05 March 2009

Politik tanpa Moral Menurut Machiavelli

Machiavelli dilahirkan pada 3 mei 1469 di Florence Itali dan mati pada tahun 1527 Masihi.Seorang pengasas politik moden yang dikaitkan dengan kerajaan korup, berfahaman sekural. Seorang ahli politik yang menentang golongan kristian yang bermazhab katolik. Menurut beliau untuk meneguasai sesebuah Negara, mestilah menggunakan apa cara sekalipun termasuk kekerasan dan kekuatan. Di samping itu pemerintah perlu bijak menyuap rakyat dengan hiburan yang berlebihan,pertunjukkan seni seperti tarian dan sukan bagi melalaikan mereka dan mendapat sokongan secara berterusan. Dalam karangan Machiavelli yang bertajuk The Prince dipenuhi dengan ideanya tentang teori untuk menjadi pemerintah yang zalim. Beliau juga berpendapat agama dan moral mengongkong perjalanan politik semasa. Beliau meneruskan lagi dengan pandangannya yang menyebut seorang pemerintah mesti mengutamakan elemen pemerintahan, oleh kerana itu seorang pemerintah mestilah menjadikan kuasa sebagai perkara yang penting bagi mengukuhkan politik. Di samping itu politik juga tidak sewajarnya dikaitkan dengan agama.Bahkan nilai pentadbiran adalah lebih bernilai daripada nilai agama. Di sebabkan fahaman ini beliau menegaskan kuasa boleh menjadi milik seseorang melalui pendapat dan pendapat pula bergantung kepada propaganda, justeru dengan propaganda itu sesuatu agenda lebih dilihat begitu bijaksana berbanding penentangan secara langsung. Melalui propaganda juga sesuatu masyarakat akan menerima sesuatu itu sebagai tindakan yang bijaksana. Ciri pemerintahan yang baik menurut Machiavelli ialah:
Mengekalkan kuasa sekalipun seseorang pemimpin itu sedang mempraktikkan sesuatu moral yang buruk.Demi menuju keamanan dan keselamatan Negara,setiap pemimpin mestilah tidak takut menghadapi tuduhan melakukan kejahatan.
Seorang pemimpin juga mestilah mengutamakan sifat kedekut lebih daripada sifat pemurah,kerana sifat pemurah boleh mentadatangkan beban kepada pemimpin,tetapi pada waktu-waktu tertentu sifat pemurah perlu ditonjolkan bagi meraih sokongan rakyat. Bagi menunjukkan sifat pemurah ini,seseorang pemimpin mestilah menggunakan harta orang lain untuk diberikan kepada rakyat justeru perkara ini akan mengharumkan nama anda. Sedangkan menggunakan harta sendiri akan menjadikan seseorang pemimpin dalam keadaan miskin. Machiavelli menegaskan lagi, adalah baik bagi pemerintah bertindak kejam kepada rakyat daripada berlaku adil dalam menjalankan hukuman kepada mereka.Kekejaman dapat menakutkan rakyat sekalipun ianya dilaksanankan ke atas sebilangan rakyat. Pemerintah perlu bersikap hipokrit daripada bersikap jujur sekalipun melalui cara melanggar janji. Dalam perkara ini Machiavelli mengambil sifat binatang untuk dijadikan teori seperti sifat seekor harimau yang tamakkan kuasa dan sifat kancil yang bersifat jinak tatapi pandai membuat tipu helah. The end justifies the means, itulah teori sebenar yang digunakan oleh Machiavelli.Sebagai pemimpin yang beragama Islam,semesitnya kita menjauhkan pemerintahan seperti ini,justeru kita umat Islam percaya dan beriman dengan hari akhirat yang mana pada hari itu semua amalan kita akan dibentangkan.

No comments: