03 August 2007

Orientalisme

SEJARAH KELAHIRAN Ketika Islam mula berkembang dengan ilmu dan maju di Baghdad dan Cordova pada masa itu Eropah masih lagi berada di zaman kegelapan dan mundur di sebabkan itu ramai di antara orang-orang barat berhijrah ke Andalus untuk mencari ilmu dan ilmu-ilmu itu yang menghidupkan kembali negara Eropah dari kegelapan. Apabila Andalus di Eropah berjaya ditawan oleh kerajaan Islam, kesan daripada itu , masyarakat barat mula takjub dengan bentuk ketamadunan Islam yang dibawa oleh para ulama melalui teori ilmu . Universiti Cordova mula menerima kebanjiran orang-orang Eropah terutama rahib-rahib yang datang untuk mempelajari tentang ilmu-ilmu Islam apatah lagi dasar Universiti Cordova bersifat terbuka di samping penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi pada kurun ke-12 dan 13 . Kitab-kitab Arab mula diterjemahkan dan disebarkan ke serata Eropah , buku-buku karangan Ibn Tufail dan Ibn Rush menjadi rujukan utama di Universiti Cordova sehingga akhir kurun ke-15 . Pada kurun ke-18 , Barat meneruskan propaganda mereka yang keseterusnya dengan penjajahan keatas negara-negara Islam, disamping itu juga mereka mengambil peluang untuk memulakan misi dakyah mereka melalui tulisan-tulisan ilmiah yang diselewengkan oleh golongan Orientalisme. Pada akhir kurun ke-18M, fahaman Orientalisme mula tersebar dengan meluas di Britain pada tahun 1779M dan di Perancis pula pada tahun 1799M, pada tahun 1838M perkataan Orientalisme telah dimasukkan ke dalam kamus akedemik Perancis. Dianggarkan 250 000 kitab-kitab ilmiah dipindahkan ke Eropah yang dipercayai masih kekal sampai hari ini dalam keadaan buku-buku itu diterjemahkan dan diselewengkan kandungannya . ( Nik Azran & Mohd mahadi 2004:154 – 155 ) Gerakan Orientalisme bermula dengan pengajian bahasa Arab dan pengajian Islam seterusnya ia berakhir setelah berlakunya penjajahan yang dilakukan oleh orang-orang Barat ke atas negara-negara umat Islam di seluruh dunia yang mana dengan jajahan itu mereka telah berjaya merosakkan tamadun Islam , pegangan , tempat tinggal dan bahasa rasmi orang timur .
Ada juga pengkaji yang menyifatkan gerakan orientalisme bermula pada akhir kurun kesepuluh masihi dan awal kurun ke sebelas di Perancis bilamana seorang Rahib dari Perancis, Gerbert de Oraliac ( 934 – 1003M) bermusafir ke Andalus di zaman kebangkitan Islam dan mempelajari bahasa Arab di samping mempelajari ilmu falak , kedoktoran, kimia dan falsafah. Beliau juga mempelajari ilmu-ilmu agama sehinggakan beliau dikatakan di antara orang yang terlalu banyak ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu Islam terutama sekali dalam ilmu Matematik dan astronomi. Setelah itu beliau berhijrah ke Rom dan membentuk tiga buah sekolah untuk pengajian bahasa Arab dan menterjemahkan buku-buku Arab dalam ilmu matematik dan falak ke bahasa Latin . ( Muhammad Baha’uddin 2003:9-10 ) Selepas kekalahan Barat dalam perang Salib, masyarakat barat begitu takut dengan kekuatan Islam dan mereka cuba mencari-cari kelemahan umat Islam dengan itu mereka memfitnah orang Islam sebagai golongan pengganas dan suka melakukan kerosakkan. Mereka juga tahu bahawa umat Islam adalah golongan yang tidak takut untuk mati dalam mempertahankan Islam disebabkan itu para orientalisme telah cuba mencabut roh-roh jihad yang ada dalam hati-hati umat Islam melalui penjajahan . Tidak kurang dari itu mereka juga mengkaji tentang pegangan umat Islam berpandukan ilmu yang benar melalui lisan para Anbiya’ dan wahyu Ilahi dan mereka cuba memesongkan ajaran– ajaran islam yang tulin dengan penerapan syak mengenai Al-quran dan sunnah dan mencipta ideologi baru seperti sekularisme serta mengabungkan kalimah Islam dengan kalimah lain seperti Islam liberal , memecahkan kesatuan ummah dan sebagainya .
MATLAMAT ORIENTALISME
Matlamat sebenar Orientalisme adalah untuk menghancurkan akidah dan pegangan umat Islam dan menghalang kebangkitan Islam dari segi ekonomi, politik , undang-undang dan tamadun . 1 . Membina batu pemisah antara Islam dan Barat dari segi thaqafah dan imej . 2 . Menimbulkan keraguan di kalangan intelektual Islam , seperti melebelkan Islam menentang kemajuan dan menganjurkan keganasan . 3 . Menjauhkan umat Islam daripada akidah dan syariah Islam seperti mengatakan hukum-hukum Islam adalah bersifat kolot dan tidak sesuai dengan peredaran zaman . 4 . Melemahkan tali persaudaraan umat Islam seperti memecah-belahkan kesatuan ummah dengan acuan ideologi yang dicipta . 5 . Menguasai ekonomi dan politik umat Islam melalui perkataan rundingan damai dan penjajahan . 6 . Menyebarkan pemikiran barat dalam kehidupan umat Islam . 7 . Membahagikan Negara Islam kepada negeri-negeri yang kecil mengikut sempadan masing-masing sehingga berlaku perbalahan sesama umat Islam . 8 . Menjadikan undang-undang rekaan barat sebagai undang-undang di negara umat Islam . Di dalam kitab Al-Nadwah Al-Alamiyah menyebut matlamat Orientalisme terbahagi kepada empat bahagian : 1. Al-hadaf Al-Dini . Mereka telah menimbulkan perasangka tentang kerasulan nabi S.A.W dan mendakwa bahawa hadis-hadis nabi adalah rekaan- rekaan orang Islam pada awal kurun ke tiga . Menimbulkan perasangka buruk terhadap kebenaran Al-quran , membawa Islam kepada sumber Yahudi dan Kristian , mengajak orang Islam kepada memeluk agama Kristian dan menggunakan hadis dhoif dan cerita-cerita yang direka dalam menyampaikan pandangan mereka tentang Islam. 2 . Al-hadaf Al-Tijari Mereka menyekat pemasaran barang dari negara Timur dan mengkaji kedudukan ekonomi orang Islam dan hal ini berlaku sebelum penjajahan Barat ke atas Negara Islam iaitu pada kurun ke 19 dan 20 . 3 . Al-Hadaf Al-Siyasi Melemahkan persaudaraan sesama Islam dan menceroboh Negara umat Islam dengan penaklukan ke atas tanah-tanah orang Islam. Menggalakkan orang Arab menggunakan lahjah ammi ( bahasa pasar ) dalam percakapan seharian . Mempelajari bahasa-bahasa orang timur di sesebuah negeri , budaya dan agama mereka supaya mereka mengetahui cara untuk berpolitik dan memerintah negeri itu . 4 . Al-Hadaf Al-Ilmi Al-Kholis Sekalipun ramai Orientalis yang mempelajari tentang Islam dan menyelewengkan ilmu namun ada juga gelongan Orientalis yang mengkaji tentang Islam dan dan memeluk agama Islam seperti seorang Oerientalis yang berasal dari Perancis yang tinggal di Al-geria . ( WAMY 1989: 27-28) KENYATAAN ORIENTALISME TENTANG ISLAM
Banyak andaian yang direka oleh Orientalisme dalam usaha mereka untuk merosakkan akidah Islam di antaranya , mereka menganggap Al-quran adalah tulisan yang direka khas oleh Muhammad yang mana mereka menyifatkan Nabi Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang penyair dan apa yang ada di dalam Al-quran adalah hasil daripada susunan Muhammad yang dibantu oleh sumber-sumber Yahudi dan Kristian. Nabi Muhammad telah diandaikan menerima pengajaran mengenai agama Kristian dan agama Yahudi sama ada ketika pengembaraan Baginda atau ketika Baginda berada di Makkah atau di Madinah. Dari segi sejarahnya adalah betul bahawa ada dua paderi Qays bin Sacidah dan Asad bi Kacab yang pernah menyampaikan khutbah-khutbah mereka kepada orang-orang Arab semasa pesta yang diadakan di Ukaz yang terletak berhampiran Makkah, tetapi malangnya fakta berhubung dengan teori bahawa mereka mempengaruhi nabi S.A.W adalah salah kerana kedua-dua paderi tersebut meninggal lebih satu abad sebelum kelahiran Muhammad S.A.W . (Mohamad Khalifa 1994:16) Salah seorang dari Orientalis Inggeris Cromer berkata orang-orang islam tidak mampu mencapai kemajuan dan ketamadunan kecuali selepas mereka meninggalkan agama Islam dan golongan Orientalisme juga berpendapat orang-orang Islam memusuhi kebangkitan kemajuan dan ilmu sedangkan mereka lupa bahawa mereka sendiri banyak mengambil ilmu-ilmu Islam menjadi Ilmu mereka sehingga kini . Mereka juga mendakwa bahawa Islam menyebarkan agamanya melalui pedang manakala orang-orang Kristian menyebarkan agama mereka dengan pendekatan ikatan hati dan kasih sayang.( Syauqi Abu Khalil 1998: 98/ 147 ) Islam mengajar kita supaya bersikap tegas dengan musuh dan bukanya bersikap lemah-lembut dengan mereka . Firman Allah
(Wahai orang-orang yang beriman ! Sesiapa yang murtad dari agamanya , maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia, mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah , dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela)Al-anfal Banyak contoh-contoh dalam peperangan yang menunjukkan orang-orang kafir bersifat buruk terhadap orang-orang Islam dalam peperangan . Di zaman Solahuddin ayyubi. apabila tentera Salib menawan kota baitul Maqdis, semua orang dibunuh oleh mereka tidak kira jantina, orang tua, kanak-kanak dan lain-lain . Baitul maqdis menjadi kolam darah pada ketika itu . Tetapi bilamana Solahuddin menawan kembali kota Baitul Maqdis, beliau tidak berbuat begitu. Bahkan Barat sendiri malu dengan fakta ini. Pertumpahan darah yang berlaku di Negara-negara Islam seperti di Iraq , Afhagnistan dan Pelestin pada hari ini jelas menunjukkan apa yang dikatakan Orientalisme tentang pendekatan yang dibawa oleh musuh-musuh Islam dalam penyebaran agama mereka dalah tersasar sama sekali . قوله تعالى يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون (Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah ( agama Islam ) dengan mulut mereka,sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya)
PENYEBARAN ILMU ORIENTALISME Banyak pusat-pusat pengajian ilmu ketimuran yang dibina di negara Barat yang mana pusat pengajian ini telah ditetapkan silibus-silibus tertentu untuk pengajian pelajar-pelajar di situ. Tujuan pusat-pusat pengajian ini dibuka adalah untuk menanam fahaman Orientalisme dalam pemikiran para pelajar dan intelektual. Di antaranya Qozan University , Rusia (1807M) Moscow University (1911M) Arab and Islamic History Knowledge School Germany , Oriental School Italy , Arab Spain School Madrid ( khas untuk thaqofah Arab ) Egypt School ( khas untuk ilmu syariah ) Madrid, English University Lahut Mesir , Yasuciyah University Beirut, Oxford University, Cambridge University, California, Texas and Chicago Universities.
Mereka juga menterjemahkan karya-karya dan hasil tulisan dan pemikiran orang orang-orang Islam di antaranya kitab Geografiah Abu Fida’ di terjemahkan oleh Gobar France , kitab Rehlah Ibn Jabir oleh Baron (1879M) Terjemahan kitab Al-Buldan karangan Al-Yakqubi oleh Juston Fitt.Tarikhul Qubaisi oleh Father Parjis (Perancis) Mir’at Al-kimia oleh Roger Bacon(1251). Mereka juga menerbitkan majalah dan akhbar seperti surat khabar Al-ahram Mesir, Islamic Magazine yang diterbitkan di Perancis pada tahun 1895 dan Islamic Encyclopedia pada tahun 1913M-1938M dalam Bahasa Perancis, Inggeris dan Jerman. ( Nik Azran & Mohd mahadi 2004: 160-174) PERANAN DA'IE MENGHADAPI FAHAMAN ORIENTALISME Melihat kepada pengaruh Orientalisme yang ada pada hari ini di kebanyakkan negara umat islam, kita dapati perancangan Orientalisme dan sekutu-sekutunya telah mencapai kehendak yang mereka inginkan terhadap umat Islam. Namun sebenarnya sebagai pendakwah kita mestilah ingat bahawa Islam pernah mencapai kemenangan dan kebangkitan pada suatu ketika dulu sehingga musuh-musuh Islam mencari jalan untuk memusnahkan kebangkitan itu dan pada hari ini kita sebagai umat Islam mestilah mengembalikan semula sinar kegemilangan Islam itu sekalipun cabaran kita hadapi kini terlalu besar. Reformasi yang dibawa oleh Nabi S.A.W kepada umat Jahiliyyah di zaman dahulu jelas menunjukkan akidah yang benar dan mantap dapat mengembalikan seseorang kepada kehidupan yang baik. Rasulullah dibangkitkan ketika paras akhlak masyarakt Arab berada di tahap yang paling bawah dalam berbagai aspek, kezaliman, pelacuran, arak dan judi menjadi sifat masyarakat Jahiliyyah ketika itu. Setelah dakwah diterima oleh kebanyakkan orang, nilai-nilai kehidupan yang murni dapat dikembalikan.
Seseorang pendakwah hendaklah memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan dakwah-dakwah mereka dengan tidak mengira tempat dan keadaan supaya umat Islam kembali sedar,faham dan mengamalkan method cara hidup Islam. Islam adalah penyerahan diri manusia kepada Allah tuhan yang esa dan untuk maksud yang itu, ia berjuang mengeluarkan manusia dari kekuasaan sesama manusia dan perhambaan kepada sistem manusia. (Syed Qutub 1988: 43-45) Orientalisme dan musuh-musuh Islam banyak mencipta ideologi baru di era kemodenan ini dan kesan dari ideologi ini dapat disaksikan sendiri melalui gaya hidup masyarakat Islam pada hari ini. Untuk itu pendakwah Islam hendaklah menggunakan pendekatan yang sesuai untuk menarik minat mad'u kepada Islam. Sekiranya mad'u itu di kalangan orang awam yang tidak berpendidikan, hendaklah kita menggunakan uslub yang baik dan menyentuh hal-hal berkaitan hati dan sensitiviti masyarakat pada masa kini kerana golongan sebegini lebih cenderung kepada masalah perasaan berbanding menggunakan akal.Mereka juga mudah terkesan melalui kisah-kisah orang-orang soleh, para wali Allah dan perjalanan sirah Nabi S. A.W. Jika Mad'u itu orang yang berpendidikan dari sesebuah Universiti, ini menunjukkan mereka adalah orang-orang yang berpengetahuan dan mereka juga lebih cenderung kepada sesuatu perkara yang berkaitan dengan jalan penyelesaian, mencari kesimpulan, pengertian dalil dan bukti-bukti, ketika bercakap dengan mereka pendakwah mestilah menjaga kedudukan mereka sebagai orang yang berilmu. Bagi intelektual yang takhasus dalam bidang profesional, maka pendakwah mestilah mengetahui sedikit-sebanyak hal-hal berkaitan undang-undang yang baik dan sebaliknya. Sekiranya pendakwah berhadapan dengan mad'u di kalangan ahli kedoktoran maka pendakwah hendaklah mengetahui sedikit-sebanyak tentang ilmu kedoktoran supaya pendakwah dapat menarik minat para doktor tentang kebesaran Allah dalam mencipta anggota badan manusia. Sekalipun pendakwah itu dari kalangan orang yang takhasus dalam bidang pengajian Islam, maka mereka hendaklah mempelbagaikan pengetahuan mereka dalam pelbagai ilmu.( Hamam2000:49-50) Konteks pendekatan dakwah menunjukkan setiap pendakwah mestilah menjadi seseorang yang berseni dalam menyampaikan dakwah bersesuai pula dengan saranan nabi yang menyeru manusia supaya bercakap mengikut kefahaman akal-akal sesuatu kaum. Di era ini pendakwah mestilah membuat persediaan yang rapi dari segi kefahaman dalam sesuatu ilmu, mempunyai iman yang kuat serta amal yang berterusan yang mampu menjadi perisai dalam kehidupan mereka sepertimana yang disebut oleh Doktor Abdul karim Zaidan dalam kitab Usul Al-dakwah.

20 July 2007

Darul Sunnah

Setelah meredah beberapa lautan selama beberapa tahun ke benua Eropah akhirnya tiba masanya untuk pulang ke tanahair. Dah maju rupanya negaraku dan dah ada nama panggilan yang baru bagi negeriku iaitu Darul Al-sunnah. Ye ke Darul Sunnah ni saya pun naik confius gak ler. Kita tinggalkan seketika tentang Darul Sunnah ni. Hari ni ana ada kelas Maktabah Al-tafsir pastu pukul 2.30 kelas Tasawwuf perbandingan tapi prof sibuk, than kelas tu dibatalkan. Nak cerita sikit pasal Darul Sunnah ni, dulu ada gak belajar pasal Wahabi ini dalam subjek Harakat Islah….tapi sebenarnya Muhd bin Abdul Wahab ni ok je, iaitu misinya masa zaman tu adalah untuk menghapuskan amalan syirik di kalangan masyarakat setemapat pada masa tu.Sebabnya orang Saudi masa tu suka sangat duk pegi ke kuber ambil berkat dari si mati dan sebagainya. Pada masa tu dialah hero yang kembalikan semula masyarakat setempatnya kepada Allah dan rasul iaitu Al-quran dan Sunnah serta hapuskan amalan syirik yang ada masa tu. Tapi Wahabi atau salafi yang ada sekarang ni agak berbeza ler, sekitar di UK selama pengajian degree saya ada juga pengalaman dengan golongan Salafi di sana. Salafi sana lagi real berbanding salafi kat Darul Sunnah sebabnya salafi sana memeng syadid sangat dan tak berpegang pada mazhab. Masalah gak ler di zaman neomodernisme macam sekarang ni tak berpegang kepada mazhab, nak berpegang kepada Al-quran dan sunnah memenglah wajib tapi dalam masalah terbaru sekarang ni takkan kita tak perlukan ijtihad dari para ulama. Orang salafi anggap guna kamera ambil gambar tu haram…so camne ni erk?? Sekarang ni ada masalah terbaru lak pasal akad nikah melalui video kamera, pengantin lelaki di Canada pengantin perempuan di Pakistan atau guna webcam sah ke tak? Ijtihad ulama kata sah je.Salafi tak tahulah camne gamaknye. Teringat kata-kata seorang guru saya bahawa hukum pada ilmu Fekah tidak mengikut wara’ tapi mengikut maslahah ummat besertakan dalil aqli dan naqli. Actually Wahabi berasal dari Mazhab Wahabi yang berpengkalan di Arab Saudi. Pengasas mazhab ini ialah Mohammed Ibn Abdul Wahhab Najd. Mohammed Ibn Abdul Wahhab Najdi dilahirkan pada 1699 dan meninggal dunia pada 1792. Fahaman ini bermula apabila beliau banyak membuat pembaharuan yang mana mengambil tempat di dalam masyarakat selama 300 tahun yang lampau. Masyarakat Islam Malaysia yang secara umumnya berpegang kepada mazhab Imam Syafie tanpa ada percanggahan sesama mereka dan tiada masalah dalam menjalankan ibadat. Namun begitu dengan wujudnya segelintir masyarakat yang berpegang kepada fahaman Wahabi dapat menimbulkan ketegangan di kalangan masyarakat. Bagi penganut fahaman Wahabi, mereka sentiasa menyalahkan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka. Kewujudan ini bukan sahaja sudah lama ada, namun ia semakin berkembang. terdapat madrasah khas untuk sebagai pusat pergerakan. Begitu juga mereka menubuhkan satu persatuan yang dinamakan al-Islah yang bergiat ke seluruh Malaysia.
Pengaruh ini cukup besar sehinggakan dasar perlembagaan di negeri ini juga tidak seperti negeri-negeri lain di Malaysia. Negeri-negeri lain menjadikan mazhab Syafie sebagai sumber rujukan perlembagaan manakala Perlis terus berpegang kepada al-Quran dan Sunnah tanpa terikat kepada mana-mana mazhab. Antara contoh yang menjadi pertikaian dan pertelingkahan antara mereka dan masyarakat setempat ialah mengenai bacaan Basmalah di dalam solat. Golongan As-Sunnah tidak menguatkan bacaan Basmalah mereka dan ini menjadi tuduhan masyarakat bahawa solat mereka tidak sah kerana tidak membaca Basmalah. Antara perkara lain yang menjadi perbalahan ialah azan yang dilagu-lagukan,bacaan qunut, talkin, cara mandi hadas dan sebagainya.Kacau gak ler pemikiran depa ni. Salaf : menurut seorang ahli ilmu bahasa, Jamal Muhammad b. Mandzur yang wafat tahun 711H. Salaf ialah kelompok tokoh umat Islam terdahulu. Manakala menurut az-Zujjaj, salaf bererti jamaah orang-orang yang hidup pada zaman dahulu. Secara lebih luas makna salaf ialaah para sahabat nabi, tabii’en, tabii’t tabii’en- para tokoh yang hidup pada 3 abad tahun awal Hijriyyah; keempat orang Imam mazhab dan semua pemimpin lainnya pada masa itu. Sunni : pengikut ahli Sunnah wal Jamaah yang diasaskan oleh Abu Hassan al-Asyaari. Ia terbahagi kepada 4 kumpulan mazhab yang besar dan diakui iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, azhab Syafie dan Mazhab Hambali.
Itulah Wahabi, tak semua rakyat negeri Perlis ni Wahabi dan tak semua masjid-masjid di seluruh Perlis tu Imamnya tidak membaca doa Qunut dan bismillah serta tahlil.Tak percaya pergi sendiri solat kat masjid Alwi yang terletak di Bandar Kangar dan Masjid Arau dan bandingkan sendiri dengan masjid-masjid yang terdapat di sempadan Kedah PErlis seperti di Sanglang like masjid Sug Padang ke masjid PAdang KEria.

17 July 2007

Ilmu

Bermula ketika umur 5 tahun saya telah diajar oleh Ayah untuk mengenal huruf-huruf Al-quran melalui bacaan muqaddam. Lama juga la saya menadah muqaddam, maklumlah dah habis baca sehingga akhir kena ulang lagi sahinggalah saya telah dianggap layak bagi ayah untuk meneruskan bacaan Al-quran. Sekitar umur 8 tahun baru saya mula baca Al-quran,erm bermula dari Al-fatihah sungguh lancar sekali bacaanku, Kemudian saya mula diajar membaca alif,laam, mim iaitu awal surah Al-Baqarah. Metod yang dibawa ayah kepada anak2nya semua sama, ayah akan baca dahulu, di samping saya tunjuk kepada ayat yang dibaca tadi sambil ikut bacaan ayah tanpa mendahuluinya. Yang paling lemah sekali saya pada itu adalah kefasihan saya dalam menyebut kalimah-kalimah Allah itu, biasalah budak lagi.Kadang2 tu banyak kali juga ayah minta saya ulang sesuatu kalimah, masa tu mulalah nak nangis ….sebab selalu kena tegur dengan ayah, masa ayah ajarkan elok je kita ikut,tapi bila kena baca sendiri banyak lak silapnya. Satu lagi sikap buruk saya masa tu, bila malam jer buat2 tidur awal sebab ayah pergi solat kat masjid dan kadang-kadang ada kenduri tahlil,masa tu lah saya curi tulang untuk tidur awal sebab tak nak baca Al-quran walaupun mak dah suruh, ape tak nye balik sekolah after lunch terus pegi main dengan kawan2 kat sebelah rumah, aci ligan, aci sembunyi, main pondok2, main cikgu2 semua ada . Tapi sepandai2 saya tidur akhirnya ayah kejutkan juga sebab dia tahu saya belum baca Al-quran lagi, ya ampun ….hehe walaupun selalu kena rotan sebab main2 waktu belajar mengaji masa kecik2 dulu tapi bila kali pertama saya khatam Al-quran ayah adakan kenduri pulut kuning sebagai kenduri kesyukuran, best gak ler rasa hari tu. Tapi sekarang bila terkenangkan kenangan ketika di waktu kecil, semuanya membuatkan saya tersenyum sendirian dan adakala terasa hiba dengan pemergiannya. Semoga Allah menempatkan roh ayahanda bersama para syuhada’ dan solihin.Kini baru saya sedar bahawa ilmu al-quran yang diajarkannya adalah menjadi saham yang paling besar kepadanya.