu cuba campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam di Asia Barat tetapi tidak berhasil. “Pihak terbabit gagal berbuat demikian kerana cadangan mereka mendapat tentangan hebat daripada umat Islam di sana,” katanya. (http://bantahan-ifc.tripod.com).
Ada pendapat yang menyatakan bahawa usaha IFC supaya ditubuhkan adalah mempunyai kaitan dengan anak Melayu sendiri iaitu Malik Imtiaz yang merupakan peguam 'popular' di Bar Council dalam mengendalikan kes-kes hak asasi manusia dan kebebasan beragama (murtad). Semenjak 2002 beliau menjadi aktivis yang aktif di Bar Council (Majlis Peguam Malaysia). Beliau juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM) dan juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama di Malaysia, aktivis Inter-Faith Commission (IFC). Pada Oktober 2005, beliau dijemput menjadi pembentang kertas kerja anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) di Hotel Corus, Kuala Lumpur. Pada 2006, semasa proses perbentangan itu berlaku, beliau di antara peguam pemerhati mewakili Bar Council untuk membela Lina Joy, seorang Melayu yang telah masuk Kristian dan memohon menukar identiti Islam kepada Kristian di dalam kad pengenalannya. Kes itudibawa ke Mahkamah Persekutuan, tetapi Lina Joy gagal dalam permohonannya.Akibat pembelaannya kepada kes Lina Joy, Malik Imtiaz dakwa dirinya pernah menerima ancaman bunuh daripada pihak tertentu (yang disyaki beragama Islam). Beliau juga peguam kepada kes murtad, Subashini Rajasingam, peguambela ajaran sesat yang dakwa jadi Rasul,Abdul Kahar Ahmad, dan peguam penghina Islam, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK). Selain itu, beliau juga menjadi peguambela kes Ayah Pin dan kes Zaid Ibrahim cabar Kerajaan Kelantan (Hudud). Kawan rapatnya adalah Haris Ibrahim, Edmund Bon, Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim. Kesemuanya adalah peguam Bar Council (www.kmu.net).
Terdapat dua badan yang baru muncul semasa Persidangan Peringkat Kebangsaan, Jawatankuasa Pemandu IRC di Hotel Equatorial, Bangi Selangor pada 24- 25 Februari 2005, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan Malaysian Interfaith Network (MIN). Kedua-dua badan ini muncul ketika saat terakhir ketika Jawatankuasa Pemandu IFC telah menyiapkan Bil Draf IFC untuk dihantar kepada kerajaan. Dato Anwar Faizal, Presiden Malaysian Interfaith Network (MIN), Datuk Kuthubul Zaman Bukhari dan Haris Ibrahim. Haris merupakan kawan rapat Malik Imtiaz yang sama-sama menggerakkan IFC dan Kumpulan Artikel 11. Manakala Kuthubul Zaman merupakan bekas Presiden Bar Council yang menghantar draf usul IFC kepada kerajaan. Beliau juga merupakan bekas Presiden Rotary Club, Johor. (Rotary Club merupakan rangkaian pertubuhan Yahudi seluruh dunia). Adakah kedua-dua badan ini turut merupakan penaja utama yang menggerakkan agenda IFC secara tersembunyi sebelum ini dan akan muncul secara semuanya selesai? Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam wawancaranya dengan The Sun, mengakui badannya telah menaja IFC sejak tahun 2003, tetapi telah dinasihati oleh Malik Imtiaz (Jawatankuasa Pemandu IFC) agar jangan muncul lagi kerana beliau sedang berusaha memujuk NGO Islam menyokong usaha itu. Menurut Malik Imtiaz, sekiranya KAF muncul bersama-sama NGO Islam, hasrat memujuk mereka akan gagal, kerana latar belakang KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang turut mendapat dana daripada AJC (American Jewish Committee).
Tetapi apabila semua NGO Islam (kecuali Sister In Islam) menarik diri, KAF & MIN telah muncul pada program Bar Concil pada tahun 2005. Kata Peter Schier, "Kami telah menyokong usaha untuk merangka satu usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama sejak akhir 2003. MIN pula sebuah badan yang ditubuhkan khusus pada 15 Februari 2003 bertujuan untuk menjayakan agenda pluralisme agama di Malaysia. Badan ini dipengerusikan oleh Dato Anwar Fazal yang merupakan bekas aktivis United Nations Development Programme (UNDP) projects AsiaPacific.
MIN mempunyai 20 badan gabungan termasuk KAF, Institut Kajian Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of Malaysia, Rotary Club, Taiping (pertubuhan rangkaian Yahudi) dan lain-lain. MIN mendapat dana daripada "The Pluralisme Project, Havard University" Amerika, yang ditaja oleh dua badan Yahudi Amerika terkemuka iaitu Ford Foundation dan Rockefeller Foundation.
Artikel 11 Dalam perbincangan mengenai artikel 11, sekumpulan badan bukan kerajaan, antaranya Majlis Peguam Malaysia, Majlis Perundingan Penganut Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh Malaysia (MCCBCHS), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sisters-in-Islam (SIS), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan All Women’s Action Society (AWAM) bercadang untuk melaksanakan program diskusi yang menyentuh berkenaan isu-isu percanggahan keputusan antara mahkamah sivil dan syariah seperti kes-kes kematian Nyonya Tahir dan pendaki Gunung Everest, M. Moorthy dan kes penjagaan anak-anak S. Shamala.Tetapi program diskusi seperti ini mendapat tentangan yang hebat di kalangan kelompok Islam di Malaysia.
Para pendokong NGO bukan Islam berusaha agar undang-undang Islam tunduk kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia yang dikemukakan pada 1948,mereka juga telah membuat penafsiran semula terhadap artikel 11 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama bagi penduduk di negara ini.Mereka juga berharap agar artikel 11 dimansuhkan supaya semua orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan mana-mana agama.Perkara ini juga sebenarnya adalah di antara percubaan mereka terhadap masyarakat Islam agar murtad dan keluar dari Islam dengan mudah.
Melalui perbincangan di atas, seharusnya umat Islam sedar bahawa Negara kita hari ini, sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman dari pelbagai pihak. Ketidak fahaman ini sebenarnya boleh diatasi melalui penerangan kepada golongan non-muslim tentang perundangan Islam, agar masalah sedemikian rupa tidak berulang kembali pada masa akan datang.Selain dari itu, usaha dakwah Islam juga harus dikembangkan kepada golongan bukan Islam dalam apa jua cara. Sinar kebangkitan Islam akan terus terserlah sekiranya dakwah Islam terus ditingkatkan oleh semua pihak. Tidak kiralah sama ada usaha itu datang dari pihak pemerintah, parti politik seperti Parti Islam Semalaysia PAS, badan-badan NGO Islam seperti JIM atau PERKIM. Justeru kewajipan menyampaikan dakwah adalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh semua umat Islam.Tetapi usaha ini akan lebih berkesan sekiranya ia bermula dari pihak pemerintah sendiri.