Ramadhan kali ini awal juga balik kampung,coz dah memang plan nak siapkan tesis.Rumah agak sunyi cuma keriangan aidil fitri begitu meriah dengan kepulangan anak saudara yang bermacam kerenah.Bila lepas sebulan dekat rumah sekarang dah kembali ke Bangi.Kembali menjadi student seperti biasa.Hampir dua tiga hari di sini...ada sahabt yang meminta tolonga saya dan kawan-kawan agar memberi nasihat berkaitan dengan sorang kakak ni yang begitu cenderung dengan agama Kristian.Beliau berasal dari Serawak berumur hampir 40an dan mempunyai suami dan 4 orang anak,tapi masalahnya hati beliau hanya ingat tentang church dan kebaikan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Kristian yang berkawan dengan beliau.Selain dari itu dia juga suka sangat compare antara sikap orang kristian dan muslim dekat Malaysia.Banyak juga brainwash yang kami bagi dekat dia,tapi kebanyakan hujah kami diterima oleh beliau dengan diakhiri kalimah tapi................kepada sahabat yang membaca ruangan ini doakanlah agar hati beliau akan tetap kepada Allah dan Islam.Setelah semalaman di rumah mengikuti brainwash yang dilakukan oleh ahli bait,pada kesesokkan hari kata beliau hendak ke Kuala Lumpur seorang diri untuk bertemu dengan kawan.Kami bertanya siapa kawan tu?Namun beliau enggan memberitahu sehingga di akhir pujukan kata beliau hendak ke Bukit Bintang bertemu seorang kawan berhampiran sebuah churh.Kami katakan kepada beliau untuk masa sekarang kak tidak sesuai bertemu dengan kawan2 akan yang berlainan akidah.Namun perancangan beliau tidak seperti yang dirancang kerana kebetulan hari itu sorang sahabat bersedia menjadi security guard untuk diri dia.Hingga akhirnya beliau pulang ke rumah dengan selamat dan membatalkan hajatnya untuk ke tempat yang tidak sepatutnya dia pergi.
Permasalahan yang boleh kita kaji bersama di sini, kakak ni memang di besarkan di Serawak dengan senario masyarakat sana yang kebanyakkan mereka adalah Kristian dan sekarang beliau tinggal di sekitar Seremban, sepatutnya setelah 50 tahun merdeka kerajaan telah membuat perancangan bagaimana untuk mengimarahkan agama Islam di Sabah dan Serawak tidak hanya berfikir kearah pembangunan semata-mata.Begitu juga dengan pemerintahan yang ada di sana mereka haruslah tidak membimbing masyarakat kepada meliberalkan agama yang berasaskan tauhid kepada Allah.Sebagai seorang muslim yang mempunyai akidah,kita tidak perlu berlemah-lembut atau goyah dengan orang kafir dalam isu berkaitan akidah.Bagi kamu agama kamu dan bagi aku juga satu agama.Kepada semua saudaraku yang seakidah sama-samalah kita mendoakan agar Allah sentiasa menyelamatkan akidah umat Islam,sekalipun mereka ditindas seperti ashabul Ukhdud.