12 October 2008
Santau
Santau adalah kombinasi yang di bancuh melalui adunan mentera sihir dan makhluk halus (jin).
Tanda-tanda santau:
-Batuk yang lama
-Muntah darah
-Rasa menyucuk dalam badan
-demam panas bersangatan bila disentuh terasa bahang atau disentuh badan terasa panas tetapi muka sejuk
-Sakit kepala pada waktu tertentu seperti waktu asar,pukul 11-12mlm atau sebelum subuh tetapi tidak sentiasa sakit
-lemah sendi dan anggota badan
-tak ada selera makan
-gatal-gatal badan hingga berkudis, ruam
-pemarah walaupun pada hal yang kecil
-pelupa
-Resdung,barah,kayap,lumpuh dan angin ahmar
-Gila atau lumpuh yang menjadikan pesakit tak boleh buat kerja kuat,tak boleh nak angkat berat
-lemah tenaga batin
-sedih yang bersangatan seperti terlalu ingat kepada orang yang sudah meninggal
-Penakut sangat
-Pemalas fikiran tak tenteram
-Suka sendirian dan suka jumpa orang
-badan semakin susut dan ringan
-rasa nak tido je kerjanya
Kesan orang yang kena santau:
-Rosak rohani dan jasmani
-Rosak rumah tangga,rosak organ dalaman dan fikiran
-menyiksa badan yang berpanjangan
Orang yang termakan racun dalam masa 10 hingga 15 minit kita boleh nampak effect dia,tapi orang yang kena santau angin dia tak perasan,selepas beberapa tahun baru nampak kesan,selepas 20 bulan baru mula batuk.Santau tuju kalau kena dalam masa tu juga orang yang kena tu akan batuk dan keluar darah.Santau makanan selalunya diletakkan dalam kenduri kendara sama ada dalam makanan dan minuman.Sapa yang yang makan atau celup tangan dalam makanan tu pun akan kena.
Ramuan santau (benda-benda yang kotor)
Air ulat gonggok yang bewarna hitam,segala jenis miang,miang buluh,miang tebu,kuku,rambut, hempedu katak puru,bisa binatang,bisa ular,kala jengking,lipan,tembikar lama,kaca,tulang binatang yang mati tergantung dan segalanya yang kotor.Semua benda ni ditumbuk halus sampai jadi serbuk yang sangat halus.
Elak daripada Santau kena ada pendinding diri,selalu baca al-Fatihah,bismillahillazi la yazhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wala fi sama’ hingga akhir ketika nak makan sesuatu makanan,3 qul yang sunat dibaca dan dihembuskan ke telapak tangan dan sapu sekalian badan bermula daripada kepala ke ke kaki sebelum tidur,begitu juga kepada anak-anak kecil.Amalkan juga Laqad ja akum serta ayat-ayat al-Quaran dan doa pendinding sihir yang lain.
Live from Akedemi
Darul Syifa,Bangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment