24 February 2009

Sabah ba.....

Dah lama tak update my blog ni...seminggu di Sabah menjadi kenangan manis sebagai satu XPDC dakwah yang tak mungkin dilupakan. Sebelum ke Sabah, saya sendiri tak permah terfikir untuk melancong ke sana,tapi melihat kecantikan pantai Semporna teruja juga hendak ke sana.Tapi pergi saya ke sana bukanlah sebagai pelancong,namun lebih dari itu sebagai da'ie. Di sebalik negeri Sabah yang kita sebut-sebutkan itu terdapat seribu berita yang tak mungkin digambarkan oleh mata kepala kita. Sebelum ke sana saya ingatkan keadaan di Sabah mempunyai persamaan dengan keadaan semenanjung,tapi sebenarnya tanggapan itu agak tersasar setelah saya tiba di Sandakan pada 13/2/2009. Sandakan adalah satu bandar yang di kelilingi lautan,penggemar makanan laut mesti gembira bila sampai ke sini. Anak-anak kelahiran sini sudah biasa dengan bermain bot untuk sampai ke sesuatu destinasi,apatah lagi hendak ke sekolah pada setiap hari. Lautan yang luas dan sungai yang besar yang mengandungi pelbagai jenis makhluk di dalamnya tidak pernah menjadi halangan kepada mereka.Sekalipun begitu, jauh di sudut hati ini,merasa sedih melihat keadaan mereka dan mara bahaya yang akan menimpa mereka. Di sini mungkin mata kita akan terbiasa melihat anak-anak muda yang meminum arak di tepi pantai..tanpa rasa segan-silu, lihatlah keadaan anak bangsa kita di sini...begitu menyedihkan atau sekiranya kita duduk berbual dengan remaja yang sedang lepak di tepi tembok besar di tepi pantai,masing-masing akan menceritakan kesusahan hidup yang dialami oleh mereka, mungkin pada saat begini ada yang akan menceritakan masalah keluarga yang menimpa diri mereka. Mendengar cerita tentang keluarga mereka yang biasa dengan minuman arak itu menjadi satu kebiasaan sekalipun mereka bergelar muslim. Begitu jua keadaan mereka di sekitar kampung-kampung yang biasa mengadakan kenduri kahwin di samping minuman keras. Terkejut atau tidak, inilah kenyataan yang berlaku...
Lebih menyedihkan lagi,masyarakat di sini tidak punya tanah untuk membina rumah.Disebabkan masalah itu, mereka tetap mendirikan rumah mereka sekalipun di tepi sungai atau di tepi laut dengan memacakkan tiang di tebing sungai,lalu mendirikan rumah mereka yang mungkin akan ditenggelami air sekiranya paras air semakin meningkat.Di samping rumah-rumah tersebut terdapat beberapa buah jambatan yang menjadi penghubung bagi perjalanan mereka untuk sampai ke rumah mereka.Jabatan kayu ini tidaklah begitu kukuh,ada saja kayunya yang agak reput dan berkemungkinan membawa bahaya kepada pejalan kaki yang menggunakan jambatan tersebut.Mungkin sekiranya kita beramah mesra dengan orang-orang kampung di sini,tidak asing lagi sekiranya ada yang menceritkan bahawa ada yang pernah jatuh dari jambatan tersebut termasuklah ibu yang mengandung. Ada juga yang mengatakan kami begitu asing walaupun berada di bumi sendiri.......Dengan menaiki pacuan empat roda yang memiliki gear turbo..kami sempat sampai ke perkampungan Islam suku kaum Kadazan,Beluran dan sebagainya.Di kampung-kampung pendalaman seperti ini, para penghuni di tempat seperti ini begitu susah untuk mencari keperluan hidup kerana begitu sukar untuk mendapatkan taranspot awam. Apatah lagi di campur dengan infrasruktur yang tidak memuaskan sekalipun negeri ini ditadbir oleh pemerintah yang sama di semenanjung. Di perkampungan orang-orang Kadazan, di sini diadakan kenduri rakyat dan khidmat kesihatan oleh beberapa orang doktor. Kalau ke kampung seperti ini,anda janganlah terkejut melihat anjing-anjing yang berkeliaran.Apa yang penting menyebarkan kefahaman Islam kepada golongan seperti ini adalah lebih penting daripada menghiraukan anjing-anjing mereka.Bagi mereka anjing sangat penting untuk menjaga kebun.Bagi pendapat saya mereka yang baru memeluk Islam tidak perlu kita beratkan mereka dengan hujah-hujah empat mazhab,biarlah dahulu mereka dengan cara mereka..sedangkanIslam itu adalah agama yang mudah dan perselisihan pendapat para ulama itu adalah rahmat.
Pada hari berikutnya kami,dibawa menaiki bot untuk mambawa barang sumbangan kepada orang-orang miskin yang tinggal dipinggir sungai. Setibanya kami di kampung tersebut pada pukul 10 pagi,bekalan elektrik belum lagi sampai pada waktu itu.Ketika keadaan begitu sempat juga saya bersembang dengan seorang penduduk di situ mengenai bekalan elektrik, kata selah seorang daripada mereka,bekalan elektrik hanya akan sampai ke kampung ini bermula pada jam 10 pagi sehingga 1 pagi sahaja,namun sekiranya ada kenduri kahwin dan kematian, eletrik akan dibenarkan sampai sehari penuh.Hairan jugek la hambee...dengan keadaan yang berlaku.Tapi tidaklah hambe begitu hairan kerana hambe dan teman-teman seangkatan dengan hambe begitu kenal dengan fiil pemerintah yang memerintah rakyat jelata di semenanjung dan luar semenanjung.
Antara masalah lain yang dihadapi masyarakat di Sabah ialah susah untuk mendapat geran tanah,berpuluh tahun meminta geran tanah dari kerajaan,belum lagi mereka mendapat apa-apa hasil.Sehingga ada penduduk kampung yang memberitahu bahawa tanah mereka dilelong,dijual begitu saja tanpa persetujuan mereka.Dalam Islam kita ada Islam,iman dan Ihsan...sesungguhnya mengambil atau merampas ini termasuk dalam sifat zalim.Sifat zalim ini dapat diatasi dengan adanya sifat ihsan,namun ihsan tidak akan dimiliki pada hati orang yang tidak mempunyai iman. Sedarlah ihsan itu ada akhlak dan ketika Jibril bertanya kepada nabi s.a.w apakah maksud ihsan..lalu nabi s.a.w menjawab: Ihsan itu ialah apabila engkau menyembah Allah sepertimana engkau melihatNya,sekiranya engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya engkau menyedari bahawa Dia sedang melihat kamu.

No comments: