09 July 2009

Mengapa terlalu banyak kajian di Universiti

Penyeledikan dan kajian yang bertujuan untuk meningkatkan kesetabilan dan kemajuan negara adalah sesuatu yang sangat baik.Di kebanyakan Universiti sama ada di dalam negara mahupun luar begitu rancak mengadakan program penyelidikan bagi menghasilkan punca permasalahan yang berlegar dalam kehidupan manusia di samping mencari jalan bagi mengubati penyakit-penyakit dalam masyarakat.
Terlalu banyak kajian yang wujud di Malaysia terutama sekali di Universiti yang dilakukan oleh para pelajar mahupun pensyarah.Lihat saja di deretan tesis yang tersusun,pelbagai tajuk anda boleh dapati untuk memenuhi maklumat dan ilmu pengetahuan.Tapi persoalannya sekarang adakah kajian yang dilakukan hanya untuk disusun rak-rak buku di perpustakaan atau segala kajian yang dilakukan seharusnya diambil kira oleh pihak yang memerintah bagi mengubah sistem yang ada yang bercanggah dengan prinsip Islam.Contohnya kajian berkaitan syariah yang membincangkan tentang pengharaman Riba.Tetapi amalan riba masih lagi diguna pakai di negara kita contohnya bebanan PTPTN yang perlu ditanggung oleh mejoriti pelajar-pelajar di IPT pada hari ini.Antara yang lain kajian mengenai Perlaksanaan Hukum-hukum Islam adakah relevan untuk Umat Islam,tetapi perlaksaannya tetap tidak dilaksana bahkan masalah sosial seperti kelahiran anak-anak zina semakin meningkat dari hari ke hari...termasuklah pusat-pusat pelacuran semakin berkembang tanpa sebarang pantauan yang berstrategi bagi meneruskan cagahan nahi munkar.
Dalam perkara ini penulis merasakan tidak wajar kajian yang dibuat hanya dimuatkan untuk pembacaan semata-mata tanpa sebarang perlaksanaan dan perubahan turut dilakukan.Tatkala penulis melihat seorang sahabat sedang mengambil upah di rumah sebagai orang yang menghimpunkan data-data responden bagi satu kajian universiti berkaitan Shasiah remaja,penulis begitu terkejut kerana terlalu ramai responden adalah di kalangan remaja yang berada dalam tahanan.Antara mereka adalah anak-anak Melayu yang tidak mendapat pendedahan dan kefahaman agama yang cukup sehingga diri dan jiwa mereka tidak tenang dan mencari pelbagi cara yang berlawanan dengan prinsip Islam dan akhirnya syahsiah mereka telah lenyap.
Apakah kita gembira melihat muda-mudi belia kita yang telah rosak baru diberi penawar atau kita lebih gembira andainya mereka terselamat dari semua permasalahan setelah mendapat didikan dan asuhan Islam secara sempurna? Berapa ramai lagi anak-anak yang dilahirkan hari ini akan terus berada dalam keadaan yang sama atau lebih teruk dari itu.Sebenarnya tugas kita bukan sekadar mengkaji dan mengetahui penyakit tetapi lebih dari itu kita seharusnya bangkit bersama golongan yang ingin mencegah penyakit sebelum merawatnya.Jangan sampai luka yang parah dibiarkan bernanah dan busuk kemudian baru kita mencari ubatnya sedangkan ubat itu sudah ada sejak lama di zaman Rasulullah.Bahkan nabi s.a.w berusaha mengubati penyakit masyarakat yang wujud di zaman Jahiliyah dengan Islam, sehingga akhirnya Islam dijulang tinggi,namun masyarakat Islam hari ini berlaku sebaliknya dengan mengembalikan unsur-unsur Jahiliyah yang dicantas Nabi s.a.w ketika dulu kepada kahidupan hari ini.

No comments: