22 January 2009

Carilah jalan untuk menghadapi cabaran

Kata sahabat kalau ingin menjadi penulis,lazimkan diri untuk menulis pada setiap hari...al-hamdulillah akhirnya siap juga tesisku pada tahun ini...terasa bebas bila dapat menarik nafas lega. Apa jua keadaan ada satu lagi saat yang mendebarkan iaitu saat viva di hadapan beberapa orang pensyarah...perlu persiapan yang mantap bagi menjawab segala persoalan yang bakal ditimbulkan pada saat itu...Buat masa sekarang penulis masih di sekitar bangi dan mencari pengalaman sebagai research asistant bagi sebuah kajian yang bertajuk dialog antara agama-agama implikasinya antara masyarakat muslim dan non muslim di sekitar lembah kelang. Bila kerja begini banyak pula saya menghabiskan masa berada di hadapan internet kerana ditugaskan mencari maklumat berkaitan kristian dan hindu di malaysia.Banyak sekali gereja yang terdapat di sekitar Malaysia bahkan pihak gereja sendiri mempunyai kementerian gereja tersendiri di Malaysia. Mereka mempunyai dana yang begitu banyak bagi menjalankan aktiviti harian mereka sama.Gereja yang ada sekitar negara kita terbahagi kepada dua jenis, satu Katholik dan selainnya Protestant.Gereja protestant ditubuhkan setelah terdapat di kalangan penganut kristian sendiri yang tidak berpuas hati dengan peraturan gereja katholik, maka setelah dari itu mereka mencipta aliran gereja yang tersendiri seperti gereja Lutheran,Methodist,Anglican dan selainnya. Sekalipun begitu agama Islam dan hukumnya tidak boleh sewenang-wenangnya diubah mengikut cita rasa sendiri seperti agama lain.
Kata orang dimana ada ramai umat Islam di situlah banyak berlaku permasalahan dan cabaran yang harus ditempuhi oleh umat.Contohnya seperti mana berlaku kepada saudara kita di Palestin,mereka adalah satu umat yang memiliki jiwa yang kuat seperti mana dinyatakan oleh nabi sekalipun sehingga diakhir zaman.Sekalipun kita merasa simpati kepada nasib mereka,namun apa yang mereka kecapi di akhirat sana lebih dari itu,mereka mendapat pahala syahid tidak seperti kita.Disebabkan itu ujian mereka lebih besar berbanding ujian-ujian yang dihadapi oleh umat Islam yang lain. Dalam kesenangan dan keamanan yang kita kecapi pada hari ini, sebenarnya terdapat pelbagai kemelut dunia yang berlegar di sekitar kita,bahkan ada di antaranya adalah ujian,dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi oleh umat Islam.
Selama perjalanan saya berada di negara orang,jelas gereja di sekitar UK tidak begitu aktif seperti Malaysia.Ramai rakyat Britain yang sudah longgar pengangan agama,bahkan ada pula yang tidak berpegang kepada mana-mana agama, namun di Malaysia gerakan mesionari begitu aktif membuat strategi bagi menjayakan misi mereka. Pernah saya bertanya kepada teman sekerja dengan di sekitar Sheffield satu ketika dulu tentang perayaan hari natal dan christmas tree...kata beliau,"Entahlah kebanyakkan masyarakat di Britain waktu perayaan krismas hanyalah waktu untuk melancong dan bercuti", mengenai pokok krismas pula kata beliau ianya hanyalah satu tradisi dari zaman berzaman. Bila jawapan yang diberikan tidak begitu berfakta,saya kembali terkenangkan gereja yang terdapat di setiap kampung dan bandar di Uk yang tidak pernah menjadi tempat ibadat yang sebenar bagi mereka,bahkan dibiarkan begitu saja. Apa yang jelas mereka sendiri jahil dengan agama mereka.Memang banyak gereja yang tidak aktif di UK,bila ada di kalangan orang Islam yang ingin membeli gereja tersebut untuk dijadikan masjid,kerajaan tidak membenarkan,namun begitu terdapat juga umat Islam yang membeli gereja yang ada untuk dijadikan restoran dan perkara itu dibenarkan oleh kerajaan.
Apa yang saya nayatakan di sini terdepat perbezaan di antara cabaran yang harus dihadapi bagi setiap umat Islam,bahkan cabaran itu datang dalam pelbagai bentuk. Kata sahabat saya, seorang geraduan al-Azhar Mesir para pelajar seperti disihir bila melihat salib atau gereja yang terdapat di sekitar Mesir.Ada yang sampai sudah melangkahkan kaki menuju ke pintu gereja setelah melihat salib ketika lalu berdekatan dengan tempat itu, atau di Malaysia sendiri terdapat masyarakat yang begitu tertarik dengan agama selain Islam disebabkan tersalah meminum minuman yang diberikan.
Wahai anak bangsa jangan sampai tergadai agama setelah maruah diri saban hari digadaikan hingga menjadi perbahasan dimuka depan surat khabar. Bertaubatlah kepada Allah selagi mana nyawa dikandung badan kerana Allah maha pengasih lagi penyayang. Ada permasalahan yang berlaku di kalangan anak muda hari ini yang menganggap bila mereka telah melakukan banyak dosa besar, Allah tidak akan mengampunkan dosa mereka, berorientasikan hal ini mereka bertekad untuk keluar agama agar dosa mereka diampunkan dengan cara lain. Ini adalah satu pemahaman yang salah,dan perkara ini tidak akan berlaku jika manusia itu belajar dan cuba untuk memahami dengan jelas tentang agama Islam.
Biarpun muda hanya sekali,tetapi waktu muda bukanlah satu waktu untuk dihabiskan semata-mata untuk hiburan dan keseronokkan kerana setiap saat waktu yang dihabiskan oleh kita bahkan dipersoalkan di akhirat kelak.Ingatlah bahawa golongan muda yang mampu menjalani masa muda mereka dengan penuh ketakwaan si samping memelihara diri dari kemaksiatan, mereka bakal di himpunkan bersama nabi Yusof di akhirat kelak kerana mereka berjaya memelihara nafsu dari tertipu dengan keseronokkan dunia.Perlu diingatkan bahawa kesejahteraan muda-mudi hari ini akan menjadi jaminan kejayaan kepada generasi pada hari esok.

No comments: