11 September 2009
Ramadhan dah nak balik
Pejam-celik pejam -celik, kita dah berada di penghujung bulan yang mulia ni,tetamu kita ini akan pulang tak berapa hari je lagi,sedihnye.Belum pun sempat beramah-tamah dan bermesra dah nak balik.Itulah bulan yang disediakan Allah buat kita bagi melakukan amal ibadah.Beruntunglah orang-orang yang melakukan ibadah pada bulan ini dengan penuh keimanan, sesungguhnya Allah tidak mempersiakan ibadah mereka.
Sabda nabi s.a.w:“Barang siapa yang telah mendirikan sembahyang pada bulan Ramadhan dengan iman yang teguh, khusyuk dan sempurna, maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam helaian sejarah, menjelaskan kepada kita terdapat beberapa peperangan yang berlaku dalam bulan ini,hal ini menunjukkan bahawa umat Islam sebenarnya adalah orang-orang yang kuat bilamana mereka memenuhi jiwa mereka dengan makanan roh. Tercatat dalam sejarah peperangan Salib yang diketuai oleh Solehuddin al-Ayubi bahawa beliau hanya membenarkan para tenteranya yang menyempurnakan solat malam sahaja keluar berperang.Pekara ini juga menunjukkan umat Islam akan lebih kuat dan lebih dekat dengan Allah bila mereka melakukan taqarrub dan menyucikan jiwa.Terdapat beberapa peperangan yang tercetus dalam bulan Ramdhan yang teukir dalam sejarah antaranya perang badar,Fathu Makkah pada tahun 8 hijrah,peperangan Hithin dan pembukaan kota Andalus,pembukaan kota Konstantinople dan peperangan Ain Jalut melawan tentera Tartar.
Peristiwa 'Ain Jalut pun berlaku dalam bulan Ramadhan. Tentera Tartar yang ganas dari Asia Tengah telah menceroboh Baghdad yang menjadi pusat kerajaan Islam Abbasiyah. Mereka bertindak dengan ganas tanpa perikemanusiaan. Umat Islam dibunuh dengan kejam tanpa sebab sehingga Baghdad menjadi 'kolam darah'. Kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama dibakar, ulama dibunuh dan berbagai lagi kezaliman yang dilakukan. Umat Islam dipaksa untuk menerima satu peraturan yang dicampur aduk dengan agama-agama lain termasuk Islam. Mereka cuba untuk menguasai umat Islam sepenuhnya, namun Allah S.W.T tidak mengizinkannya. Bila tiba di 'Ain Jalut, dengan slogan " Wa Islamah" ( Wahai Islamku tersayang ) umat Islam bangkit semula dan berjaya menewaskan tentera Tartar dengan izin Allah S.W.T.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:"Sungguh menakjubkan perihal orang-orang Islam. Semua urusannya baik belaka. Sekiranya memperolehi sesuatu yang menggembirakan, dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Sekiranya ditimpa bencana dia akan bersabar, maka itu pun juga kebaikan baginya. Tidak diperolehi yang demikian itu oleh orang lain melainkan orang mukmin sahaja".( Riwayat Muslim)
Bagi mengakhiri Ramadhan yang masih berbaki,seharusnya umat Islam merebut pahala di 10 akhir Ramadhan dengan pebuh mujahadah.Pohonlah kepada Allah agar segala taubat yang dilakukan diterima.Mudah-mudahan Ramadhan kita pada kali ini lebih bermakna dari Ramadhan-ramadhan yang lalu.Fi Amanilah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment