
20 December 2010
Salam Maal Hijrah 1432

09 September 2010
05 September 2010
Transit di Ramadhan
Al-Hamdulillah kita berada di pertengahan bulan yang penuh barakah, setia orang menjalankan ibadah pada bulan ini dengan pelbagai cara.Yang paling jelas pada mereka yang berusaha mengkhatamkan al-Quran, ada yang menjalankan program secara tilawah,ada yang tadarus dan juga tadabbur. Setiap insan yang membaca al-Quran semestinya mereka membaca sambil menyingkap setiap isi yang ada di dalam al-Quran untuk dihayati.Itulah satu usaha yang paling benilai selain dari hanya membaca tetapi ditambah pula dengan memahami.
Bersama flight al-Furqan, al-Burhan atau al-Quran, sedar atau tidak perjalanan bermula dengan al-Fatihah,membawa kita terus belayar ke arah satu destinasi yang mana selama pelayaran itu, kita dapat melihat dan menemui pelbagai kisah yang menarik. Terlalu banyak tempat yang kita transit. Segalanya dibentangkan oleh Allah supaya kita dapat mengambil iktibar dari setiap perjalanan tersebut. Bersama kembara al-Quran kita dibawa oleh Allah melihat kisah kehidupan orang yang soleh dan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka di dunia dan akhirat,begitu juga dengan golongan yang melanggar perintah Allah, tersurat sudah segala azab Allah buat mereka, kecuali mereka yang bertaubat.
Kisah para solihin,sobirin,mukhbitin, muqarrabin, muttaqin telah di sebut sebagai golongan yang muhsinin, bahkan terlalu banyak ayat Allah yang menyebut bahawa Allah sangat menyukai golongan yang muhsinin.Siapakah mereka yang disebut-sebut oleh Allah sebagai orang-orang yang baik,mereka adalah para anbiya, ahli syurga dan mereka yang sentiasa beramal dengan perintah Allah. Pernah tak kita terfikir keunikan kahidupan para anbiya yang dijanjikan syurga oleh Allah, atau kisah para sahabat dan solihin yang lainnya. Kebanyakan para nabi berhadapan dengan pelbagai ujian dari Allah, tetapi mereka juga diberikan jalan keluar dari setiap ujian dan masalah yang dihadapi.Hal ini juga menjelaskan kepada kita setiap kesulitan itu bersamanya jalan keluar atau kesenangan yang tidak disangka-sangka.Lihat lah pada kisah Yunus a.s dengan tasbih dan zikir yang dibasahi oleh lidahnya,tatkala berada di dalam perut ikan Paus, baginda terselamat dari segala bahaya yang bakal menimpanya. Nabi Yusof pula terpisah dari keluarganya sendiri disebabkan sikap adik-beradiknya sendiri. Saat baginda dibuang di dalam perigi ketika diusia kanak-kanak, baginda hanya mengharapkan pertolongan Allah dengan penuh kesabaran, tatkala baginda selamat dari ujian pertama di usia seperti itu,ujian yang lebih besar tetap melanda beginda, tatkala ibu angkatnya sendiri yang mengoda dan dan mengajak baginda melakukan perkara keji dan munkar.Namun baginda tatap berjaya melepasi ujian yang getir itu, dan juga berjaya menyucikan maruah baginda setelah kebatilan dapat dikalahkan,begitu juga terhadap sikap saudara-maranya yang kembali menyerah dan mengaku kesalahan yang mereka lakukan ketika baginda masih kanak-kanak.Disebutkan di dalam al-Quran di dalam surah Yusuf yang mana baginda menjelaskan bahawa persengketaan dan permusuhan yang berlaku di antara baginda dan abang-abangnya adalah disebabkan ganguan syaitan yang mencetuskan permusuhan sesama umat Islam.Al-hamdulillah berkat kesabaran yang bertahun-tahun baginda nabi Yusof dapat kembali menemui ayahnya nabi Yaakub yang juga disifatkan di dalam al-Quran sbagai seorang hamba yang bersabar.
Kisah demi kisah digambarkan al-Quran kepada umat Islam, agar mereka menggunakan akal tatkala membaca ayat-ayat yang suci itu.Begitu juga gambaran geografi ataupun tempat yang disebut di dalam al-Quran.Walaupun kita membaca sebuah kitab dan ayat,tetapi pembacaan itu membawa kita pergi begitu jauh, terkadang ke Palestin, Mekah,Mesir, Madyan dan banyak lagi.Adakala kita dibawa melihat perkara-perkara yang sedang berlaku dalam kehidupan manusia seharian,adakala kita bertemu dengan gambaran kehidupan golongan yang beroleh kebahagiaan di akhirat begitu juga sebaliknya.Terkadang kita bertemu penemuan-penemuan sainstifik pada ayat-ayat yang menjelaskan keagungaan ciptaan Allah, segalanya terlalu unik dan begitu unik sekali.Hukum-hakam berkaitan kehidupan dalam masalah syariah dan akhlak juga diperolehi di sini. Segalanya maklumat yang terkandung di dalamnya terlalu padat dan tepat, jangkauan penemuan yang ada di dalam al-Quran lebih jauh dari penemuan yang didapati dari bantuan Google search.
Beruntunglah jiwa-jiwa yang mendapat taufiq dan hidayah Allah ketika mereka membaca al-Quran,apatah lagi pada bulan yang Ramadhan yang mulia ini.Selama Sebulan anda telah mendapat pelbagai ilmu dan makrifah, sekiranya bacaan ayat-ayat suci diulang-ulang, pengetahuan dan ilmu seseorang akan lebih bertambah dan terus bertambah. Orang yang selalu membaca al-Quran, mereka sendiri akan merasai perubahan yang berlaku dalam diri mereka. Cuba anda bayangkan ketika di saat anda sibuk, lalu anda meluangkan sedikit masa untuk bacaan al-Quran dan menghayatinya, sudah tentu anda akan merasakan sesuatu ketenangan, hati dan jiwa anda dibawa Allah berada di sesuatu tempat,ibarat anda transit di sesuatu tempat sambil melihat,meninjau keadaan dan apa yang ada di sekitar tempat tersebut. Begitu juga pada seseorang yang berada di tempat yang tertutup, seperti di dalam hutan atau penjara,dengan membaca al-Quran, akal dan jiwa mereka mampu berjalan begitu jauh ibarat mereka mampu memecahkan dinding-dinding penjara di samping melihat kebesaran Allah, kisah-kisah orang yang sabar dan soleh,azab dan nikmat Allah dan sebagainya yang terlalu menarik.
Sama-samalah kita mengambil iktibar dari Ramadhan dan meneruskan ibadah kita di bulan yang lain serta istiqamah dalam membaca al-Quran pada setiap hari. Percayalah semakin kerap kita membaca dan berhibur dengan al-Quran semakin luas penerokaan dan penemuan kita pada setiap hikmah dan iktibar yang tersimpan dalam al-Quran.
18 July 2010
Masa yang Berlalu

03 June 2010
Nafas-nafas itu Sangat Mengaharapkan Bantuan Saudaranya

Sedar atau tidak misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bukan misi bantuan ke daerah yang dilanda banjir atau mangsa gempa bumi.Tetapi misi itu perlu disertakan dengan niat yang bakal menjadi puncak matlamat di akhir hayat.Iaitu misi JIHAD yang perlu dititipkan dan niatkan,ianya perlu di andaikan seperti kata-kata ini,"Andai aku tidak pulang ke tanah air,itu bermakna Allah telah memilihku menjadi sebagai salah seorang syuhada yang mati di dunia dan tetap hidup di akhirat".
Walau bagaimanapun syukur anda semua rakyat Malaysia yang selamat,dan perlu anda mengambil pengajaran yang banyak untuk dikongsikan kerana situasi keganasan regim Israel itu berlaku di depan mata anda.anda juga patut hidupkan semangat JIHAD yang semakin luntur pada hati-hati umat Islam di Malaysia.Lihatlah di kaca TV yang ada hanyalah hiburan yang berlebih-lebihan,jarang sekali rakyat ini disajikan dengan kisah-kisah semangat umat yang tidak pernah kenal penat dan lelah bahkan sedia untuk mati sepertimana saudara kita di Palestin.
Seluruh masyarakat dunia mengecam tindakan kejam Israel terhadap kapal-kapal bantuan kemanusiaan di pengairan antarabangsa.Namun sedar atau tidak disebabkan kematian 11 orang ahli sukarelawan dalam misi tersebut,keadaan menjadi begitu getir,tapi adakah dengan situasi itu kita melupakan matlamat sebenar kita adalah membawa bantuan kepada saudara kita di Palestin.Mereka sedang menanti kita,apakah kita tidak mahu berhubung dahulu,cara mana lebih selamat supaya bantuan ini selamat sampai kepada mereka.Mungkin ada cara yang lebih selamat,yang mana kita tidak perlu hebohkan niat suci bantuan ini,tetapi ianya tetap sampai.Itulah maltlamat yang sebenar,yang sepatutnya kita fikirkan.Di manakah awlawiyat yang sebenar yang kita mahu?
Dari situasi yang berlaku,apa meseg sebenar yang ingin ditonjolkan oleh Israel kepada seluruh masyarakat dunia?Ianya tidak lain ialah, Israel ingin menyatakan bahawa masalah umat Islam di Gaza,tidak ada kena mengena dengan masyarakat dunia.Anda semua tidak perlu bersusah payah datang dan membawa bantuan kepada umat Palestin di Gaza,anda diam saja tunggu dan apa yang akan kami lakukan kepada mereka,andai anda berani dan mengambil berat tentang umat Islam di Gaza atau Palestin,nantilah kami Israel akan bagi warning dengan serangan dan keganasan sepertimana kami lakukan dan diperlihatkan dalam akhbar dan berita.
Tak perlu kita menanti apa keputusan mesyuarat PBB, justeru aksi yang dipersembahkan oleh Israel cukup untuk kita membuat kesimpulan.Tetapi sebagai umat Islam yang bersaudara,tidak cukup persembahan ini sahaja,bahkan cabaran ini sebenarnya yang menjadikan kita lebih berstrategi mengatur langkah.Israel dan Zionist adalah satu kaum yang begitu gemar membunuh,jika dilihat di dalam sejarah dan kitab tafsir,ramai di kalangan para nabi yang dibunuh oleh kaum ini.Andai para nabi mereka bunuh,apa lagi kita.Sedih sekali bila ada golongan yang mengiktiraf kaum ini,bahkan menjadikan mereka sebagai pakar motovasi dan penasihat dalam pentadbiran negara.Jadilah umat yang cerdik,punya strategi sendiri yang tidak bersandar kepada musuh dan pembunuh para anbiya.
06 May 2010
Hambakah atau Tuan Hamba

07 April 2010
Robin Hood Zaman Moden

05 April 2010
Ujian dan Iman
Ketika menyedari sesuatu ujian berlaku pada diri,setiap insan akan mudah mengingati pencipta mereka,itulah hikmah di sebalik ujian.Sedar atau tidak manusia akan kembali mengingati Allah.Sekalipun selama ini,dia sentiasa dalam keadaan lalai dan leka.Bersyukurlah kerana diberi ujian,sedang ramai manusia yang terus leka dengan nikmat yang diberikan tanpa sebarang ujian.Bahkan mereka bangga dan megah dengan kehidupan mereka tanpa sebarang kesulitan mencapai impian hidup.
Senyumlah pada ketabahan di hati yang gembira menerima ujian dan pentarbiyahan dari Allah.Senyumlah Dia maha Pengasih lagi Penyayang,Senyumlah kerana ujian yang datang adalah sebahagian bentuk penyucian yang diinginkan Allah kepada hati dan jiwa.Andai sakit yang melanda sekalipun pedih kakimu tatkala terpijak duri ianya merupakan kaffarah kepada dosa.Perkara ini juga pernah disebut oleh RasulMu yang mulia.Usah risau pada kesedihan yang melanda jiwa kerana kesedihan yang melanda itu andai disertai dengan sabar padanya ganjaran dan penyucian pada dosa-dosa yang pernah dilakukan.Sekalipun kita bukanlah orang yang selalu menjadikan istigfar sebagai zikir yang tidak pernah lekang dari lisan saat susah mahupun senang.Tetapi kehadiran ujian itu menjadikan kita mengingati Allah setiap saat di akal dan fikiran sekalipun tidak disebut melalui lidah.Justeru perkara yang diingati tidak semestinya disebut,cukuplah sekiranya ianya sentiasa bermain di dalam minda,bahawa jiwa kita sentiasa mengingati Allah.Ianya juga merupakan zikir yang tidak langsung.Itulah hikmahnya ujian Allah.
Tetapi zikir seperti ini, menjadi sebahagian dari amalan orang-orang yang dekat kepada Allah (al-Muqarrabin)yang mana setiap saat akal dan hati mereka sentiasa mengingati Allah,hinggakan keadaan itu menumbuhkan rasa taqwa mereka kepada Allah.Sekalipun mereka tidak ditimpa musibah.Berbeza dengan setengah orang yang hanya mengingati Allah saat waktu ditimpa ujian sahaja.Tetapi saat senang kembali lupa dan jauh dari Allah.Zikir menghidupkan hati orang-orang beriman dan menghidupkan roh orang-orang beriman bahawa setiap tindak-tanduk mereka sentiasa diawasi Allah sehingga tumbuh dan subur di hati-hati mereka iman dan ihsan.Dengan wujudnya kedua-dua sifat ini, hati mereka menjadi lembut, dan mudah bersimpati kepada orang-orang miskin,fakir, anak-anak yatim dan golongan yang lemah lagi ditindas.Mereka juga akan mudah terusik dan tercabar apabila melihat maksiat yang berlaku dan tidak mampu berdiam diri melihat kezaliman.Mereka akan mula sedar dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka,hati mereka hidup di tengah-tengah kehidupan manusia yang lalai dan leka.Mereka juga akan sentiasa berkata benar sekalipun pahit.Itulah hasil dari iman.
Di manakah iman itu? Wujudkah iman seperti itu pada diri dan hati ini?Sama-samalh kita bermuhasabah,andai ianya tiada atau jauh dari diri kita,maka carilah pendekatannya.Allah tidak pernah mempersiakan permintaan hambanya.Yakinlah berdoalah selalu,Dia maha Pengasih lagi Penyayang.Ya Allah hadirkanlah iman di hati ini,kekalkan ia di hati ini sepertimana Kau kekalkan Cintamu kepada kekasihMu iaitu nabi Muhammad SAW.
05 March 2010
Dialah Kekasih Yang Maha Pengasih
Al-hamdulillah pada tahun 1431H ini kita masih lagi berkesempatan berada dihari dan bulan kelahiran Rasulullah SAW iaitu Rabiul Awwal.Anak-anak muda di zaman sekarang,fahamkah mereka cerita tentang kelahiran nabi SAW.Atau mereka hanya fahami bahawa hari maulidur Rasul adalah hari semua staf-staf yang bekerja di sektor kerajaan membuat perarakan berjalan di sekitar Putra Jaya.Kalau hanya sekadar itu tahap pemikiran mereka,itu beerti kisah kelahiran baginda SAW sebagai rahmat untuk sekelian alam masih tidak difahami.
Dialah seorang anak yang dilahirkan oleh ibunya Aminah dalam keadaan yatim.Diberi nama sebagai Muhammad dan disebut juga di dalam Taurat dengan gelaran Ahmad.Dibesarkan dalam keadaan yatim,seorang anak yatim yang tabah,optimis,bersemangat dan penuh motivasi.Melayari kehidupan baginda bersama ibu susuannya Halimah al-Saadah dan bapa saudaranya Abu Talib.Membesar ketika muda remaja dalam keadaan baik,walaupun baginda dibesarkan dalam keadaan masyarakat masih ditenggelami alam Jahiliyyah.Bermula dari usia remaja beliau hidup dengan penuh berdikari, bertanggungjawab walaupun terhadap diri sendiri dan tidak suka menyusahkan sesiapa.Baginda SAW dikenali juga sebagai al-Amin seorang yang amanah walaupun baginda bekerja sebagai seorang peniaga atau mengambil upah sebagai pengembala kambing.Berkahwin di sekitar umur baginda 25 tahun dengan seorang wanita yang juga majikannya.Seorang yang berakhlak mulia dan mempunyai akhlak yang paling mulia tatkala bergaul dengan ahli keluarga.Sangat mengasihi orang-orang fakir dan miskin dan sangat merendah diri.Membawa rahmat kepada seluruh alam bermula dari hari kelahiran sehinggalah menjadi pembela dan pembawa syafaat kepada umat baginda SAW di hari kiamat.Dialah Kekasih Allah Rasulullah kepada yang Maha Pengasih iaitu Allah SWT.
Pusaka yang paling bernilai yang tinggalkan oleh bagin SAW kepada umatnya ialah kitab al-Quran dan Sunnah baginda yang mana sekiranya kedua-dua pusaka ini dipegang dan diamalkan oleh setiap umat baginda,mereka tidak akan sesat selama-lamanya.Kebiasaan di hari maulidur rasul corong-corong TV kedengaran nasyid-nasyid selawat,tak lupa pula kumpulan RAIHAN menjadi jemputan untuk melagukan bait-bait selawat.Dalam masa yang sama ada juga program JOM heboh diacarakan pada hari maulidul rasul beserta konsert pada minggu yang lalu.Acuan sekularisme menjadi acuan utama masyarakat kita di Malaysia.Di pagi hari menjadi muslim yang berarak di perarakan mengingati Maulidur Rasul malamnya pula menghiasi diri dengan konsert.Di mana kerinduan umat ini pada Rasul mereka.Atau hari ini berarak, namun pada esoknya masih masih mengekalkan amalan riba,rasuah,pecah amanah,zalim-menzalimi,khianat-mengkhianati,fitnah-memfitnah,menyembuyikan kebenaran walaupun seorang hakim dan sebagainya.Kesemua perkara ini dilakukan tidak lain hanyalah bertujuan untuk mengharapkan redha manusia tetapi masih tidak sedar dalam masa yang sama mereka telah mengetepikan keredhaan Allah dan Rasul.Ya Allah bagaimana nanti bila saat betemu denganMu tatkala mengenangkan segala apa yang dilakukan ini.Moga Allah sentiasa memelihara orang-orang yang mengharapkan keredhaanNya dan memberikan kebahagiaan kepada mereka yang mengharapkan redhaNya di dunia dan akhirat.
Teringat pula sebuah nasyid yang berbunyi.Malu rasanya mengatakan cinta kepada kekasih Allah,kerana Dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa....Terlalu jauh perbezaan antara kecintaan baginda SAW kepada umatnya berbanding kecintaan umat baginda kepada suruhan dan perintah baginda....di manakah kita sebenarnya,belumkah lagi sinar cahaya hidayah Allah menerjah ke dalam hati.Ataupun kita sendiri yang tidak mencari sinar yang diharapkan Nabi SAW.Sekalipun kita mengetahui antara ungkapan kalimah terakhir di hujung helaan nafas baginda hanyalah kalimah "Ummati" Umatku....
11 February 2010
Betul ke Gagasan One Israel telah Wujud Sejak Lama?
Gagasan One israel penah ditubuhkan oleh salah seorang menteri Israel iaitu Ehud Barak pada tahun 1999.Misi yang dibawa melalui one Israel adalah untuk menyelamatkan semua bangsa Yahudi dan mengekalkan tanah Palestin adalah hak milik orang Yahudi sekalipun tanah itu diambil secara merampas hak milik rakyat Palestin.Gagasan ini membawa misi People and power atau one law for all dan setiap misi mereka tidak menentu dan sentiasa berubah-ubah.Mereka juga mempunyai lagu yang tersendiri bertajuk The Power of one Israel.
Andai misi yang dibawa pun tidak menentu,ini membuktikan mereka akan melakukan apa saja demi untuk meraih keinginan mereka dalam mendirikan negara haram itu.Tentulah konsep maltamat menghalalkan cara menjadi agenda utama mereka dalam merealisasikan impian ini.Sama ada melalui jalan membunuh, menyiksa, menangkap, mengganas dan sebagainya.Hari ini andai anda membeli map atau map globe,sedar atau tidak tanah Palestin atau peta negara Palestin sudah dimansuhkan dan ditukar kepada Israel.
Antara objektif one Israel ialah untuk membawa semua lapisan agama menerima semua apa yang dilakukan oleh Israel,sekalipun mereka bukanlah orang Israel dan kesefahaman inilah akan melahirkan satu kesatuan.Walau bagaimanapun Israel tetap menonjolkan pemikiran pluralisme dalam menyemarakkan fahaman satu Israel yang mana mereka menyebut bahawa Tuhan kepada Ibrahim. Ishak dan Yaakub adalah sama.Yaakub telah melahirkan 12 orang anak.Isa pula dari keturunan Israel kerana beliu dilahirkan di Tanah Palestin yang mana dari beliau tercetusnya fahaman Kristian dan kedua dua bangsa keturunan ini yang perlu bekerjasama untuk membangunkan negara Israel.Apa yang jelas gagasan one Israel telah membawa Amerika mengikut telunjuk mereka dalam apa cara sekalipun.
Terdapat banyak pendedahan berkaitan one Israel dalam internet,terpulang kepada kita ingin mengkaji ataupun tidak.Setidak-tidaknya kita cuba memahami setiap istilah-istilah baru yang muncul dalam kehidupan kita.Supaya kita tidak mudah bertaklid mengikut apa jua yang diketengahkan orang.Tidak seperti lembu yang dicucuk hidung,yang mengikut apa saja yang didorong.Jadilah orang yang cerdik dan celik.Fikir-fikirlah sendiri anda mampu mengubahnya.Hidup ini tidak lama, akhirat nanti segala amal kita akan di present oleh Allah.Segala document dan files telah di save oleh Malaikat.
31 January 2010
Zikir dan Fikir
Tatkala bermunajat hati sentiasa berzikir,mengenang kebesaran dan keagungan Allah, tatkala itu juga kita akan merasa lemah dan mengharapkan kekuatan dari Allah melalui alunan zikir dan tasbih yang sentiasa dibisik.Apa jua zikir yang baik dibacakan dan dibisikkan di hati semuanya merupakan sesuatu yang baik bagi membentuk molikul air di dalam hati dan diri kita.Kuasa zikir sangat luar biasa jika ianya sentiasa diamalkan.Ingatkah kita kisah Nabi Yunus a.s yang bermunajat kepada Allah ketika dirinya ditelan ikan Paus,apakah kuasa zikir itu, itulah kalimah La ilaaha illa anta,subhanaka inni kuntu minal Zalimin. Setelah kalimah ini dibaca oleh baginda a.s, dengan izin Allah dirinya dikeluarkan dari kesempitan dan kegelapan perut ikan paus.Hebatkan kuasa zikir ini. Begitu juga dengan kuasa selawat ke atas nabi SAW,hal seperti ini juga mampu mengeluarkan seseorang dari masalah yang dihadapinya.
Kisah Umar yang sebelum memeluk agama Islam,apabila beliau mendengar bacaan al-Quran dari adiknya, yang membaca ayat satu sehingga lima dari surah THOHA,menjadi dalil dan zikir kepada umat Islam bahawa orang yang mengamalkan bacaan ayat ini tatkala berhadapan dengan sesuatu situasi yang tegang, apabila dia membacakan ayat ini dan meniatkan semoga bacaan itu akan melembutkan hati seseorang, insyaallah ianya akan berlaku.Justeru tatkala umar yang berniat untuk membunuh adiknya, setelah mendengar bacaan dari ayat tersebut,hatinya menjadi lunak dan beliau memeluk Islam.
Hebatnya kuasa zikir andai ia diamalkan,begitu juga bacaan harian dari zikir al-Mathurat yang telah dihimpunkan oleh Imam Hasan Al-Banna, yang mana keseluruhan doa dan zikir dari al-Mathurat itu sebenarnya merupakan anatar hadis-hadis nabi s.a.w yang mana padanya terdapat kelebihan bagi setiap orang yang mengamalkannya.Mungkin Imam Hasan al-Banna tidak menukilkan perawi-perawi hadis yang asal dari doa al-mathurta tersebut supaya ianya memudahkan orang yang ingin mengamalkannya sebagai zikir,tetapi jika ianya dirujuk melalui kitab hadis, dalam bab Doa,kita akan akan dapati keseluruhan kelebihan dari doa-doa dan zikir dari al-Mathurat itu mempunyai kelebihan yang tinggi dan dianjurkan oleh nabi s.a.w supaya kita beramal dengan doa-doa tersebut.Imam Nawawi sendiri menghimpunkan hadis-hadis nabi yang berkaitan dengan doa di dalam karangan beliau iaitu al-Azkar.
Sabda nabi s.a.w: Doa itu adalah senjata orang mukmin, maka perbanyakan doa kepada Allah, moga ingatan kita kepada Allah akan sentiasa melahirkan rasa tenang di dalam hati.Firman Allah yang bermaksud:Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram (Al- Ra'd: 28)
Dalam membicarakan perihal zikir, sebenarnya zikir juga boleh lahir dari fikir, namun bagaimana langkah seseorang itu akan melahirkan fikiran yang seiring dengan zikir, jawapannya tidak lain, zikir akan lahir beserta dengan fikir setelah seseorang itu memperolehi keimanan dan hati yang bersih.Apapun keadaan iman itu,mungkin ada orang yang merasakana bagaimana mungkin seseorang itu akan beroleh pemikiran yang jernih,andai dia seorang yang banyak bersalah kepada Allah dan berdosa.Kata para ulama iman seseorang itu boleh bertambah dan berkurang,bertambah apabila ianya mengamalkan amal soleh, dan berkurang apabila ianya melakukan dosa.Maka marilah kita perbanyakkan amal soleh bagi meningkatkan keimanan kita kepada Allah.Contoh dua orang berfikir setelah melihat sesuatu kemalangan di jalan raya.Si A seringkali melihat berita berkaitan kemalangan jalan raya di kaca TV,setelah menonton kemudian dia memberikan komentar, "Asyik kemalangan je,tu lah tak berhati-hati di jalan raya".Tetapi Si B setelah melihat berita yang sama di kaca TV berkata, "Ya Allah dekatnya maut, sekalipun semalam orang yang memandu itu sehat, tapi rupanya hari ini ajal dia hanya di jalan raya.Maut itu di mana-mana, saya patut membuat persediaan sebelum ajal tiba".
Tentu pembaca dapat membezakan antara fikir dan zikir fikir.Kata seorang penyair: Sesungguhnya terdapat banyak kekuasaan Allah sekalipun dengan melihat penciptaan Allah pada diri manusia, walau hanya dengan melihat matamu, katakanlah kepada perawat dan doktor, siapakah yang menyembuhkan sesuatu penyakit setelah mereka berikhtiar merawat pesakit, Kepada orang yang sehat yang mati tanpa sebab, tanyalah siapa lagi yang berkuasa mematikan manusia. Bayi yang baru lahir, siapakah yang memberikan tangisan kepada bayi tersebut, Setiap musim yang silih berganti, siapakah yang menjadikan musim-musim tersebut? Pada bulan yang mengambang penuh, tanyalah siapakah yang menjadikan bulan itu begitu terang. Apabila engkau melihat bukit yang menjadi paku bumi, tanyalah siapa yang menjadikannya begitu.Segala pujian bagi Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)