11 March 2009

Demi Kemajuan Bangsa

Kata Datuk A Samad Said, Sasterawan Negara: "Saya terkena (gas pemedih mata) pada hidung,mata dan juga kena tolak.Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya" . (Mingguan Malaysia Ahad 8 mac 2009,M/S 3)
Apa jua cakap orang.… Kami kata kan.. Kalau tak kerana bahasa … Kalau tak kerana kemajuan anak bangsa… Takkan kami berdemontrasi Majukah anak bangsa kalau hanya lulus periksa dengan kadar 20% Bila peperiksaan Matematik dan Sains dipelajari dalam bahasa Inggeris Atau kita lebih bangga,jika anak bangsa kita pelajari Metematik dan Sains dalam Bahasa sendiri dan peratus lulusnya 40% Fikirkan logiknya.. Amerika maju,German maju,Britain maju,Jepun maju,Holland maju Disebabkan bahasa mereka Ke angkasa jua Angkasawan Negara Bukan dengan teknologi Amerika atau Britain Tapi dengan kemajuan teknologi Rusia Andai esok Amerika dan Britain jatuh Bahasa apa pula anak bangsa kita akan belajar Adakah mereka akan kekal pelajari sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris?Biar kita pelajari sains dalam bahasa kita, Biar formula sains yang terbaru ditemui anak bangsa kita Tetap dipelihara dalam bahasa kita, agar strategi kita tidak mudah diambil orang. Terutama sekali musuh-musuh Islam… kerana sudah lama mereka mencuri khazanah Islam melalui impelarisme Atas kewajaran menusia yang dikurniakan akal Bukanlah politik menjadi dalang, Tetapi logik boleh membuah fikiran Kerana para intelek mempunyai prinsip Tak salah kalau prinsip yang baik digabungkan Dengan pemikiran mereka yang berperinsip

No comments: