19 November 2009

Kisah C i N t A Seorang Tabiin

Mubarak adalah bapa kepada Abdullah bin Mubarak iaitu seorang Imam dalam ilmu hadis. Namanya Mubarak. Dulu, Mubarak itu seorang budak. Tuannya memerdekakannya karena keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka, dia bekerja dengan seorang kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Dia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi semua teman-temannya dan penduduk di sekitar kebun.

Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata, “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!” Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Dia memetikkan beberapa buah dan membawanya pada Tuannya. Dia menyerahkan kepada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya kecut dan belum masak. Dia mencoba semuanya satu persatu, semuanya kecut dan belum masak.

Pemilik itu gusar dan berkata,”Apakah kau tidak biasa membedakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang kecut?”

“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya biasa merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab Mubarak.

“Apa? Sekian tahun kamu bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas sebegini lalu kau bilang belum pernah merasakan buahnya. Kau berani berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu marah kerana merasakan dirinya dipermainkan.

“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah mencicipi satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk mencicipinya?” lirih Mubarak.

Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun dia tidak langsung percaya begitu saja. Dia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima.

Seorang temannya bersaksi, “Dia orang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika dia tidak pernanh makan satu buahpun sejak bekerja di sini bererti itu benar.”

Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam dia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu. Untuk lebih meyakinkan dirinya, dia kembali memanggil Mubarak,

“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buahpun selama menjaga kebun ini?”

“Benar Tuan.”

“Berilah aku alasan yang bisa aku terima!”

“Aku tidak tahu apakah tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali aku datang untuk bekerja menjaga kebun ini, tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu akadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku karena tidak ada izin yang jelas dari tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”

“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?” Tanya tuan kebun.

“Ya, meskipun delima yang jatuh di tanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku untuk memakannya.”

Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Dia sangat tersentuh dan terharu. Dia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata,

“Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku wajar mengahwinkannya dengan siapa?”

Mubarak menjawab,

“Orang-orang Yahudi mengawinkan anaknya dengan seseorang karena harta. Orang Nasrani mengahwinkan karena keindahan rupa paras. Dan orang Arab mengahwinkan anaknya karena nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”

Pemilik kebun berkata,”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertaqwa darimu.”

Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas. Dia hafal kitab Allah dan mengerti sunah Nabi-Nya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah Swt. Dia hidup dalam syurga cinta.

Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama “Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang ulama dikalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenal sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenal sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.
Beliau juga dikenali sebagai Ulamak Sufi.

Driwayatkan beliau pernah menulis sebuah syair kepada sahabatnya iaitu Fudhail bin Iyad yang juga seorang ahli ibadah di tanah suci.Abdullah menuliskan surat kepada Fudhail disebabkan beliau melihat situasi zaman pada ketika itu memerlukan jihad bukan sekadar duduk beribadah di dalam dua masjid yang utama iaitu masjidil haram dan masjid al-Nabawi yang mana telah disebut oleh nabi bahawa pahala sembahyang di kedua masjid tersebut berlipat ganda. Gandaan pahala sembahyang di masjid Nabi (Masjid Nabawi) ialah minimum 1,000 dan maksimum 10,000. Ulama juga berbeza pendapat dalam membahaskan samada sembahyang fardu atau sunat yang digandakan. Kalau 1 waktu sembahyang fardu = 1,000 sembahyang, maknanya 1 waktu di masjid Nabi = 1 tahun sembahyang.

Kisah Abdullah dan sahabatnya iaitu Fudhail ini telah dirakamkan oleh Ibn Kathir di dalam kitab tafsir beliau.Abdullah bin Mubarak dikenali sebagai seorang yang alim yang beramal,zuhud, kuat beribadah dan juga seorang mujahid pejuang Islam.Beliau mengutuskan syair sebagai satu peringatan kepada Fudhail bin Iyad seorang imam yang dikenali dengan gelaran Abidal Haramain.Kisah ini berlaku pada tahun 170 Hijrah dan ada riwayat yang mengatakan kisah ini berlaku pada 177 Hijrah.Al-Qaradawi juga turut memaparkan kisah ini di dalam karya beliau iaitu Fiqh Awlawiyat bagi menjelaskan tentang perkara-perkara yang perlu diutamakan dalam kehidupan. Beliau mengetengahkan kisah ini adalah sebagai contoh bagaimana Abdullah bin Mubarak yang pandai meletakkan mizan dalam membuat keputusan bag i memilih perkara yang paling utama dari perkara yang utama. Beliau juga melihat kisah Abdullah bin Mubarak yang memilih jalan jihad dan mati syahid daripada beribadah di kedua-dua masjid yang mempunyai kelebihan pahala yang berlipat ganda adalah satu contoh yang sesuai.
Antara bait-bait syair yang ditulis oleh Abdullah bin Mubarak kepada Fudhail bin Iyad ialah:

Wahai para ahli ibadah di al-Haramayn
Kalau kamu menyaksikan kami
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya
Kamu bermain-main dalam ibadah
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras
Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras
Kalau kuda-kuda orang kepenatan dalam perkara batil
Sesungguhnya kuda-kuda kami penat
dalam melakukan penyerbuan dan peperangan
Bau wangi-wangian menjadi milikmu
Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu jalanan
Telah datang kepada kami sabda nabi
Sabda yang benar jujur dan tidak bohong
Tidak sama debu kuda-kuda Allah
Di hidung seseorang dan asap yang menyala-nyala
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami
Bahawa orang mati syahid tidak diragukan lagi
Tidak sama dengan orang mati biasa.

Itulah di antara bait syair yang ditulis oleh Abdullah bin Mubarak dengan niat untuk mengajak sahabat beliau untuk sama-sama keluar berjihad dan mencari keredhaan Allah yang tinggi supaya menjadi salah seorang syuhada.Sejuknya ibu bapa yang dapat mendidik anak mereka seperti Abdullah bin Mubarak...Jika diingin pada zuriat yang baik,langkah yang pertama diri sendiri dahulu perlu didik menjadi baik sepertimana Mubarak yang begitu amanah dan bercakap benar.

18 November 2009

Angan-angan Nak pergi ke Mekah

Semalam selesai dinner dekat rumah,semua ahli rumah Bait Ridhuan menanti paparan berita di corong televisyen saluran Tv3.Biasalah bila nonton berita,ramai pulak yang mengambil peluang mengkritik penyebaran maklumat yang disampaikan.Tiba-tiba berita mengenai keadaan jemaah haji di Mekah kedengaran.Salah seorang pegawai Tabung Haji yang bertugas di sana ditemuramah dan memeberikan komentar tentang kelemahan kerajaan Saudi menyediakan khidmat pengangkutan kepada para jemaah yang tinggal di hotel-hotel yang agak jauh dari Masjidil Haram.Komentar pembaca berita juga menyebut keadaan yang seperti ini sebenarnya memberikan inpak yang kurang baik kepada jemaah,justeru antara jemaah yang pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadah Haji bukanlah di kalangan orang muda yang gagah perkasa.Ramai antara mereka di kalangan warga tua yang bersusah payah semenjak muda lagi menyimpan niat dan wang ringgit untuk menunaikan ibadah.

Kata seorang yang sahabat yang dipanggil sebagai sab berkata" Kita kalau nak pergi ke tanah suci ni,mesti dari sekarang simpan duit dab daftar di Tabung Haji,sebab selepas 10 tahun setelah tarikh mendaftar baru boleh pergi ke sana".Kata Zai " Kalau nak pergi dengan swasta kena ada dalam 20 ribu".Saya pula mencelah " 10 ribu jugak kena simpan untuk ke tanah suci ni,kalau pergi dengan Tabung Haji,tapi elok kita daftar sekarang,takut terlalu tua pergi beribadah banyak pula keuzuran".Seorang lagi teman mencelah " Kalau kita daftar sekarang, dalam 10 tahun lagi umur kita mesti dalam linkungan 30 an" Saya mencelah" Umur sekitar tu,insyaallah kuat lagi"

Perbualan kami terdiam seketika,mendengar pembaca berita memberitakan pihak kerajaan Saudi akan menyediakan pengangkutan awam seperti train atau LRT kepada para jemaah untuk sampai ke masjidil Haram.Ekoran dari projek perluasan masjdil Haram akan diaktifkan tidak lama lagi,erm bermakna,lagi luas masjidil Haram lagi banyak langkah yang perlu diaturkan semasa berada di sekitar masjdil Haram.Memang kena pergi ke sana di saat umur dan kesihatan masih dalam keadaan baik.

PErbualan kami diteruskan....saya mencelah,"kalau kita jumpa dekat tanah suci nanti,terlepas train ke jangan la buat kecoh-kecoh,bising-bising macam keadaan sekarang ni macam dalam rumah sewa ni".Seorang sahabat pula berkata: "Masa tu kan kita dah bertambah dewasa mesti dah semakin matang,dah tak macam sekarang ni".Suasana di rumah sewa bising seketika dengan gelak tawa kami.

Harap-harap angan-angan ini dimakbulkan Allah buat kami,sekalipun kami tidak tahu apakah esok masih ada buat kami.Tapi al-hamdulillah niat itu tersemat di hati-hati kami.Allahumma Yassir Umurana...