14 July 2016

Menulis saat usia dewasa

Lama sungguh tak tengok blog ni..busy sangat pulak..perlukan istiqamah sebenarnya kalau ingin menjadi penulis walaupun tak berbakat.Tapi time jadi student memang berkongsi rasa di sini dapat menghilang resahku sebagai seorang pelajar.Mula masuk kerja dulu..saya diberi tugasan untuk mengajar pelajar-pelajar international tapi kebelakangan ini kembali mengajar anak bangsa sendiri yang sentiasa manja-manja tak nak study lebih tapi nak markah lebih.Apapun keadaan mereka...saya sentiasa positif dan cuba membina budaya cintakan ilmu dikalangan mereka bukan cintakan exam.Macam kelakar bunyinya tapi itulah realitinya pelajar zaman mutakhir ini.Dalam membina anak bangsa,saya juga perlukan kekuatan mental dan spiritual untuk menyiapkan thesis yang terbengkalai sejak berkurun lama dek kerana hati yang berbolak-balik.Memang benar diciptakan hati itu dalam keadaan berbolak-balik,disebabkan itu Rasulullah mengajarkan kita doa supaya mendapat keteguhan hati yang sering dibacakan saban hari yang berbunyi ya muqallibal Qulub..Thabbit Qulubana.. Rencah penulisan MA telah siapkan diadun bersama citarasa seorang sufi yang berpegang pada al-Quran dan Hadis,mungkin metodnya lebih kepada tasawuf Salafi kerana penulis mengkaji metodologi Ibn al-Jawzi dalam kerangka tasauf pada pandangan beliau.Namun pengajian dan penulisan pada umurku yang dewasa ini lebih meluas skopnya yang sentiasa diperhati dan diperincikan kemanakah langkah kehidupan anak bangsa dan dimanakah ahklak tradisi masyarakat kita yang kian ditelan zaman,dari mana ia bermula,budaya apa yang memengaruhi mereka sehingga lupakan asal usul diri dan akidah.Ditambah pula penulisan dan karangannya tidak dalam bentuk terjemahan,namun dirangka terus dalam bahasa Arab,segalanya mencabar minda dan jiwa..apatah lagi supervisor pula orang dari Mesir.itulah hal keadaan saya pada saat ini..melangkah sendirian untuk cuba mencipta sesuatu untuk dijadikan peninggalan untuk anak bangsa supaya kembali kepada agama dan jati diri Melayu yang sinonimnya dengan kalimah Muslim.

No comments: