27 December 2008

Takut syirik

Paparan misteri nusantara pada minggu ini dan minggu lepas,membuatkan saya teruja dan
berminat untuk menjadi penonton yang setia.Paparan misteri mengenai santau begitu jelas ditayangkan dalam program ini.Begitulah cara membuat santau dan itulah ilmu pelik yang dimiliki oleh sesetengah orang Melayu,melayu muslim pulak tu...kalau non muslim tak kisahlah. Santau ni tidak akan berlaku kecuali dengan izin Allah.Inilah kehidupan di dunia, yang mana Allah jadikan setiap manusia itu adalah untuk menguji setinggi mana amalan baik mereka kepada Allah,bukan pula amalan durjana yang membuatkan seseorang Islam itu menjadi syirik kepada Allah sehingga membawa mereka ke jurang dosa-dosa besar dan neraka. Syirik ini bukan perkara yang main-main, kata pak guru syaitan tidak pernah berputus asa berusaha untuk menyesatkan umat Islam dari masa ke semasa.Oleh itu setiap muslim mestilah berwaspada dengan segala tipu daya syaitan.
Pernah di dalam kelas pengajian Darul Syifa, ada di antara murid yang bertanya mengenai mimpi. Soalan itu berbunyi boleh ke kita beramal dengan ilmu yang kita perolehi melalui mimpi?Ketika mana di dalam mimpi tersebut kita bertemu dengan seseorang yang mempunyai perwatakan yang baik seperti beserban berjubah lalu menyuruh kita mengamalkan amalan yang soleh? Lalu kata pak guru dengan begitu jelas dan tegas...." kita hidup mestilah berpandukan al-quran dan sunnah, bukan pula berpandukan amalan yang disuruh melalui mimpi, beliau berkata lagi andai al-Quran telah lama menyebut tentang kelebihan dan kebaikan sesuatu amalan, mengapa harus kita beramal berpandukan mimpi kerana bunga-bunga permulaan syirik akan mula berlaku melalui cara begitu.
Beliau berkata lagi, andai belajar biarlah kita tahu, siapakah guru kita,dalam kes sebegini apakah orang bermimpi itu kenal orang yang memberi arahan supaya beramal dalam mimpi tersebut..." Inilah jawapan yang sepatutnya difahami oleh masyarakat Islam. Selama hayat saya, selalu saya terdengar kata-kata orang seperti " Si fulan itu dapat amalan daripada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang datang bertemu melalui mimpi, dialah yang mengajarkan si fulan itu supaya beramal dengan beberapa amalan".
Persoalannya betulkah yang datang melalui mimpi itu adalah syeikh al-Jailani....atau?Andai betul sekalipun kita mestilah kembali beramal dengan ilmu yang realiti melalui kelas-kelas pengajian dan berguru,bukan ilmu yang diajar melalui jalan mimpi. Kita mestilah sedar dengan tipu daya syaitan...cuba bayangkan seseorang yang tidak pernah melakukan amalan sunat,lalu bermimpi bertemu dengan seseorang yang mengajar cara untuk beramal, lalu amalan itu terus dilakukan dengan penuh konsisten disebabkan mimpi tersebut...cuba fikirkan kepada siapa amalan yang dilakukan itu dipersembahkan. Beramal dengan niat kerana Allah ataupun kerana ilmu yang diperolehi melalui mimpi.Takut-takut amalan itu dilakukan hanyalah
kerana mimpi bukan ikhlas kerana Allah.
Renungkanlah.......

No comments: