21 July 2016

Rezeki Anugerah Seorang Anak

Dengan Nama Allah yang Pengasih lagi Penyanyang,denganNya kita bermohon pertolongan.
Kelahiran cahaya mata,merupakan saat yang paling dinantikan oleh pasangan yang telah mengikat janji setia dalam sebuah perkahwinan.Begitulah Islam dalam menjaga perinsip Maqasid syariah dalam kerangkan memelihara keturunan atau nasab,maka Islam menghalalkan hubungan intim antara lelaki dan wanita melalui pernikahan.Hal demikian juga merupakan fitrah yang dianugerahkan Allah kepada manusia,kerana manusia diciptakan dari unsur roh dan jasad yang mana kedua-duanya perlu dibimbing kepada perkara-perkara yang diredhai Allah. Bagi pasangan yang telah berkahwin dan mendaapat zuriat yang soleh-solehah,itu merupakan nikmat dan anugerah dari Ilahi.Namun begitu tidak semua insan bernasib baik memperolehi zuriat keturunan. Hal ini merupakan ujian yang Allah sediakan buat hamba-hambanya yang terpilih di kalangan mereka yang bersabar.Jika dilihat pada mereka yang menerima ujian sebegini,mungkin merekalah orang yang paling penyabar,saat mendengar sapaan dari saudara-mara,sahabat handai dan rakan-rakan bila adanya bertanyakan persoalan berkaitan cahaya mata.Namun soalan seumpama itu terpaksa ditelan walaupun ianya pahit...apa yang penting pada mereka yang menerima ujian seumpama ini,janganlah berhenti berdoa kepada Allah,kerana dia sentiasa memberikan apa yang terbaik buat kita,sedangkan Dia yang menciptakan kita dan mengetahui kekurangan dan kebaikan yang ada pada ciptaanNya. Saya juga pernah melalui sapaan berkaitan soal anak,selama beberapa tahun setelah berkahwin.Al-hamdulillah saya dikurniakan anak setelah 4 tahun melanyari bahtera perkahwinan dengan suami.Saat saya stress dengan persoalan yang diajukan mereka,berkaitan anak,suami selalu memainkan peranan memujuk dan mendamaikan keresahan yang ada.Pada ketika itu juga saya ada mencari jalan keluar dari permasalahan melalui berdoa dan bertanyakan cara dari guru-guru alim ulama dan membaca buku-buku agama. Jadi antara cara yang terbaik yang dianjurkan adalah dengan memperbanyakkan istigfar dan bersedekah.Sesuatu rezki akan datang bila terbukanya rahmat Allah,dan rahmat Allah tidak akan menjelang kecuali kepada mereka yang mentaati Allah dan cuba manjaga dirinya supaya tidak cenderung melakukan maksiat.Perbanyakkan melakukan sedekah,kerana orang yang sering bersedekah merupakan orang yang berasa cukup dengan apa yang ada,sekalipun cara hidupnya bukanlah seorang yang kaya-raya.Namun keikhlasan dari amalan yang cukup itu dilaksanakan dengan sedekah,maka Allah akan menambahkan dan menggandakan kekurangan yang ada dengan rezeki-rezeki yang tidak disangka termasuklah rezeki seorang anak.

No comments: