Allah berfirman yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat,maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allahdan tinggalkan jual beli (dengan meninggalkan semua pekerjaan).Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(Al-Quran,Al-Jumuah 62:9).
Ketika jam dah hampir 1.15tgh,ade kedengaran arahan dari pihak penganjur kepada semua yang ada disitu bahawa bas disediakan kepada semua pengunjung di MiHas yang ingin ke masjid bagi menunaikan solat jumaat.Di mana keutamaan yang sebenar yang harus dipelihara sebenarnya antar produk halal ke solat jumaat?Oleh kerana jam dah 1.30tgh,kami decide untuk balik,agar tak nak terlibat dengan jual beli dengan orang-orang lelaki yang tak nak tunaikan solat jumaat.Sebelum pulang kami sempat melewati kedai-kedai yang menjual produk halal yang ditinkan seperti Sardin.
kata saya kepada peniaga lelaki tu...produk ni dari mana Kuala Lumpur ke?
Kata si peniaga: "Ya, dari KL",
Saya: "Tak ade peniaga wanita ke yang keje dekat sini?"
Peniaga: "Tak ada, semua lelaki".
Saya: "Tak solat Jumaat ke?"
Peniaga:"Jamak solat nanti"Jawab si peniaga sambil duit ditangannya terjatuh ke lantai dan terus mengambil duit yang terjatuh tu.Ketika dialog bermula,lalu seorang mak cik lalu menyampuk perbualan kami sambil berkata " Ye lah dia tak pegi solat Jumaat pun"
Sejurus selepas perbualan tadi, kami terus meninggalkan peniaga tersebut.
Banyak booth yang dibuka kat sini dan banyak juga booth-booth yang dimiliki oleh orang China seperti Pau Ahmad,Taiwan Restaurant,Maggie Vit's dan banyak lagi sampai kepalaku pun naik confius.
No comments:
Post a Comment