Dunya Fana
04 June 2018
Mood Study di Ramadhan1439h
Assalamualaikum
Rasanya lama dah penulis blog ini menyepi, sesepi waktu sepertiga malam.Salam Ramadhan buat semua sahabat,Ramadhan 1439h semakin hampir kepada waktu kemuncaknya.Malam seribu bulan,lailatul qadar.Hari-hari dan malam-malam terakhir Ramadhan yang menjadi perhitungan buat pencinta Ilahi.Jom kita bersiap untuk hadapinya dengan penuh keimana dan keinsafan.Mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita.Oh ...sebenarnya hari-hari yang kulalui ,biarlah ia ibarat aku di Ramadhan. Ramadhan hadirmu menguatkan nafas dan rohku.
Hari ini saya mencari mood study di perpustakaan negeri,mencari aura baru di Ramadhan.Pelbagai kisah yang telah berlalu selama saya tidak menulis di sini,semalam anakanda saya yang kedua,telah berumur satu tahun,Nur Syafiyah namanya.Moga anakanda umi membesar dengan sehat dan menjadi anak soleh.
Misi saya untuk tahun ini adalah untuk menamatkan study.Saya mohon agar pembaca mendoakan saya agar diberikan kekuatan mental dan spiritual untuk terus istiqamah dalam pengajian ini.Akhir kata saya mudah-mudahan kita menjadi orang yang hebat dibulan selain Ramadhan kesan dari sebulan kita dibulan tarbiyyah ini...ok jumpa lagi
21 July 2016
Rezeki Anugerah Seorang Anak
Dengan Nama Allah yang Pengasih lagi Penyanyang,denganNya kita bermohon pertolongan.
Kelahiran cahaya mata,merupakan saat yang paling dinantikan oleh pasangan yang telah mengikat janji setia dalam sebuah perkahwinan.Begitulah Islam dalam menjaga perinsip Maqasid syariah dalam kerangkan memelihara keturunan atau nasab,maka Islam menghalalkan hubungan intim antara lelaki dan wanita melalui pernikahan.Hal demikian juga merupakan fitrah yang dianugerahkan Allah kepada manusia,kerana manusia diciptakan dari unsur roh dan jasad yang mana kedua-duanya perlu dibimbing kepada perkara-perkara yang diredhai Allah.
Bagi pasangan yang telah berkahwin dan mendaapat zuriat yang soleh-solehah,itu merupakan nikmat dan anugerah dari Ilahi.Namun begitu tidak semua insan bernasib baik memperolehi zuriat keturunan. Hal ini merupakan ujian yang Allah sediakan buat hamba-hambanya yang terpilih di kalangan mereka yang bersabar.Jika dilihat pada mereka yang menerima ujian sebegini,mungkin merekalah orang yang paling penyabar,saat mendengar sapaan dari saudara-mara,sahabat handai dan rakan-rakan bila adanya bertanyakan persoalan berkaitan cahaya mata.Namun soalan seumpama itu terpaksa ditelan walaupun ianya pahit...apa yang penting pada mereka yang menerima ujian seumpama ini,janganlah berhenti berdoa kepada Allah,kerana dia sentiasa memberikan apa yang terbaik buat kita,sedangkan Dia yang menciptakan kita dan mengetahui kekurangan dan kebaikan yang ada pada ciptaanNya.
Saya juga pernah melalui sapaan berkaitan soal anak,selama beberapa tahun setelah berkahwin.Al-hamdulillah saya dikurniakan anak setelah 4 tahun melanyari bahtera perkahwinan dengan suami.Saat saya stress dengan persoalan yang diajukan mereka,berkaitan anak,suami selalu memainkan peranan memujuk dan mendamaikan keresahan yang ada.Pada ketika itu juga saya ada mencari jalan keluar dari permasalahan melalui berdoa dan bertanyakan cara dari guru-guru alim ulama dan membaca buku-buku agama.
Jadi antara cara yang terbaik yang dianjurkan adalah dengan memperbanyakkan istigfar dan bersedekah.Sesuatu rezki akan datang bila terbukanya rahmat Allah,dan rahmat Allah tidak akan menjelang kecuali kepada mereka yang mentaati Allah dan cuba manjaga dirinya supaya tidak cenderung melakukan maksiat.Perbanyakkan melakukan sedekah,kerana orang yang sering bersedekah merupakan orang yang berasa cukup dengan apa yang ada,sekalipun cara hidupnya bukanlah seorang yang kaya-raya.Namun keikhlasan dari amalan yang cukup itu dilaksanakan dengan sedekah,maka Allah akan menambahkan dan menggandakan kekurangan yang ada dengan rezeki-rezeki yang tidak disangka termasuklah rezeki seorang anak.
14 July 2016
Menulis saat usia dewasa
Lama sungguh tak tengok blog ni..busy sangat pulak..perlukan istiqamah sebenarnya kalau ingin menjadi penulis walaupun tak berbakat.Tapi time jadi student memang berkongsi rasa di sini dapat menghilang resahku sebagai seorang pelajar.Mula masuk kerja dulu..saya diberi tugasan untuk mengajar pelajar-pelajar international tapi kebelakangan ini kembali mengajar anak bangsa sendiri yang sentiasa manja-manja tak nak study lebih tapi nak markah lebih.Apapun keadaan mereka...saya sentiasa positif dan cuba membina budaya cintakan ilmu dikalangan mereka bukan cintakan exam.Macam kelakar bunyinya tapi itulah realitinya pelajar zaman mutakhir ini.Dalam membina anak bangsa,saya juga perlukan kekuatan mental dan spiritual untuk menyiapkan thesis yang terbengkalai sejak berkurun lama dek kerana hati yang berbolak-balik.Memang benar diciptakan hati itu dalam keadaan berbolak-balik,disebabkan itu Rasulullah mengajarkan kita doa supaya mendapat keteguhan hati yang sering dibacakan saban hari yang berbunyi ya muqallibal Qulub..Thabbit Qulubana..
Rencah penulisan MA telah siapkan diadun bersama citarasa seorang sufi yang berpegang pada al-Quran dan Hadis,mungkin metodnya lebih kepada tasawuf Salafi kerana penulis mengkaji metodologi Ibn al-Jawzi dalam kerangka tasauf pada pandangan beliau.Namun pengajian dan penulisan pada umurku yang dewasa ini lebih meluas skopnya yang sentiasa diperhati dan diperincikan kemanakah langkah kehidupan anak bangsa dan dimanakah ahklak tradisi masyarakat kita yang kian ditelan zaman,dari mana ia bermula,budaya apa yang memengaruhi mereka sehingga lupakan asal usul diri dan akidah.Ditambah pula penulisan dan karangannya tidak dalam bentuk terjemahan,namun dirangka terus dalam bahasa Arab,segalanya mencabar minda dan jiwa..apatah lagi supervisor pula orang dari Mesir.itulah hal keadaan saya pada saat ini..melangkah sendirian untuk cuba mencipta sesuatu untuk dijadikan peninggalan untuk anak bangsa supaya kembali kepada agama dan jati diri Melayu yang sinonimnya dengan kalimah Muslim.
10 May 2015
Antara hukum akal dan hukum Pencipta Akal
Al-hamdulillah..kerja dah siap..cuma ada matlamat yang besar belum disiapkan lagi.Bertahun lama dimulakan tapi tak habis-habis lagi.Itulah tesis,sesuatu yang memerlukan masa untuk ditulis dikaji di olah di adaptasi dibelek-belek beribu-ribu kali.Diteliti satu kalimah demi satu kalimah kemudian satu ayat-ke satu ayat kemudian satu perenggan ke satu perenggan kemudian satu bab ke satu bab yang lain.Tak semudah mengukir luahan rasa di blog dan juga tidak semudah tulisan seorang blogger.
Jadi untuk merehatkan minda ..aku kembli berblog untuk meringankan bebanan yang ada di fikiran dengan lakaran tulisan santai yang menyenangkan.Menulis dan mengakaji memang memenatkan minda dan minda juga perlu berehat untuk refresh semula kekuatan akal.Nikmat terindah yang dihadiahkan Allah buat hamba-hambanya adalah nikmat akal yang sehat.Manusia yang berakal tidak sama dengan haiwan..namun sekiranya manusia yang berakal bertindak seperti tindakan haiwan..ianya menunjukkan impak akal masih lagi tidak lengkap tanpa teduhan wahyu Ilahi.Begitu juga hebatnya manusia mencipta undang-undang kehidupan yang dibukukan dan diamalkan dikebanyakan dunia hari ini.Masih lagi belum mampu menyempurnakan kehendak manusia.
Contohnya mari kita fikirkan andai anda dan saya punya akal yang waras sekiranya seorang yang merempit di jalan raya menunggang motor atau memandu kereta dengan selaju mungkin..kemudian tanpa sedar pemandu yang berbahaya itu kemalangan dan melanggar kenderaan yang lain sehingga membuatkan pemandu kenderaan itu dan keluarganya mati kecuali seorang anak kecil beliau masih hidup di tempat kejadian dalam masa yang sama mat rempit tadi masih hidup dan dihadapkan mahkamah dan denda sebanyak 10 ribu dan denda tersebut di bayar untuk kerajaan sedangkan anak kecil tadi menangis sendirian.Sekelip mata menjadi yatim piatu tanpa ibu dan ayah disisi seperti kes yang berlaku di lebuh raya Duke..adakah kita yang berakal boleh menerima situasi seperti ini.Sedangkan anak kecil tadi menangis sendirian setiap hari mengenangkan ayah dan bondanya yang telah pergi..mampukah kita terima undang-undang manusia seperti saya sebutkan tadi..sedangkan sekiranya diteliti undang-undang yang diwahyukan Allah..sekiranya berlaku pembunuhan tersalah seperti kes seorang mat rempit melanggar orang lain..maka hukuman denda 100% hendaklah diberikan kepada anak kecil yang masih hidup tadi sebagai waris atau keluarga si mati bukan kepada kerajaan.Begitulah bezanya antara undang-undang konvensional dan undang-undang Islam.Atau dalam erti kata yang lain sangat ketara perbezaan antara undang-undang akal manusia dan undang-undang Sang Pencipta manusia.
Begitulah fitrah manusia yang mengharapkan ganti rugi dari setiap kecuaian yang dilakukan oleh orang yang gemar melakukan kerosakkan.
Sabda Nabi s.a.w: Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama/sistem hidup yang bersifat cenderung kepada fitrah dan toleransi.
Menurut hukum Fiqah dalam membahaskan hukum dalam kes seperti di atas,dalam Islam sebarang pembunuhan tanpa niat,diwajibkan penjenayah membayar diyat(ganti rugi) kepada keluarga mangsa.Kes seperti ini diketogerikan ulama dengan diyat yang ringan.Antara diyat yang ringan itu adalah 100ekor unta yang dibayar beransur-ansur selama 3 tahun.Para ulama juga berpendapat boleh digantikan 100ekor unta dengan harta yang sama nilai dengannya pada masa ini.Antara ialah:
1-wang emas 1000dinar,
2-wang perak 10,000 dirham
3-Lembu 200ekor
4-kambing 2,000 ekor
5-persalinan -200 persalinan lengkap.
Bertengket-tengket lah wang si waris sekiranya kita jalankan hukum dan undang Islam yang tertulis dalam Quran..tapi kita memilih untuk tidak mahukan wang yang bertengket-tengket itu..maka kito tok dapet apa-apa..Berapalah harga seekor unta di pasaran sekarang..kalau lembu pun dah hampir 3 atau 4 ribu dah harganya seekor sekarang.
I SO PROUD TO BE A MUSLIM...anda bagaimana?
05 April 2015
Antara Smartphone dan Kita
Setelah sekian lama tak berblog..tetiba hati ini rasa kerinduan pada zaman saat berblog dahulu...Apa khabar semua sahabat..masa demi masa ..hari demi hari..umur saya kini semakin meningkat,,begitu jua umur sahabat-sahabat..Dari barat ke timur,dari negeri ke negeri,dari daerah ke daerah..kini saya kembali berhijrah ke daerah pendalaman di ceruk Baling..dek kerana kerjaya.
Belajar dan mengajar itu kerjaya yang tidak tamat selamanya,walaupun kerjaya saya adalah mengajar namun kerinduan saya pada terus belajar masih menjadi rutin harian.Belajar sesuatu yang tidak rasmi..belajar sambil minum teh,belajar sambil bertalaqi..itu lebih membuahkan kefahaman kepada saya.Di pekan kecil ini ramai yang datang untuk menuntut ilmu..Saya doakan moga pelajar-pelajar semuanya bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan bukan hanyut dibuai kenikmatan wang pinjaman sehinggakan mengetepikan objektif utama mereka dalam menuntut ilmu.
Muda yang sekali..biarlah ianya menjadi zaman muda yang sangat bernilai.
Anak muda hari ini terlalu banyak kemudahan...zaman dahulu chat dan YM,zaman sekarang setiap masa masa sibuk sekali meseg di whatups,we chat,FB..wah! banyaknya masa untuk entertaint.Semuanya gara-gara smartphone.Segalanya mudah hanya dihujung jari...nak pahala atau dosa,segalanya teramat mudah pada zaman ini.
Zaman yang serba canggih juga memerlukan pengendalian yang bagus dalam merancanakan kualiti remaja dan anak muda yang berjaya.Segala kecanggihan smartphone,computer dan TV ianya adalah sama.Kita sebagai pengguna haruslah bijak menguruskannya.
Analogi yang paling mudah ianya adalah seperti pisau yang kita gunakan untuk memotong sayur-sayuran atau daging sewaktu ingin memasak..sekiranya kita berhati-hati memotong..pisau yang tajam itu menjadi alat pemudah cara untuk kita menyiapkan menu masakan.Andai ianya digunakan tanpa berhati-hati..pisau itu akan memakan diri sendiri, juga mungkin ada jari terluka akibat terkena pisau tadi.Begitulah sebuah analogi antara Smartphone dan pisau.Namun bahayanya terhadap kesihatan tengah hangat menjadi bahan penyelidikan pada masa kini...
Jadi saya juga salah seorang mangsanya..sebelum terlewat ayuh kita menjadi umat yang sehat dan kuat..
13 June 2012
Luahan Rasa
Terlalu begitu usang blog ni tanpa sebarang bingkisan atau luahan dari tuan punya blog.Terkadang cukup susah untuk kita terus bertistiqamah dalam meneruskan sesuatu amal.Saya sendiri sering dihantui ujian halangan seperti itu,disebabkan itu blog ini terus tanpa bicara.Tetapi hari ini tergerak pula hati ini untuk mencatat sepatah dua kata coretan dari musim-musim yang ditinggalkan begitu lama.
Sepi benar kuliyyah Usul dengan kepulangan para dakatir ke Mesir untuk bercuti, teman seofisku pula ke Makkah mengerjakan umrah. Disebabkan cuti sem yang terlalu lama,sempat juga saya sempurnakan hubungan sillaturrahim dengan menziarahi keluarga serta sanak saudara suami yang berada di Kelantan serta sanak saudara saya yang berada di Chana Thailand. Alang-alang berada di Darul Naim,saya meneruskan semangat menziarahi sahabat handai serta rakan taulan yang berada di Darul Iman...sedang rakan-rakan seperjuangan di Perlis pun tak sempat untuk diziarahi,tetapi rakan yang jauh sempat pula.Sebenarnya terlalu lama persahabatan ini terpisah di sebabkan sempadan geografi.Tapi hasrat dihati begitu menebal untuk bertemu mata dengan sahabat seperjuangan...akhirnya Allah pertemukan.Alhamdulillah...Riak wajah sahabat tampak begitu gembira dan bahagia.
Bulan lepas semangat lagi nak meneruskan perjuangan untuk meneruskan pengajian,tapi hari ini semangat tu tak turun menjunam.Ditambah lagi dengan perihal kolej yang berbagai membuatkan hati semakin lemah.Mungkin esok lusa,semangat ini akan kembali menyinar pada sinaran yang penuh keserian.Kepada anda yang sudi membaca coretan ini,jangan lupa doakan saya.
07 February 2012
Ingatanku buat Insan yang teragung
Al-Hamdulillah aku masih diberi nafas untuk meneruskan hidup pada tahun ini,moga tahun ini labih baik amal ibadahku berbanding tahun lepas.Baru saja kita memperingati maulidul rasul pada beberapa hari yang lalu. Sana-sini terdengar ceramah-ceramah agama menyentuh berkaitan sirah nabi,namun sejauh mana rasa cinta kita terhadap rasulullah...masih lagi menjadi tanda tanya dalam hati kecil ku ini.Moga Allh sentiasa membimbing ku agar terus mencintai Rasulullah dan tidak hanya kulafazkan ingatan selawatku hanya di akhir solat fardhu sebelum salam. Berkat rahmat yang dibaw oleh baginda, sehingga hari ini, kita masih barada dalam nikmat iman dan Islam, inilah yang paling bernilai buat seluruh umat manusia. Marilah kita membiasakan diri kita dengan berselawat ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w.
Subscribe to:
Posts (Atom)