20 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Hidup ini banyak perkara yang perlu dipelajari, banyak hal juga perlu difahami. Kadang-kadang kita terasa risau dan takut untuk menghadapi sesuatu kehidupan,terasa pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, risau andai tidak mampu mengharungi segala liku yang mendatang. Tetapi sentiasa berharap agar segala cabaran dapat dilalui jua, walau dalam apa cara sekalipun. Kata al-Muhasibi , “Manusia sentiasa dalam keadaan takut tapi dalam masa yang sama, ia tetap berharap”. Disebabkan itu kita diminta agar sentiasa meluaskan connecting kita dengan Allah.Agar Dia sentiasa memimpin kita ke jalan yang diredhoiNya. Tahun silih berganti, begitu juga musim yang datang dan pergi, segala putaran ini berkisar dengan kehendak Ilahi. Tunduk dan patuh makluk ciptaan ini,tidak sekali membelakangi kehendak Allah.Begitu juga dengan kelahiran dan kematian, semuanya hadir menurut kehendak Pencipta. Salam Maal Hijrah 1432 saya ucapkan untuk diri saya dan para pembaca.Moga tahun ini lebih bermakna buat saya dan para pembaca,mudah-mudahan iman kita pada tahun ini lebih mantap berbanding tahun lepas. Begitulah hendaknya, moga ada perubahan yang sudi Allah kirimkan bersama titipan hidayah yang berterusan ke dalam hati setiap insan yang mendambakan petunjuk Ilahi.