Kata Datuk A Samad Said, Sasterawan Negara: "Saya terkena (gas pemedih mata) pada hidung,mata dan juga kena tolak.Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya" . (Mingguan Malaysia Ahad 8 mac 2009,M/S 3)
Apa jua cakap orang.…
Kami kata kan..
Kalau tak kerana bahasa …
Kalau tak kerana kemajuan anak bangsa…
Takkan kami berdemontrasi
Majukah anak bangsa kalau hanya lulus periksa dengan kadar 20%
Bila peperiksaan Matematik dan Sains dipelajari dalam bahasa Inggeris
Atau kita lebih bangga,jika anak bangsa kita pelajari Metematik dan Sains dalam
Bahasa sendiri dan peratus lulusnya 40%
Fikirkan logiknya..
Amerika maju,German maju,Britain maju,Jepun maju,Holland maju
Disebabkan bahasa mereka
Ke angkasa jua Angkasawan Negara
Bukan dengan teknologi Amerika atau Britain
Tapi dengan kemajuan teknologi Rusia
Andai esok Amerika dan Britain jatuh
Bahasa apa pula anak bangsa kita akan belajar
Adakah mereka akan kekal pelajari sains dan Matematik
Dalam bahasa Inggeris?Biar kita pelajari sains dalam bahasa kita,
Biar formula sains yang terbaru ditemui anak bangsa kita
Tetap dipelihara dalam bahasa kita,
agar strategi kita tidak mudah diambil orang.
Terutama sekali musuh-musuh Islam…
kerana sudah lama mereka mencuri khazanah Islam
melalui impelarisme
Atas kewajaran menusia yang dikurniakan akal
Bukanlah politik menjadi dalang,
Tetapi logik boleh membuah fikiran
Kerana para intelek mempunyai prinsip
Tak salah kalau prinsip yang baik digabungkan
Dengan pemikiran mereka yang berperinsip
No comments:
Post a Comment