22 May 2009

Aqso dan Malaysia

Tentu setiap orang penat bekerja seharian dan ingin berehat di malam hari...Semalam sempat saya menonton sebuah cerita bertajuk Slumdog Millionaire dengan seorang sahabat di rumah.Kisah perjalanan hidup seorang anak muda dari India yang beragama Islam yang hidup penuh kemeskinan tapi berani tampil ke hadapan untuk menyertai pertandingan Who wants to be a millionaire sebab nak cari aweknye...pada pandangan saya filem amat berbeza dengan filem-filem cinta dan khayalan yang selalu dilakonkan oleh ramai artis-artis india.Tapi filem ni jelas membuktikan realiti kehidupan masyarakat India.Bagaimana sikap polis di India, kemiskinan rakyat India dan sebagainya yang anda sendiri boleh menontonnya untuk mengambil teladan bukan untuk berhibur. Tapi apa yang saya sendiri tak setuju dalam cerita ni,bab babak si Salim menunaikan solat belum keluar bekerja sebagai gangster dan si Jamal bermadu kasih dengan kekasihnya setelah bertemu.Tapi nak diikutkan memang ramai anak muda sekarang dah mula berani melakukan hal-hal seperti ini tanpa segan silu.Kiamat sudah dekat...
Di sebalik filem ni saya terfikir,andai filem malaysia juga berani mengetengahkan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang sebenar,termasuklah sikap-sikap polis dan kerajaan yang memerintah Malaysia,itupun cukup baik untuk membuka mata rakyat Malaysia sendiri dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia. Sama ada dari segi intitusi pendidikan, kehakiman,undang-undang dan pemerintahan. Tapi apa yang ingin saya bincangkan dalam tulisan saya pada kali ini bukan tentang pemerintahan tetapi tentang Aqso dan Madina...eh silap Aqso dan Malaysia.
Hari ni rata-rata masyarakat Malaysia bagaikan kembali melupakan tentang tangisan Aqso yang menagih bantuan dan pertolongan, ketika Gaza diserang seluruh media massa di Malaysia sama saluran TV,radio sibuk mengetengahkan tentang keadaan saudara kita di bumi GAza, sehingga mengeluarkan kenyataan tentang keharusan rakyat jelata memboikot barangan Israel,tapi hari ni semua dah lupa,KFC dan Macdonald mendapat sambutan yang hebat daripada penderma-penderma yang baik hati ke tabung senjata Israel.Saudara kita yang masih terlantar di hospital disebabkan kecederaan semasa serangan Israel di Gaza belum lagi pulih,tapi kita di sini masih setia menjadi penderma kepada Israel. Lupakah kita dengan wajah anak-anak kecil yang terkena percikan posporus hingga badan mereka menjadi kehijauan disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam bahan letupan tersebut. Di mana kita leburkan Islam,Iman dan Ihsan kita terhadap saudara seislam kita di Pelestine.
Walaupun kalimah boikot nampak macam kosong..tetapi untuk menahan diri supaya terus memboikot memerlukan kesedaran yang tinggi dari segi Iman dan Islam.Sama-samalah kita bermuhasabah diri.Jangan biarkan Aqso hilang dari hati kita...kerana Aqso selama ini cukup menderita disebabkan derma yang dilancarkan oleh orang Islam sendiri.Sedarlah wahai saudara-saudara ku.Sabda nabi s.a.w: Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.
Andai diri kita juga tidak mahu apa yang berlaku di Gaza berlaku terhadap negara dan kehidupan kita, seharusnya kita sedar dan bertindak untuk mengasihi saudara kita sekalipun dengan memboikot barangan Israel.

No comments: