06 May 2010

Hambakah atau Tuan Hamba

Sepintas lalu membaca bahan-bahan penyelidikan berkaitan politik, tertarik saya pada perbincangan orang berkaitan kalimah ‘ketuanan’.Tentu kita sendiri sebagai rakyat Malaysia, pernah mendengar slogan ketuanan yang pernah dilaungkan oleh orang-orang yang gemar bermain dengan keris.Saya sendiri tidak pasti keris jenis apa yang gemar dimain oleh sebilangan besar rakyat Melayu di dalam gelanggang mereka. Tetapi keris adalah senjata yang sangat sinonim dengan orang Melayu. Sekalipun begitu, saya gemar lagi melihat pedang,kerana pedang lebih mantap dihunuskan tatkala berlawan dengan musuh.Bahkan melihat kepada sirah para nabi dan sahabat mereka pandai bermain dengan pedang.Maka saya lebih memilih jalan orang yang terdahulu.
Berbalik kepada zaman sekarang, terlalu banyak teknologi yang mencipta senjata. Mengikut peredaran masa,tentu Islam yang berlandaskan Syariah dan ilmu feqah menyarankan kita berhukum mengikut waqi’.Maka andai kata zaman ini menggunakan senjata yang canggih untuk melawan musuh,maka memiliki senjata yang canggih itu merupakan perkara yang wajib.(Ma la yutimma wajib illa bihi fahuwa wajib)Itulah kaedah feqah yang sedia ada.Maka keris selalunya di zaman sekarang,tak ramai yang pandai menggunakannya.Tetapi sebagai warisan pusaka nenek moyang kepada kita,maka keris dapat dilihat di muzium-muzium sejarah.Tersimpan rapi oleh pekerja-pekerja di muzium.
Kupasan saya pada kali ini ialah kalimah ketuanan, tatkala kalimah ini disebut terdapat masyarakat kita yang tersinggung.Sama ada mereka muslim ataupun tidak mereka tetap rakyat Malaysia, jadi kita perlu menjaga sensitiviti rakyat berbilang kaum yang ada di negara yang tercinta ini.Betul ke ada yang tersinggung? Kalau tak percaya lihat pada statment ini.
“ Cina perpendapat, orang Melayu begitu senang dengan slogan Ketuanan Melayu kerana akar kepada kalimah ketuanan ialah 'tuan', bermaksud,tuan,ketua,kepala.Menjadi pertengkaran dikalangan orang Cina yang mana mereka menyebut “Sekiranya orang Melayu “tuan”,sudah tentu di sana juga adalah kalimah “hamba”,siapa yang bakal menjadi hamba? Sekiranya Melayu tuan maka bukan melayu adalah hamba,orang Cina sangat tersinggung dengan slogan ini “ Dipetik dan diterjemahkan dari kertas seminar Jayum anak Jawan & Mohammad Agus Yusoff 2009.The World Civi Forum,COEX, Seoul,South Korea,5-8 may 2009.
Atau kalimah ini yang diucapkan di Seminar 1 Malaysia di Melaka “Orang-orang India datang ke Malaysia dalam keadaan melarat dan papa kedana dan orang-orang Cina pula terutama sekali wanita Cina datang ke sini untuk menjual badan”, Boleh rujuk http://themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/59744-whats-the-fuss-about-apco--william-leong-jee-keen-and-kpru
Sebenarnya kita perlu menjaga sensitiviti masyarakat kita di Malaysia ini,apatah lagi dalam era pemerintahan yang ingin melihat perpaduan rakyat dibawah gagasan satu Malaysia.Jangan pula ada sebarang percanggahan.Jangan pula dulu lain sekarang lain.Yang mana satu pilihanmu?Atau ada lagi yang lebih baru, bakal di hebohkan?Itulah yang saya maksudkan hambakah atau tuan hamba yang menjadi tuan? Pintar betul tuan hamba berkata-kata sambil bermain dengan keris di hadapan hamba?
Saidina Ali r.a pernah berkata : “Orang Islam adalah saudara seiman,non muslim is brother in humanity” Maka sebagai muslim yang beriman,sewajarnya kita menghormati bangsa lain bukan kerana untuk mencari kepentingan sendiri dengan membiarkan ramai bukan Melayu terus ditahap yang sama,sekalipun sudah begitu lama kemerdekaan telah dicapai.Bahkan jika ditanya pelajar-pelajar India,”Kenapa mereka begitu berminat mengambil pengajian dalam jurusan undang-undang dan kehakiman?Maka mereka akan menjawab “Kami ingin membela nasib kami”Lihat sahaja hari ini buktinya sudah jelas,ramai di kalangan mereka yang telah pun berjaya di arena itu, dan begitu lantang dan berani mengaharung badai ketidakadilan kehakiman, pemerintaan dan undang-undang.Maka siapakah yang bersalah dalam perkara ini?Fikir-fikirkanlah….saya pasti akal anda mampu mencipta jawapannya.Justeru nikmat yang paling agung yang diciptakan Allah kepada manusia berbanding haiwan adalah nikmat akal.Gunakanlah nikmat anugerah akal yang dikurniakan Allah itu semaksimun yang mungkin.

No comments: