27 December 2008

Takut syirik

Paparan misteri nusantara pada minggu ini dan minggu lepas,membuatkan saya teruja dan
berminat untuk menjadi penonton yang setia.Paparan misteri mengenai santau begitu jelas ditayangkan dalam program ini.Begitulah cara membuat santau dan itulah ilmu pelik yang dimiliki oleh sesetengah orang Melayu,melayu muslim pulak tu...kalau non muslim tak kisahlah. Santau ni tidak akan berlaku kecuali dengan izin Allah.Inilah kehidupan di dunia, yang mana Allah jadikan setiap manusia itu adalah untuk menguji setinggi mana amalan baik mereka kepada Allah,bukan pula amalan durjana yang membuatkan seseorang Islam itu menjadi syirik kepada Allah sehingga membawa mereka ke jurang dosa-dosa besar dan neraka. Syirik ini bukan perkara yang main-main, kata pak guru syaitan tidak pernah berputus asa berusaha untuk menyesatkan umat Islam dari masa ke semasa.Oleh itu setiap muslim mestilah berwaspada dengan segala tipu daya syaitan.
Pernah di dalam kelas pengajian Darul Syifa, ada di antara murid yang bertanya mengenai mimpi. Soalan itu berbunyi boleh ke kita beramal dengan ilmu yang kita perolehi melalui mimpi?Ketika mana di dalam mimpi tersebut kita bertemu dengan seseorang yang mempunyai perwatakan yang baik seperti beserban berjubah lalu menyuruh kita mengamalkan amalan yang soleh? Lalu kata pak guru dengan begitu jelas dan tegas...." kita hidup mestilah berpandukan al-quran dan sunnah, bukan pula berpandukan amalan yang disuruh melalui mimpi, beliau berkata lagi andai al-Quran telah lama menyebut tentang kelebihan dan kebaikan sesuatu amalan, mengapa harus kita beramal berpandukan mimpi kerana bunga-bunga permulaan syirik akan mula berlaku melalui cara begitu.
Beliau berkata lagi, andai belajar biarlah kita tahu, siapakah guru kita,dalam kes sebegini apakah orang bermimpi itu kenal orang yang memberi arahan supaya beramal dalam mimpi tersebut..." Inilah jawapan yang sepatutnya difahami oleh masyarakat Islam. Selama hayat saya, selalu saya terdengar kata-kata orang seperti " Si fulan itu dapat amalan daripada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang datang bertemu melalui mimpi, dialah yang mengajarkan si fulan itu supaya beramal dengan beberapa amalan".
Persoalannya betulkah yang datang melalui mimpi itu adalah syeikh al-Jailani....atau?Andai betul sekalipun kita mestilah kembali beramal dengan ilmu yang realiti melalui kelas-kelas pengajian dan berguru,bukan ilmu yang diajar melalui jalan mimpi. Kita mestilah sedar dengan tipu daya syaitan...cuba bayangkan seseorang yang tidak pernah melakukan amalan sunat,lalu bermimpi bertemu dengan seseorang yang mengajar cara untuk beramal, lalu amalan itu terus dilakukan dengan penuh konsisten disebabkan mimpi tersebut...cuba fikirkan kepada siapa amalan yang dilakukan itu dipersembahkan. Beramal dengan niat kerana Allah ataupun kerana ilmu yang diperolehi melalui mimpi.Takut-takut amalan itu dilakukan hanyalah
kerana mimpi bukan ikhlas kerana Allah.
Renungkanlah.......

12 October 2008

Santau

Santau adalah kombinasi yang di bancuh melalui adunan mentera sihir dan makhluk halus (jin). Tanda-tanda santau: -Batuk yang lama -Muntah darah -Rasa menyucuk dalam badan -demam panas bersangatan bila disentuh terasa bahang atau disentuh badan terasa panas tetapi muka sejuk -Sakit kepala pada waktu tertentu seperti waktu asar,pukul 11-12mlm atau sebelum subuh tetapi tidak sentiasa sakit -lemah sendi dan anggota badan -tak ada selera makan -gatal-gatal badan hingga berkudis, ruam -pemarah walaupun pada hal yang kecil -pelupa -Resdung,barah,kayap,lumpuh dan angin ahmar -Gila atau lumpuh yang menjadikan pesakit tak boleh buat kerja kuat,tak boleh nak angkat berat -lemah tenaga batin -sedih yang bersangatan seperti terlalu ingat kepada orang yang sudah meninggal -Penakut sangat -Pemalas fikiran tak tenteram -Suka sendirian dan suka jumpa orang -badan semakin susut dan ringan -rasa nak tido je kerjanya Kesan orang yang kena santau: -Rosak rohani dan jasmani -Rosak rumah tangga,rosak organ dalaman dan fikiran -menyiksa badan yang berpanjangan Orang yang termakan racun dalam masa 10 hingga 15 minit kita boleh nampak effect dia,tapi orang yang kena santau angin dia tak perasan,selepas beberapa tahun baru nampak kesan,selepas 20 bulan baru mula batuk.Santau tuju kalau kena dalam masa tu juga orang yang kena tu akan batuk dan keluar darah.Santau makanan selalunya diletakkan dalam kenduri kendara sama ada dalam makanan dan minuman.Sapa yang yang makan atau celup tangan dalam makanan tu pun akan kena. Ramuan santau (benda-benda yang kotor) Air ulat gonggok yang bewarna hitam,segala jenis miang,miang buluh,miang tebu,kuku,rambut, hempedu katak puru,bisa binatang,bisa ular,kala jengking,lipan,tembikar lama,kaca,tulang binatang yang mati tergantung dan segalanya yang kotor.Semua benda ni ditumbuk halus sampai jadi serbuk yang sangat halus. Elak daripada Santau kena ada pendinding diri,selalu baca al-Fatihah,bismillahillazi la yazhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wala fi sama’ hingga akhir ketika nak makan sesuatu makanan,3 qul yang sunat dibaca dan dihembuskan ke telapak tangan dan sapu sekalian badan bermula daripada kepala ke ke kaki sebelum tidur,begitu juga kepada anak-anak kecil.Amalkan juga Laqad ja akum serta ayat-ayat al-Quaran dan doa pendinding sihir yang lain. Live from Akedemi Darul Syifa,Bangi.

09 October 2008

Islam dan kak Dayang

Ramadhan kali ini awal juga balik kampung,coz dah memang plan nak siapkan tesis.Rumah agak sunyi cuma keriangan aidil fitri begitu meriah dengan kepulangan anak saudara yang bermacam kerenah.Bila lepas sebulan dekat rumah sekarang dah kembali ke Bangi.Kembali menjadi student seperti biasa.Hampir dua tiga hari di sini...ada sahabt yang meminta tolonga saya dan kawan-kawan agar memberi nasihat berkaitan dengan sorang kakak ni yang begitu cenderung dengan agama Kristian.Beliau berasal dari Serawak berumur hampir 40an dan mempunyai suami dan 4 orang anak,tapi masalahnya hati beliau hanya ingat tentang church dan kebaikan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Kristian yang berkawan dengan beliau.Selain dari itu dia juga suka sangat compare antara sikap orang kristian dan muslim dekat Malaysia.Banyak juga brainwash yang kami bagi dekat dia,tapi kebanyakan hujah kami diterima oleh beliau dengan diakhiri kalimah tapi................kepada sahabat yang membaca ruangan ini doakanlah agar hati beliau akan tetap kepada Allah dan Islam.Setelah semalaman di rumah mengikuti brainwash yang dilakukan oleh ahli bait,pada kesesokkan hari kata beliau hendak ke Kuala Lumpur seorang diri untuk bertemu dengan kawan.Kami bertanya siapa kawan tu?Namun beliau enggan memberitahu sehingga di akhir pujukan kata beliau hendak ke Bukit Bintang bertemu seorang kawan berhampiran sebuah churh.Kami katakan kepada beliau untuk masa sekarang kak tidak sesuai bertemu dengan kawan2 akan yang berlainan akidah.Namun perancangan beliau tidak seperti yang dirancang kerana kebetulan hari itu sorang sahabat bersedia menjadi security guard untuk diri dia.Hingga akhirnya beliau pulang ke rumah dengan selamat dan membatalkan hajatnya untuk ke tempat yang tidak sepatutnya dia pergi.
Permasalahan yang boleh kita kaji bersama di sini, kakak ni memang di besarkan di Serawak dengan senario masyarakat sana yang kebanyakkan mereka adalah Kristian dan sekarang beliau tinggal di sekitar Seremban, sepatutnya setelah 50 tahun merdeka kerajaan telah membuat perancangan bagaimana untuk mengimarahkan agama Islam di Sabah dan Serawak tidak hanya berfikir kearah pembangunan semata-mata.Begitu juga dengan pemerintahan yang ada di sana mereka haruslah tidak membimbing masyarakat kepada meliberalkan agama yang berasaskan tauhid kepada Allah.Sebagai seorang muslim yang mempunyai akidah,kita tidak perlu berlemah-lembut atau goyah dengan orang kafir dalam isu berkaitan akidah.Bagi kamu agama kamu dan bagi aku juga satu agama.Kepada semua saudaraku yang seakidah sama-samalah kita mendoakan agar Allah sentiasa menyelamatkan akidah umat Islam,sekalipun mereka ditindas seperti ashabul Ukhdud.

21 August 2008

Takutlah Laknat Allah

Semenjak duk aktif dalam friendster dapat juga jumpa kawan-kawan lama...ingat hari ni nak jumpa prof,tapi tak jadi pulak...prof bz.Erm kalau macam ni je memanjang camne la nak siap ni tesis ku...sabar,sabar.Semenjak dua menjak ni sibuk media bincang kes liwat....kira faqih belake la rakyat jelata pasa liwat....tapi yang menakutkan saya..sumpahan yang diakui tanpa sebarang bukti yang kukuh...takut juga Allah turunkan bala pada pemerintahan yang tidak ada keberkatan.
Main-main sumpah dengan nama Allah ni....bukan macam kecik-kecik dulu,macam dialog ni..."Jangan amik tau ni barang saya...Alif lam, lam, ha, sape amik berdosa..."
Teringat pulak masa kecik-kecik dulu.Ada ulama yang tidak setuju sangat angkat-angkat sumpah dengan nama Allah,dalam mahkamah civil lain cerita,betoi ke salah semua angkat sumpah,Mahkamah Islam lain ler...Di antara keluhan ulama yang saya dengar,ulama risau andai sumpahan yang dibuat hanya sekadar untuk melepaskan diri dan untuk meraih perhatian orang ramai ini membawa bala kepada negara.Ye lah kalau salah pun berani kata tak salah dengan nama Allah,ini dah melampau. Keluhan ini disebut sebulan yang lalu,tapi realiti dua,tiga minggu ni sungguh berlaku...tak takut ke kamu dengan laknat dan kemurkaan Allah ??

28 July 2008

Tahniah buat sahabat-sahabat yang dah siap MA dekat UK

Semalam sempat ke Resident Hotel kerana ada satu majlis yang diadakan bersama Dato' Harun Taib,memnag dah lama saya tak berjumpa dengan orang yang mengantar rombongan saya dan kawan MDQ ke Wales untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama dahulu.Sempat juga bertanya khabar dengan ust dan perkembangan sahabat-yang dah siap MA dekat UK.Tahniah diucapkan kepada Atikah,Asma dan Hamdi di atas kecekalan korang sambung belajar dekat Markfield.Cayalah.....Anyway tolong doakan kakakmu di UKM ni.Sistem di sini tak sama dengan di UK yang cepat dan menjimatkna waktu dan wang ringgit.Cepat dan lambat MA di sini bergantung juga pada di ir seorang pelajar,penyelia dan fakulti tu sendiri.MA Fakulti pengajian Islam limitnya dua tahun.Tapi fakulti lain setahun pun boleh siap MA.Anyway doakan kejayaan bersama. ok

17 July 2008

Satu Malam ketika si pencuri masuk rumah

Sedar tak sedar semalam ada orang masuk rumah...dah ler lelaki,alhamdulillah semuanya selamat.Rumahku takde ler best sangat berbanding rumah-rumah orang lain di sekitar Bangi bandar ilmu ini.Al-Maklumlah rumah student yang kaya dengan komputer riba yang mana masing-masing semuanya masih bergelar penuntut di peringkat siswazah di UKM.Selalunya rumah ku masih terang walaupun pukul 1,2,3 pagi kerana masing-masing sibuk menyiapkan tesis bagi mencapai cita-cita.Malam tu ada sorang sahabatku yang menyiapkan tesis diruang tamu, kerana esoknya dia akan submit tesisnya.Agak lewat juga dia tidur sebab sibuk sekali mengedit tesis protaz.Hampir pukul 4 pagi,dia agak letih dan tertidur.Aku dan member sebilik masih segar lagi mata kami pada pukul 2,namun pada pukul 2 lebih,suasana bilik dah semakin sunyi.Kawan-kawan yang lain juga dak lama memejamkan mata,kerana ada di antaranya bergelar Ustz dan RA yang semestinya akan keluar di awal pagi untuk mencari nafkah hidup.Tiada sapa yang sedar semasa si pencuri masuk ke rumah kami,kecuali kawan ku yang tertidur diruang tamu.Mengikut laporan kak sofi si pencuri masuk rumah dan memang dah pegang komputer riba kak sofi sebelum dibawa lari,ketika itu kak sofi terjaga dan sempat memandang pencuri yang berada di sebelahnya yang sedang mengangkat komputer riba yang begitu amanah dalam menjaga segala rahsia dan tesis yang ditulisnya selama ini.Dalam keadaan itu kak sofi sempat menjerit dan akhirnya si pencuri sempat tersenyum dan meletakkan semula komputer itu di atas meja dan terus berlalu pergi.Walaupun kak sofi seorang yang memakai kaca mata,tetapi ketika pencuri masuk dia tak sempat pakai kaca mata.Namun beliau nampak wajah si pencuri yang wajahnya seperti orang Melayu.Al-hamdulilah lega kak sofi sebab si pencuri masih ada sedikit iman ketika mengangkat komputer ribanya.Kalau tak jenuh la kakande tu copy semula tesis tu daripada kertas.
Al-Hamdulillah kami semua selamat..terfikir juga daku jika si pencuri tu apa-apakan kak sofi malam tu.Tapi al-hamdulillah semuanya selamat.Siangnya kami membuat laporan polis.Polis datang ke rumah untuk membuat kajian forensik bagi mengenal pasti cop tangan si pencuri yang membuka pintu melalui tingkap rumah.Wahai si pencuri bertaubatlah selagi hayat masih ada.....