14 September 2011

Langkahku Tidak Berhenti

Lakaran rasa ku di sini sudah lama terhenti, itu bukan bermaksud aku telah berundur namun aku berehat seketika menyusun strategi mangapai mimpi dalam membentuk insani. Hari ini sudah tiba masanya aku kembali mengukir bicara menyampai makna untuk tatapan penawar kepada yang sudi membaca. Mengatur langkah ke sana ke mari hampir saja membuahkan aku pengalaman yang membawa beribu erti dalam kehidupan apatah lagi dalam medan kerjayaku yang membawa aku memahami sebuah kehidupan yang penuh mencabar.
Sebentar tadi baru saja selesai ujian Mid term pelajar…macam-macam ragam pelajar ketika menjawab exam, dari pelbagai negera itu, usai selesai exam datang seorang Pelajar luar negara yang berhajat ingin berjumpa denganku, saat kertas jawapan diserahkan tadi, aku tertanya-tanya di dalam hati, kenapa pelajar ini tidak menjawab soalan dengan baik sedangkan subjek yang diambil ini adalah subjek ulangan ekoran pelajar tersebut ditangkap oleh pengawas peperiksaan atas sebab meniru.Ketika di koridor saat aku ingin melangkah meningalkan kelas,aku terdengar suara yang berkata “Lecturer please help me” Oh student tadi rupanya, katanya lagi “Please lecturer I want to meet you” Atas sebab apa dia ingin berjumpa denganku….getus hatiku.Lalu aku berkata “I advice you please help yourself before you are ask me to help you” katanya lagi “Please lecturer help me” aku berkata lagi “Please help yourself” Lalu pelajar tadi berlalu pergi dengan berjanji akan melakukan yang terbaik dalam final exam nanti.
Itu lah ragam pelajar…beru seorang pelajar beragam lagi yang lain. Antara ehsan dari guru ketika exam dan usaha keras seorang pelajar dalam mencapai kejayaan sebagai seorang pelajar, apakah perkara yang paling penting dari kedua-dua perkara ini? Tentulah usaha pelajar. Atas dasar pelajar atau kalimah Tholib penuntut, maka seyugianya si pelajar perlu buktikan dan sedarkan dirinya terlebih dahulu bahawa dia adalah penuntut ilmu bukan penuntut ehsan. Sedangkan ehsan dari Allah akan datang setelah mana kita telah berusaha dan bertawakkal kepadaNya. Masih terdengar lagi nasihat seorang Doktor dari Egypt yang memberi taujihat kepadaku saat mula melangkah ke lapangan kerjaya ini. “Wahai anakku, menjadi seorang guru atau pendidik ini memerlukan kesabaran yang tinggi, andai engkau lemah menghadapi mereka banyakkan berzikir, beristigfar dan banyakkan mengingati Allah”. Sering juga pesanan itu menguatkan aku sebagai insan yang lemah bergelar hambaNya ini melangkah terus ke medan ini.
Jika dikenangkan keadaan pelajar sekarang dengan kehidupanku sebagi seorang pelajar dahulu, tentu telalu banyak perbezaannya. Terkadang method yang berbentuk cerita sering kali menggamit minat mereka untuk mendengar dan mengubah sikap diri mereka. Walaubagaimanapun sebagai seorang pengajar kita sentiasa perlu memberikan kata-kata semangat untuk para pelajar agar mereka sentiasa bangun dari tidur dan mimpi-mimpi mereka.

31 March 2011

Bermulanya Episod Baru

Lama sudah blog ini dibiarkan sendirian tanpa sebarang karangan dan buah bicara untuk tatapan para pembaca. Terkadang kita selalu membiarkan masa datang dan pergi, tetapi kita juga sepatutnya mengejar dan memenuhi masa yang ada untuk dimanfaatkan. Tahun ini rutin harian agak berbeza berbanding waktu dan masa yang ku habiskan sebelum ini. Bertahun menjadi pelajar, masih lagi tidak jemu-jemu dirasakan. Andai esok berpeluang lagi, ingin terus aku bergelar penuntut ilmu agar ikan-ikan di laut jua para malaikat memohon keampunan untuk penuntut ilmu. Nak diharapkan istigfar yang dilafazkan setiap hari, mungkin tidak sebanyak bilangan bintang di langit yang bergemerlapan. Hanya majlis ilmu yang mampu menjadi sandaran kepada diri yang sentiasa melakukan dosa. Menuju ke Alor Star setiap hari dari Sanglang, agak lama perjalanan yang dilalui. 30 minit bukanlah terlalu lama atau sekejap, tapi sudah menjadi lumrah musafir adalah sesuatu perjalanan yang memenatkan. Tapi tak lah sejauh mana...jauh lagi perjalanan orang yang sentiasa berhadapan masalah jalan yang jem setiap hari. Tugas mendidik dan mengajar adalah tugas yang mulia. Tatkala menjadi tenaga pengajar baru baru ku sedar menggalas tugas sebagai pendidik dan pendakwah bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi menyampaikan ilmu kepada para pelajar yang berlainan bangsa banyak pula ragamnya dan pelbagai persoalan yang perlu dijawab dan difahami. Terkadang terasa diri ini terlalu kerdil untuk berhadapan dengan semua ini.Tetapi ianya perlu digalas dengan sempurna dengan segenap persiapan.Sekalipun diri ini bukanlah yang selayaknya. Kata para alim ulama, Islam tidak mungkin tersebar kecuali melalui lidah-lidah para pendakwah yang ikhlas, sejauh mana kebenarannya diukur? Sudah tentu para pembaca mampu memberikan pandangan sendiri. Tetapi kalimah inilah yang mampu membakar semangat ku tatkala diri terasa lemah. Lemah melihat keadaan pelajar yang beragama Islam datang mencari ilmu dan degree dari segenap negara yang dikenali sebagai negara orang- Islam tetapi tidak mampu membaca al-Quran dengan baik….sedih melihat keadaan umat Islam yang ditindas dan dijajah sehingga jajahan yang dilakukan oleh barat telah banyak menggugat dan melemahkan umat Islam.Apa pun jua jajahan itu sudah pun berlaku, sekalipun keadaan mereka bagitu, usahan untuk member kesedaran dan kefahaman Islam yang sebenar perlu disampaikan agar mereka terus bangga bergelar sebagai muslim serta tidak menolak apa jua kebaikan dari segi hukum-hakam serta apa jua yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah dan mudah-mudahan mereka bukanlah pula kelak menjadi orang-orang yang menentang Islam. Inilah episod yang semakin mencabar yang perlu ku lalui bermula pada tahun ini, ianya sangat memerlukan kekuatan dan motivasi yang berterusan ke dalam diri...agar sentiasa bersemangat..