05 April 2015

Antara Smartphone dan Kita

Setelah sekian lama tak berblog..tetiba hati ini rasa kerinduan pada zaman saat berblog dahulu...Apa khabar semua sahabat..masa demi masa ..hari demi hari..umur saya kini semakin meningkat,,begitu jua umur sahabat-sahabat..Dari barat ke timur,dari negeri ke negeri,dari daerah ke daerah..kini saya kembali berhijrah ke daerah pendalaman di ceruk Baling..dek kerana kerjaya. Belajar dan mengajar itu kerjaya yang tidak tamat selamanya,walaupun kerjaya saya adalah mengajar namun kerinduan saya pada terus belajar masih menjadi rutin harian.Belajar sesuatu yang tidak rasmi..belajar sambil minum teh,belajar sambil bertalaqi..itu lebih membuahkan kefahaman kepada saya.Di pekan kecil ini ramai yang datang untuk menuntut ilmu..Saya doakan moga pelajar-pelajar semuanya bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan bukan hanyut dibuai kenikmatan wang pinjaman sehinggakan mengetepikan objektif utama mereka dalam menuntut ilmu. Muda yang sekali..biarlah ianya menjadi zaman muda yang sangat bernilai. Anak muda hari ini terlalu banyak kemudahan...zaman dahulu chat dan YM,zaman sekarang setiap masa masa sibuk sekali meseg di whatups,we chat,FB..wah! banyaknya masa untuk entertaint.Semuanya gara-gara smartphone.Segalanya mudah hanya dihujung jari...nak pahala atau dosa,segalanya teramat mudah pada zaman ini. Zaman yang serba canggih juga memerlukan pengendalian yang bagus dalam merancanakan kualiti remaja dan anak muda yang berjaya.Segala kecanggihan smartphone,computer dan TV ianya adalah sama.Kita sebagai pengguna haruslah bijak menguruskannya. Analogi yang paling mudah ianya adalah seperti pisau yang kita gunakan untuk memotong sayur-sayuran atau daging sewaktu ingin memasak..sekiranya kita berhati-hati memotong..pisau yang tajam itu menjadi alat pemudah cara untuk kita menyiapkan menu masakan.Andai ianya digunakan tanpa berhati-hati..pisau itu akan memakan diri sendiri, juga mungkin ada jari terluka akibat terkena pisau tadi.Begitulah sebuah analogi antara Smartphone dan pisau.Namun bahayanya terhadap kesihatan tengah hangat menjadi bahan penyelidikan pada masa kini... Jadi saya juga salah seorang mangsanya..sebelum terlewat ayuh kita menjadi umat yang sehat dan kuat..