17 December 2009

Rindukan Makaroni

Saat waktu di akhir pengajian seperti ini,terkenang pula saat manis ketika menuntut ilmu di negeri orang. Sekalipun saat itu telah lama berlalu tetapi ianya masih segar di ingatan.Ketika diri masih di peringkat Thanawiyah, cita-cita di hati berkobar-kobar hendak menyambung pengajian ke Al-Azhar Mesir.Tetapi Allah lebih mengetahui apa terbaik buat hambanya.Disember 2002 saya menyambung pengajian di sebuah kolej di negara barat, bidang yang diambil ialah pengajian Islam Syariah.Selama 13 jam di dalam Mas Airline, sampai terasa jemu.Akhirnya sampai juga ke destinasi. Flight kami mendarat di Manchester Airport pada subuh yang hening. Keadaan di sini begitu sejuk,ditambah pula perjalanan kami bermula pada Disember.

Di sinilah bermulannya langkah saya mendalami ilmu dan bermulanya menu baru saya dalam menikmati hidangan tengahari dan malam dengan masakan orang sini.Pasta,Makaroni,burger, pizza,maqlubah,lasagne dan sebagainya.Juadah di waktu sahur pula tidak lain ialah cornflakes, roti Bakar, tamar, tea, coffea and fresh milk.Makanan di sini disediakan oleh pihak kolej yang mana mereka juga adalah muslim.Pada mulanya, saya sendiri agak tidak tahan menikmati hidangan western food pada setiap hari,tapi lama- kelamaan mula suka dengan masakan pelik-pelik ini.Saat rindukan suasana di sana, ke pasaraya juga saya menjadi bahan untuk memasak juadah western ni,terutama sekali macaroni dan pizza.

Kolej ini tidaklah begitu besar dan tidak pula terlalu kecil.Segala kemudahan ada di dalamnya,masjid,library, dewan makan,kelas,asrama dan sebagainya.Ianya adalah sebuah kolej yang diasaskan oleh Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Belajar di sini banyak juga subjeknya. Kolej telah menetapkan setiap pelajar wajib lulus semua subjek yang diambil pada setiap semester.Setahun hanya dua semester sahaja. Sekiranya para pelajar masih tidak lulus pada setiap madah yang diambil,peperiksaan ulangan tetap diadakan untuk kali kedua,sekiranya masih tidak lulus,walaupun hanya satu subjek,pelajar tersebut perlu mengulangi pengajian di tahun yang sama.Pelajar lelaki digalakkan membaca khutbah jumaat dan mengarang khutbah sendiri.Sebelum dibacakan di dalam khutbah, mereka mesti membacakannya di bilik pensyarah yang ditugaskan untuk memperbetulkan khutbah mereka. Terpulang kepada pelajar sama ada hendak menulis khutbah dalam bahasa Arab ataupun Inggeris.Tapi yang agak menyedihkan lepas khutbah dibaca,ada pula penyshrah lain yang menegur dan memberikan kritikan yang membina kepada pelajar yang berkhutbah sama ada dari segi isi kandungan khutbah atau doa di akhir khutbah yang tidak sesuai dengan situasi umat dan sebagainya.Satu masjid dengan teguran yang dibuat tu.Spontan lak tu, kesian gak ler dekat ikhwah yang buat khutbah dan tahniah juga kerana bersedia belajar dari kesilapan.Kata orang buat salah semasa lebih baik dari buat salah selepas belajar kerana waktu belajar ramai guru yang bersedia untuk membimbing.

Dari tingkap kamar bilik terbentang luas tanah lapang yang berumput hijau yang menenangkan penglihatan,kelihatan juga beberapa kumpulan biri-biri sedang memagut rumput. Keadaan di sekitar perkampungan Llanybydder ini, merupakan tempat pertanian. Lembu tenusu dan kambing biri-biri senang dilihat disekitar sini. Tetapi ketika tanah lembab disebabkan embun yang menitis dan tatkala hujan membasahi bumi,udara dan bau persekitaran agak kurang menyenangkan.


Setengah orang merasa risau bila mendengar ada orang menuntut ilmu di negara barat.Mungkin mereka terfikir, takut pemikiran seseorang akan berubah bila belajar di sini,tambahan pula dalam bidang Syariah. Takut nanti tersalah berguru tersesat pula menyebar ilmu atau menjadi begitu secular.Tapi al-hamdulillah pengajian di sini berguru dengan orang Islam sendiri yang kebanyakan mereka adalah orang arab yang mendapat kewarganaan British.Benar kata seorang guru ketika memetik kata-kata Said al-Nursi seorang mujaddid Islam Turki satu ketika dulu yang menyebut " Arubba Haamilul Islam" yang bermaksud "negara Eropah sedang mengandungkan Islam" Dalam paparan akbar hari ini, jelas membukti umat Islam yang menjalani kehidupan mereka di negara barat seperti di benua Eropah sering mendapat tentangan dari orang-orang kafir.Banyak sekatan yng cuba dilakukan terhadap umat Islam contohnya usaha kerajaan Prancis hari ini menutup sekolah beraliran agama Islam di negara tersebut.Begitu juga di Turki pelajar yang memakai tudung dihalang untuk menaiki bas.Usaha mereka dalam menyerang dan membekukan perkembangan Islam di negara mereka sentiasa di lakukan dari masa ke semasa.Tetapi Islam tetap berkembang walau ditentang kerana umat Islam di sana lebih menganggap mehnah dan ujian serta sekatan itu sebagai satu cabaran.Itulah motivasi yang perlu diterapkan dalam pemikiran umat Islam yang mana mereka perlu bersikap positif dan optimis dalam berhadapan apa jua tribulasi dalam kehidupan.Bahkan kisah kesabaran para Anbiya merupakan satu pengiktibaran yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan bagi menguatkan hati dan jiwa tatkala dihimpit ujian.

Sepintas lalu nostalgia di perantauan, terasa mulianya Islam bila umatnya dapat mempraktiskan agama dan keimanan mereka bila berada negara Eropah.Izzahnya Islam bila mereka menjadikan bumi Allah sebagai tempat untuk menunaikan solat disebabkan sukarnya mendapati masjid atau surau.Izzahnya Islam tatkala kita melihat seorang kafir yang mabuk disebabkan arak lalu terhoyong-hayang di depan mata di sekitar kaki lima,lalu melontarkan kata-kata yang kotor kerana kewarasan mereka telah hilang. Syukur kita sebagai muslim diharamkan meminum minuman yang memabukkan agar kita sentiasa berada dalam keadaan berakal dan waras.Justeru akal merupakan satu anugerah yang paling bernilai kepada manusia. Izzahnya Islam bila melihat undang-undang negara mereka yang membenarkan pergaulan bebas dan zina sekiranya masing-masing melakukan hubungan tersebut disebabkan suka sama suka,sedangkan Islam mengharamkan hal demikian itu dengan tujuan untuk memelihara zuriat dan keturunan serta wabak penyakit seperti Aids, sekalipun kajian sains dan al-Quran telah menemui ubat kepada penyakit Aids adalah melalui 100 kali sebatan kepada penzina lelaki dan perempuan,namun masih ramai orang Islam yang tidak mengambil berat dalam perkara ini,mengetepikannya serta memperlekehkan seruan ini.

Di sebalik perkara negatif yang terdapat pada masyarakat ini, sempat juga saya merasakan sedikit khidmat yang disediakan oleh kerajaan negara ini seperti rawatan kesihatan secara percuma dan diskaun bayaran pengangkutan awam seperti train dan coach.Inilah antara pengkhidmatan yang sering digunakan oleh saya.Mencari rezeki di negara orang memang menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.Salagi mana majikan yang berkulit putih dan berambut perang membenarkan solat didirikan ditempat kerja serta berhijab dan pakaian menutup aurat menghiasi diri, peluang bekerja secara separuh masa tetap diteruskan. Hasil dari rezeki yang diperolehi sempat juga saya menziarahi bumi Anbiya' yang menjadi impian untuk dijejak iaitu Mesir pada 2005 dan membeli bahan-bahan rujukan untuk kajian saya seperti kitab-kitab agama.


Selama 2 minggu di Mesir meraikan Eidul Adha di sana.Menaiki flight Alitalia dari Manchester ke Cairo sempat juga menapak beberapa jam di Rom,Itali.Ketika ketibaan waktu untuk berlepas ke Cairo, kawalan security di Rom agak ketat,apatah lagi masyarakat Eropah masih tertipu dengan igauan pengganas,rata-rata penumpang yang memakai hijab dan berjambang menjadi sasaran mereka untuk diperiksa.Selama beberapa jam di dalam flight,pada jam 1.45 pagi kami tiba di Airport Kaherah.Setelah passport dicek,kaki ini melangkah deras keluar dari ruang ketibaan.Lama menanti sahabat-sahabat yang akan datang menjemput saya dan seorang lagi sahabat yang kini bergelar ustazah di salah sebuah sekolah di Terengganu.Rasa gembira bila diberi peluang untuk menjejak kaki ke bumi Anbiya' ini.Bermalam di Terengganu Student House Hayyu Asyir, bertemu mata dengan sahabat seperjuangan yang lama terpisah sudah tentu banyak cerita yang dibualkan.Hayyu Asyir satu penempatan pelajar Melaysia, di situ terdapat binaan asrama anak-anak Selangor, Terengganu dan lain-lain.

Kesokkan paginya kami mengatur jejak ke sekitar Bandar Husin dengan menaiki bas.Kalau sebelum ni,ketika di peringkat menengah,guru-guru yang baru pulang dari Mesir selalu menceritakan tentang keadaan bas pengangkutan awam di sini.Tapi hari itu,saya sendiri telah merasainya sendiri.Tiba di sekitar masjid Husin,kota ini begitu hampir dengan Jamiah al-Azhar.Banggunan yang tersergam kemas semenjak berzaman lagi.Tersentuh hati Melihat keadaan umat Islam di Mesir, yang masih dilanda kemiskinan tatkala membandingkan keadaan masyarakat di negara barat yang hidup dalam keadaan kemewahan dan bersistem.Tetapi hati sentiasa mengingati ajaran guru yang telah menanamkan sikap berwaspada dengan musuh. Bukan sahaja umat Islam di Mesir berhadapan dengan masalah kemiskinan, tetapi kebanyakan negara Arab menghadapi nasib serta negara-negara umat Islam menghadapi nasib yang sama.Seolah-olah ada sesuatu yang telah diatur dan dirancang bagi matlamat untuk menzahirkan kelemahan umat Islam sejak sekian lama.Pernah ketika di dalam kelas Siasah Syariyah ketika degree, pensyarah yang berasal dari Libya menyebut tentang campbell document yang mana di dalam dokumen ini terselit perancangan Yahudi untuk melemahkan umat Islam antaranya ialah dengan melemahkan ekonomi umat Islam.Antara yang lain agar umat Islam lemah dalam memahami kitab al-Quran sendiri adalah melalui jajahan mereka terhadap pemikiran umat Islam seterusnya menghapuskan penggunaan bahasa Arab fushah dan menggantikannya dengan bahasa Arab Ammi (pasar).Segalanya mereka lakukan adalah bermula selepas zaman kegelapan yang dialami oleh barat.Ketika mana pada masa itu umat Islam telah mencipta sejarah ketamadunan bermula di negara Arab sehinggalah ke Sepanyol.Empayar Islam semakin melebar dan ajaran Islam juga telah tersebar di mana-mana,hasil dari kekuatan umat Islam di zaman Umawiyah,Othmaniah dan terhenti seketika di zaman Otmaniyah.

Walaupun saya tidak lama mengatur jejak di Mesir,tetapi melalui kajian dan buku sejarah, ada yang menjelaskan Mesir adalah di antara negara yang mempunyai sumber gandum yang terbaik.Disebabkan jajahan dan penaklukan yang dilakukan, penjajah yang menakluki Mesir telah membuat pejanjian dengan Mesir agar Mesir tidak mengeluarkan import dan export hasil pertanian mereka ke negara luar.Hal ini dilakukan oleh pihak penjajah sebagai satu langkah untuk membekukan ekonomi Islam.Hasil dari pembekuan ini pentadbiran negara dilihat begitu lemah dan mundur.Disebabkan kemuduran dan lemahnya ekonomi, kerajaan yang memerintah begitu memerlukan sokongan dan bantuan dari negara barat saat mereka ingin memajukan negara mereka, seperti membuat pinjaman wang dari bank dunia yang mengenakan riba yang berpanjangan sepanjang masa.Hasilnya pemimpin yang ingin berurusan dengan bank dunia terpaksa mengikut telunjuk barat dalam mentadbir negara sama ada melalui sistem sekularisme, kapitalisme dan sebagainya.

Sekitar di Mesir sempat saya menziarahi beberapa tempat bersejarah,antaranya masjid Husin yang berhampiran Jamiah al-Azhar Kaherah, makam para wali di Iskandariah, makam nabi Danial,benteng peperangan yang pernah dibina oleh Sahuddin Ayub dalam peperangan Salib(Qal'ah Solahuddin)di Iskandariah,makam Imam Syafie di Kaherah,tasik dan istana Qarun, wadi arbain, makam nabi Harun a.s dan Sinai.Semalaman mendaki puncak Sinai bersama empat orang rakan, terasa letih sepanjang mendaki,entah berapa kali, kami berehat di sepanjang pendakian apabila kaki terasa penat untuk terus melangkah.Tapi akhirnya pendakian yang bermula pada saat tengah malam mencapai destinasi dipuncak Sinai pada awal Subuh.Terasa sejuk di atas sana,selesai menyempurnakan solat Subuh,kami terus menanti saat matahari terbit.Merapati tempat Nabi Musa bermunajat terasa insaf dan teringat kisah kehidupan nabi Musa yang berjuang mempertahankan kalimah Allah di hadapan raja yang zalim iaitu Firaun, betapa beginda yang terpaksa berhadapan dengan sikap kaumnya yang bermain-main dalam agama,yang begitu gemar bertanya-tanya,dan menduga nabi Allah Musa a.s, mereka tidak lain iaitu Bani Israel.Sehingga ke hari ini masih mempermainkan ajaran dan kebenaran al-Quran,sedangkan berita tetang kehadiran rasul terakhir iaitu Muhammad telah lama termaktub di dalam kitab Taurat dan Injil, namun mereka tetap memungkirinya sekalipun kebenaran itu telah diketahui disebabkan rasa bongkak mereka terhdap Allah dan orang-orang selain bangsa mereka.

Setelah 2 minggu di Mesir pada tahun 2005,saya dan sahabat berangkat pulang dari Cairo ke Manchester dengan menggunakan penerbangan yang sama. Dari Manchester,kami pulang ke penginapan kami di Sheffiled.Menghabiskan saat-saat terakhir di Uk, sempat juga bermain dengan snow bersama teman-teman di rumah sewa di sekitar lorong perumahan dan di western park sebelum pulang ke tanahair.Jejak yang ditinggal di bumi Mesir menghasilkan bahawa, sahabat-sahabat yang menyiapkan diri mereka sebagai penuntut ilmu di sana, cukup memiliki kesabaran yang tinggi dalam mencari ilmu. Bumi yang terkenal dengan ulama dan ilmu telah menghasilkan para ilmuan yang hebat semenjak dari dulu.Sekiranya anda yang terpilih berada di sana sebagai penuntut ilmu,janganlah mempersiakan segala waktu yang ada dalam menuntut ilmu,kerana tidak semua orang terpilih untuk belajar di sana.Kekalkanlah identiti dan perwatakan ahli ilmu sekalipun anda telah pulang dari sana.

Al-hamdulillah dengan rahmat dan inayahNya penulis dapat merakamkan sebuah perjalanan hidup.Tanpa rahmat dan kasihNya,tentu penulis sendiri tidak mungkin mencipta perjalanan ini.Inilah sebuah sejarah kehidupan saya pada beberapa tahun yang lalu,ketika berada di perantaun.Tapi semuanya telah menjadi kenangan dan sejarah hidup yang mampu dikongsi bersama pembaca.Ciptalah semanis-manis kenangan, kerana kenangan akan menjadi sebuah sejarah hidup.Andai semalam adalah kenangan dan sejarah, hari ini….kita perlu mencipta langkah yang lebih kemas agar ianya bakal meninggalkan jejak teladan buat orang yang kemudian.Hari ini dan esok adalah ketentuan yang belum pasti,yang belum pasti ianya akan menjadi sejarah yang hebat atau sebaliknya,namun ianya perlu dilengkapakn dengan segala persiapan kerana yang esok bakal menjadi bekal untuk masa hadapan.SALAM MAAL HIJRAH 1431... HIJRAHLAH…..BERSAMA TEKAD & PERBAHARUI NIAT DARI MASA KE SEMASA AGAR NIAT Di HATI AKAN SENTIASA DISERTAKAN KERANA ALLAH.

No comments: