Beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah......sumber Harakah
1- Pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik sultan atas isu harta.
2- Tahun 1974 Tan Sri Ghazali JAwi (bapa Datuk Sri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak memegang jawatan dua tahun sahaja. Tetapi apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka dan tidak pernah bertindak seperti Nizar(Utusan Malaysia: 12/2/2009). Tindakan bapanya kepada sultan Perak apa pula maknanya?
3- Begitu juga pada tahun 1979, iaitu kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih pendapat dengan sultan Pahang. Tetapi media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.
4- Pada tahun 1983, Umno hendak meminda supaya kuasa Yang Dipertuan Agung tentang pengisytiharan darurat dikurangkan, maka Umno membelasah raja-raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.
5- Pada tahun 1991 dalam persidangan Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
6- Dalam persidangan agung Umno juga, perwakilan Umno juga meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan di muka surat depan oleh Utusan Malaysia.
7- Satu demontrasi menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pimpinan Umno Kelantan. Kenapa Polis tidak bertindak melepaskan gas pemedih mata? Apakah ini bukan derhaka namanya?
8- Pada 18 Jun 1993 pindaan perlembagaan persekutuan yang membolehkan kes raja dibawa ke mahkamah. Apabila raja-raja Melayu minta tangguh pindaan ini,maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.
9- Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Star, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Tun Mahathir dan mengancam raja-raja Melayu.
10- Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan mana satukah yang lebih merbahaya antara pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Feb 2009. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Sigh yang menyaman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Kapal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pernah dipinda oleh pimpinan Umno ada tahun 1993 (Star Online 17/2/2009). 11- Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Indraputra untuk menganti sultan Ismail Putra pada 20 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa.Ini lagi memalukan, Apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya.
12- Kenyataan Shahidan kasim bekas menteri besar Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki tahta dia ada bukti” (Berita harian 11Jun 1993).
13- Dato’ Muhammad Taib kata Nizar derhaka, dia lupakah bahawa dia bawa lari Ku Yah (puteri sultan Selangor dibawa kahwin lari sehingga sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?
14- Daripada 24 Adun Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato’ Muhammad Said selepas pilihan raya 2008. Mereka membuat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana yang mahu Idris Jusoh juga menjadi Menteri Besar Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang, tidak pula dikenakan akta hasutan. Kenapa Polis tidak menangkap mereka yang berdemo dan menghina sultan. Apakah pihak polis tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis tidak boleh menangkap mereka yang berdemo di depan istana Kuala kangsar pada 6 Feb 2009.
15- Shahidan Kasim juga pernah memboikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai menteri besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya.
Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak menghormati raja. Siapakah pengderhaka sebenar di negara ini. Jawapannnya tentulah terjawab dalam minda pembaca. Pimpinan Umno hanya menggunakan istana untuk tarian hayat mereka sahaja. Mereka tidak jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Sebab itu kita lihat dalam media pro Umno sudah tidak lagi membangkitkan isu derhaka, kerana mereka kesilapan mereka. Rakyat sekarang bukan zaman purba yang hidup di dalam gua, tetapi rakyat sudah mempunyai maklumat daripada langit terbuka. Rakyat boleh mencapai maklumat hanya dihujung jari sahaja. (Harakah 6-8 Mac 2009.9-11 Rabiul Awal 1430)
Apa yang paling besar dalam isu derhaka ialah, derhaka kepada Allah...
No comments:
Post a Comment