Bertemu Janji Allah..mungkin ramai yang telah memiliki karya yang ditulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini.Saya sendiri entah mengapa minat mengumpul buku-buku karangan Tok Guru. Membaca buku seperti ini,menjadi saya insaf apatah lagi tulisan Tok guru yang menjelaskan tentang keadaan kita di akhirat dan hal Mahsyar sangat menyentuh hati yang sentiasa dibelenggu dosa.
Bila membicarakan tentang Masyar tentu saja kita akan memikirkan keadaan manusia yang terlalu ramai berhimpun di sebuah kawasan.Ditambah lagi dalam maksud-maksud hadis yang jelas menceritakan saat manusia ketika itu dalam keadaan tidak berpakaian dan berpeluh-peluh.Bahkan peluh itu sendiri akan menjadi banjir.Adakah kita di antara orang yang akan lemas dengan banjir keringat? Atau kita akan terselamat…
Inilah di antara untaian rasa bingkisan ilmu yang ingin Tok Guru kongsikan bersama kita…Di antara bab-bab dari buku ini sebelum bab akhir ada tajuk yang menceritakan tentang Golongan yang Terselamat daripada Banjir Keringat…Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah golongan itu..
Merekalah golongan manusia yang telah mengalirkan peluh disebabkan usaha-usaha yang dilakukan demi mentaati perintah Allah serta menjauhi larangannya.Mereka juga adalah golongan mukmin yang mengerjakan ibadah kepada Allah,mengeluarkan keringat kerana menunaikan solat fardhu dan sunat,serta ditambah pula dengan keringat mereka ketika melakukan ibadah puasa wajib dan sunat. Mereka juga adalah golongan yang bekerja keras di samping mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadah haji dengan penuh ujian dan cabaran.
Mereka juga adalah golongan yang berjihad di jalan Allah,yang berusaha bekerja demi menegakkan kalimah Allah dan perundangan Islam di muka bumi,di samping menjalankan amar makruf dan nahi munkar.Mengeluarkan keringat kerana menolong manusia yang fakir miskin.Mencucur keringat dalam mencari keredhaan Allah dan berpenat lelah kerana jala Allah atau dalam kata lain mengalirkan peluh pada kerja-kerja yang dikehendaki Allah. Merekalah golongan yang dijelaskan oleh Tok Guru yang akan terselamat daripada karam di lautan keringat manusia di Mahsyar.
Sehubungan dengan perbincangan ini, mausia sepatutya harus menginsafi diri dan bermuhasabah bagaimana keadaannya sekiranya mereka sendiri tidak pernah mengeluarkan keringat pada kerja dan usaha yang dihendaki Allah bahkan lebih parah dari itu,mereka hanya mengeluarkan peluh pada jalan-jalan dosa.
Mudah-mudahan coretan ini memberi faedah untuk jiwa saya dan pembaca-pembaca yang lain dan semoga Allah golongkan kita di kalangan orang yang mendengar kebaikan lantas mengikuti kebaikan itu selama melayari bahtera kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment