Al-Hamdulillah aku masih diberi nafas untuk meneruskan hidup pada tahun ini,moga tahun ini labih baik amal ibadahku berbanding tahun lepas.Baru saja kita memperingati maulidul rasul pada beberapa hari yang lalu. Sana-sini terdengar ceramah-ceramah agama menyentuh berkaitan sirah nabi,namun sejauh mana rasa cinta kita terhadap rasulullah...masih lagi menjadi tanda tanya dalam hati kecil ku ini.Moga Allh sentiasa membimbing ku agar terus mencintai Rasulullah dan tidak hanya kulafazkan ingatan selawatku hanya di akhir solat fardhu sebelum salam. Berkat rahmat yang dibaw oleh baginda, sehingga hari ini, kita masih barada dalam nikmat iman dan Islam, inilah yang paling bernilai buat seluruh umat manusia. Marilah kita membiasakan diri kita dengan berselawat ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w.
07 February 2012
Ingatanku buat Insan yang teragung
Al-Hamdulillah aku masih diberi nafas untuk meneruskan hidup pada tahun ini,moga tahun ini labih baik amal ibadahku berbanding tahun lepas.Baru saja kita memperingati maulidul rasul pada beberapa hari yang lalu. Sana-sini terdengar ceramah-ceramah agama menyentuh berkaitan sirah nabi,namun sejauh mana rasa cinta kita terhadap rasulullah...masih lagi menjadi tanda tanya dalam hati kecil ku ini.Moga Allh sentiasa membimbing ku agar terus mencintai Rasulullah dan tidak hanya kulafazkan ingatan selawatku hanya di akhir solat fardhu sebelum salam. Berkat rahmat yang dibaw oleh baginda, sehingga hari ini, kita masih barada dalam nikmat iman dan Islam, inilah yang paling bernilai buat seluruh umat manusia. Marilah kita membiasakan diri kita dengan berselawat ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w.
14 September 2011
Langkahku Tidak Berhenti
Lakaran rasa ku di sini sudah lama terhenti, itu bukan bermaksud aku telah berundur namun aku berehat seketika menyusun strategi mangapai mimpi dalam membentuk insani. Hari ini sudah tiba masanya aku kembali mengukir bicara menyampai makna untuk tatapan penawar kepada yang sudi membaca. Mengatur langkah ke sana ke mari hampir saja membuahkan aku pengalaman yang membawa beribu erti dalam kehidupan apatah lagi dalam medan kerjayaku yang membawa aku memahami sebuah kehidupan yang penuh mencabar.Sebentar tadi baru saja selesai ujian Mid term pelajar…macam-macam ragam pelajar ketika menjawab exam, dari pelbagai negera itu, usai selesai exam datang seorang Pelajar luar negara yang berhajat ingin berjumpa denganku, saat kertas jawapan diserahkan tadi, aku tertanya-tanya di dalam hati, kenapa pelajar ini tidak menjawab soalan dengan baik sedangkan subjek yang diambil ini adalah subjek ulangan ekoran pelajar tersebut ditangkap oleh pengawas peperiksaan atas sebab meniru.Ketika di koridor saat aku ingin melangkah meningalkan kelas,aku terdengar suara yang berkata “Lecturer please help me” Oh student tadi rupanya, katanya lagi “Please lecturer I want to meet you” Atas sebab apa dia ingin berjumpa denganku….getus hatiku.Lalu aku berkata “I advice you please help yourself before you are ask me to help you” katanya lagi “Please lecturer help me” aku berkata lagi “Please help yourself” Lalu pelajar tadi berlalu pergi dengan berjanji akan melakukan yang terbaik dalam final exam nanti.
Itu lah ragam pelajar…beru seorang pelajar beragam lagi yang lain. Antara ehsan dari guru ketika exam dan usaha keras seorang pelajar dalam mencapai kejayaan sebagai seorang pelajar, apakah perkara yang paling penting dari kedua-dua perkara ini? Tentulah usaha pelajar. Atas dasar pelajar atau kalimah Tholib penuntut, maka seyugianya si pelajar perlu buktikan dan sedarkan dirinya terlebih dahulu bahawa dia adalah penuntut ilmu bukan penuntut ehsan. Sedangkan ehsan dari Allah akan datang setelah mana kita telah berusaha dan bertawakkal kepadaNya. Masih terdengar lagi nasihat seorang Doktor dari Egypt yang memberi taujihat kepadaku saat mula melangkah ke lapangan kerjaya ini. “Wahai anakku, menjadi seorang guru atau pendidik ini memerlukan kesabaran yang tinggi, andai engkau lemah menghadapi mereka banyakkan berzikir, beristigfar dan banyakkan mengingati Allah”. Sering juga pesanan itu menguatkan aku sebagai insan yang lemah bergelar hambaNya ini melangkah terus ke medan ini.
Jika dikenangkan keadaan pelajar sekarang dengan kehidupanku sebagi seorang pelajar dahulu, tentu telalu banyak perbezaannya. Terkadang method yang berbentuk cerita sering kali menggamit minat mereka untuk mendengar dan mengubah sikap diri mereka. Walaubagaimanapun sebagai seorang pengajar kita sentiasa perlu memberikan kata-kata semangat untuk para pelajar agar mereka sentiasa bangun dari tidur dan mimpi-mimpi mereka.
31 March 2011
Bermulanya Episod Baru
Lama sudah blog ini dibiarkan sendirian tanpa sebarang karangan dan buah bicara untuk tatapan para pembaca. Terkadang kita selalu membiarkan masa datang dan pergi, tetapi kita juga sepatutnya mengejar dan memenuhi masa yang ada untuk dimanfaatkan. Tahun ini rutin harian agak berbeza berbanding waktu dan masa yang ku habiskan sebelum ini. Bertahun menjadi pelajar, masih lagi tidak jemu-jemu dirasakan. Andai esok berpeluang lagi, ingin terus aku bergelar penuntut ilmu agar ikan-ikan di laut jua para malaikat memohon keampunan untuk penuntut ilmu. Nak diharapkan istigfar yang dilafazkan setiap hari, mungkin tidak sebanyak bilangan bintang di langit yang bergemerlapan. Hanya majlis ilmu yang mampu menjadi sandaran kepada diri yang sentiasa melakukan dosa.
Menuju ke Alor Star setiap hari dari Sanglang, agak lama perjalanan yang dilalui. 30 minit bukanlah terlalu lama atau sekejap, tapi sudah menjadi lumrah musafir adalah sesuatu perjalanan yang memenatkan. Tapi tak lah sejauh mana...jauh lagi perjalanan orang yang sentiasa berhadapan masalah jalan yang jem setiap hari.
Tugas mendidik dan mengajar adalah tugas yang mulia. Tatkala menjadi tenaga pengajar baru baru ku sedar menggalas tugas sebagai pendidik dan pendakwah bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi menyampaikan ilmu kepada para pelajar yang berlainan bangsa banyak pula ragamnya dan pelbagai persoalan yang perlu dijawab dan difahami.
Terkadang terasa diri ini terlalu kerdil untuk berhadapan dengan semua ini.Tetapi ianya perlu digalas dengan sempurna dengan segenap persiapan.Sekalipun diri ini bukanlah yang selayaknya.
Kata para alim ulama, Islam tidak mungkin tersebar kecuali melalui lidah-lidah para pendakwah yang ikhlas, sejauh mana kebenarannya diukur? Sudah tentu para pembaca mampu memberikan pandangan sendiri. Tetapi kalimah inilah yang mampu membakar semangat ku tatkala diri terasa lemah. Lemah melihat keadaan pelajar yang beragama Islam datang mencari ilmu dan degree dari segenap negara yang dikenali sebagai negara orang- Islam tetapi tidak mampu membaca al-Quran dengan baik….sedih melihat keadaan umat Islam yang ditindas dan dijajah sehingga jajahan yang dilakukan oleh barat telah banyak menggugat dan melemahkan umat Islam.Apa pun jua jajahan itu sudah pun berlaku, sekalipun keadaan mereka bagitu, usahan untuk member kesedaran dan kefahaman Islam yang sebenar perlu disampaikan agar mereka terus bangga bergelar sebagai muslim serta tidak menolak apa jua kebaikan dari segi hukum-hakam serta apa jua yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah dan mudah-mudahan mereka bukanlah pula kelak menjadi orang-orang yang menentang Islam.
Inilah episod yang semakin mencabar yang perlu ku lalui bermula pada tahun ini, ianya sangat memerlukan kekuatan dan motivasi yang berterusan ke dalam diri...agar sentiasa bersemangat..
20 December 2010
Salam Maal Hijrah 1432
Hidup ini banyak perkara yang perlu dipelajari, banyak hal juga perlu difahami. Kadang-kadang kita terasa risau dan takut untuk menghadapi sesuatu kehidupan,terasa pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, risau andai tidak mampu mengharungi segala liku yang mendatang. Tetapi sentiasa berharap agar segala cabaran dapat dilalui jua, walau dalam apa cara sekalipun. Kata al-Muhasibi , “Manusia sentiasa dalam keadaan takut tapi dalam masa yang sama, ia tetap berharap”. Disebabkan itu kita diminta agar sentiasa meluaskan connecting kita dengan Allah.Agar Dia sentiasa memimpin kita ke jalan yang diredhoiNya.
Tahun silih berganti, begitu juga musim yang datang dan pergi, segala putaran ini berkisar dengan kehendak Ilahi. Tunduk dan patuh makluk ciptaan ini,tidak sekali membelakangi kehendak Allah.Begitu juga dengan kelahiran dan kematian, semuanya hadir menurut kehendak Pencipta. Salam Maal Hijrah 1432 saya ucapkan untuk diri saya dan para pembaca.Moga tahun ini lebih bermakna buat saya dan para pembaca,mudah-mudahan iman kita pada tahun ini lebih mantap berbanding tahun lepas. Begitulah hendaknya, moga ada perubahan yang sudi Allah kirimkan bersama titipan hidayah yang berterusan ke dalam hati setiap insan yang mendambakan petunjuk Ilahi.
09 September 2010
05 September 2010
Transit di Ramadhan
Al-Hamdulillah kita berada di pertengahan bulan yang penuh barakah, setia orang menjalankan ibadah pada bulan ini dengan pelbagai cara.Yang paling jelas pada mereka yang berusaha mengkhatamkan al-Quran, ada yang menjalankan program secara tilawah,ada yang tadarus dan juga tadabbur. Setiap insan yang membaca al-Quran semestinya mereka membaca sambil menyingkap setiap isi yang ada di dalam al-Quran untuk dihayati.Itulah satu usaha yang paling benilai selain dari hanya membaca tetapi ditambah pula dengan memahami.
Bersama flight al-Furqan, al-Burhan atau al-Quran, sedar atau tidak perjalanan bermula dengan al-Fatihah,membawa kita terus belayar ke arah satu destinasi yang mana selama pelayaran itu, kita dapat melihat dan menemui pelbagai kisah yang menarik. Terlalu banyak tempat yang kita transit. Segalanya dibentangkan oleh Allah supaya kita dapat mengambil iktibar dari setiap perjalanan tersebut. Bersama kembara al-Quran kita dibawa oleh Allah melihat kisah kehidupan orang yang soleh dan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka di dunia dan akhirat,begitu juga dengan golongan yang melanggar perintah Allah, tersurat sudah segala azab Allah buat mereka, kecuali mereka yang bertaubat.
Kisah para solihin,sobirin,mukhbitin, muqarrabin, muttaqin telah di sebut sebagai golongan yang muhsinin, bahkan terlalu banyak ayat Allah yang menyebut bahawa Allah sangat menyukai golongan yang muhsinin.Siapakah mereka yang disebut-sebut oleh Allah sebagai orang-orang yang baik,mereka adalah para anbiya, ahli syurga dan mereka yang sentiasa beramal dengan perintah Allah. Pernah tak kita terfikir keunikan kahidupan para anbiya yang dijanjikan syurga oleh Allah, atau kisah para sahabat dan solihin yang lainnya. Kebanyakan para nabi berhadapan dengan pelbagai ujian dari Allah, tetapi mereka juga diberikan jalan keluar dari setiap ujian dan masalah yang dihadapi.Hal ini juga menjelaskan kepada kita setiap kesulitan itu bersamanya jalan keluar atau kesenangan yang tidak disangka-sangka.Lihat lah pada kisah Yunus a.s dengan tasbih dan zikir yang dibasahi oleh lidahnya,tatkala berada di dalam perut ikan Paus, baginda terselamat dari segala bahaya yang bakal menimpanya. Nabi Yusof pula terpisah dari keluarganya sendiri disebabkan sikap adik-beradiknya sendiri. Saat baginda dibuang di dalam perigi ketika diusia kanak-kanak, baginda hanya mengharapkan pertolongan Allah dengan penuh kesabaran, tatkala baginda selamat dari ujian pertama di usia seperti itu,ujian yang lebih besar tetap melanda beginda, tatkala ibu angkatnya sendiri yang mengoda dan dan mengajak baginda melakukan perkara keji dan munkar.Namun baginda tatap berjaya melepasi ujian yang getir itu, dan juga berjaya menyucikan maruah baginda setelah kebatilan dapat dikalahkan,begitu juga terhadap sikap saudara-maranya yang kembali menyerah dan mengaku kesalahan yang mereka lakukan ketika baginda masih kanak-kanak.Disebutkan di dalam al-Quran di dalam surah Yusuf yang mana baginda menjelaskan bahawa persengketaan dan permusuhan yang berlaku di antara baginda dan abang-abangnya adalah disebabkan ganguan syaitan yang mencetuskan permusuhan sesama umat Islam.Al-hamdulillah berkat kesabaran yang bertahun-tahun baginda nabi Yusof dapat kembali menemui ayahnya nabi Yaakub yang juga disifatkan di dalam al-Quran sbagai seorang hamba yang bersabar.
Kisah demi kisah digambarkan al-Quran kepada umat Islam, agar mereka menggunakan akal tatkala membaca ayat-ayat yang suci itu.Begitu juga gambaran geografi ataupun tempat yang disebut di dalam al-Quran.Walaupun kita membaca sebuah kitab dan ayat,tetapi pembacaan itu membawa kita pergi begitu jauh, terkadang ke Palestin, Mekah,Mesir, Madyan dan banyak lagi.Adakala kita dibawa melihat perkara-perkara yang sedang berlaku dalam kehidupan manusia seharian,adakala kita bertemu dengan gambaran kehidupan golongan yang beroleh kebahagiaan di akhirat begitu juga sebaliknya.Terkadang kita bertemu penemuan-penemuan sainstifik pada ayat-ayat yang menjelaskan keagungaan ciptaan Allah, segalanya terlalu unik dan begitu unik sekali.Hukum-hakam berkaitan kehidupan dalam masalah syariah dan akhlak juga diperolehi di sini. Segalanya maklumat yang terkandung di dalamnya terlalu padat dan tepat, jangkauan penemuan yang ada di dalam al-Quran lebih jauh dari penemuan yang didapati dari bantuan Google search.
Beruntunglah jiwa-jiwa yang mendapat taufiq dan hidayah Allah ketika mereka membaca al-Quran,apatah lagi pada bulan yang Ramadhan yang mulia ini.Selama Sebulan anda telah mendapat pelbagai ilmu dan makrifah, sekiranya bacaan ayat-ayat suci diulang-ulang, pengetahuan dan ilmu seseorang akan lebih bertambah dan terus bertambah. Orang yang selalu membaca al-Quran, mereka sendiri akan merasai perubahan yang berlaku dalam diri mereka. Cuba anda bayangkan ketika di saat anda sibuk, lalu anda meluangkan sedikit masa untuk bacaan al-Quran dan menghayatinya, sudah tentu anda akan merasakan sesuatu ketenangan, hati dan jiwa anda dibawa Allah berada di sesuatu tempat,ibarat anda transit di sesuatu tempat sambil melihat,meninjau keadaan dan apa yang ada di sekitar tempat tersebut. Begitu juga pada seseorang yang berada di tempat yang tertutup, seperti di dalam hutan atau penjara,dengan membaca al-Quran, akal dan jiwa mereka mampu berjalan begitu jauh ibarat mereka mampu memecahkan dinding-dinding penjara di samping melihat kebesaran Allah, kisah-kisah orang yang sabar dan soleh,azab dan nikmat Allah dan sebagainya yang terlalu menarik.
Sama-samalah kita mengambil iktibar dari Ramadhan dan meneruskan ibadah kita di bulan yang lain serta istiqamah dalam membaca al-Quran pada setiap hari. Percayalah semakin kerap kita membaca dan berhibur dengan al-Quran semakin luas penerokaan dan penemuan kita pada setiap hikmah dan iktibar yang tersimpan dalam al-Quran.
18 July 2010
Masa yang Berlalu
Hari demi hari,masa terus pergi dan pergi tak mungkin kembali.Ibarat air yang mengalir yang tak mungkin berundur kembali.Itulah sifat masa,ianya berjalan terlalu laju dan maju tanpa menoleh ke belakang lagi.Pada kahidupan yang tetap berjalan masa juga melibatkan jangkauan umur yang telah dilalui.Umur yang berlalu juga tak mungkin akan kembali.Pada sisa umur yang masih dikurniakan Allah untuk hambanya,mudah-mudahan kita menjadi hambanya bersyukur di atas segala nikmat dan kurnia serta menjalankan nikmat nafas dan kehidupan ini pada jalan-jalan yang diredhoiNya.
Al-Hamdulillah, atas segala nikmat dan kurnia,nikmat iman dan Islam serta rasaan sabar yang tetap menapak dihati di saat ujian menjelang tiba.Terkadang hidup ini terlalu sukar untuk dimengerti.Ada orang berpendapat kehidupan adalah guru yang terbaik serta teman yang banyak mengajar kita berkaitan jalan untuk hidup.Kata orang lagi "kehidupan ini unik,kehidupan tabi'i itu menenangkan" Segala maksud kehidupan boleh ditafsir dan diolah oleh setiap insan mengikut persepsi masing-masing.Mungkin juga ada orang berpendapat hidup ini adalah perjuangan dan jihad serta ada juga beranggapan hidup ini adalah ujian.
"Cobaan!" bak kata pendekar Bujang Lapok.Sejauh mana kita menerima dan mengahadapi ujian itu,sebenarnya ia sangat bergantung kepada masa yang diberikan semasa hayat di dunia ini.Andai tiba masanya time atau masa yang diberikan itu, sedetik demi sedetik ianya akan berakhir jua.
Bila mendengar pengalaman orang tua-tua,mesti kita rasa terhibur bila si Atuk menceritakan zaman mudanya.Begitu si nenek,yang hidup sezaman dengan P.Ramlee menceritakan zaman muda mereka.Zaman-zaman itu berlalu bersama masa,dan atuk-atuk yang telah kembali ke jalan yang diredoiNya tentu merasa malu menceritkan kisah hidup mereka yang tidak baik untuk hiburan anak dan cucu mereka.
Walaubagaimanapun meseg yang ingin disampaikan saya kepada pembaca pada kali ini adalah berkaitan kehidupan ini. Kita sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi dalam hidup kita pada hari esok.Adakah esok kita bakal menjadi pendakwah yang berpengaruh,guru yang berdidikasi,ulamak yang muktabar atau sebagainya yang telah dituliskan oleh Allah dalam taqdirNya,sedangkan kita hari ini,masih melakukan kesilapan sesama insan dan menganggap perkara itu adalah lumrah kehidupan.Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan tawfiq dalam kehidupan kita.Jangan sampai sebahagian dari kehidupan kita menjadi racun dan fitnah pada kahidupan kita pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

