17 July 2008

Satu Malam ketika si pencuri masuk rumah

Sedar tak sedar semalam ada orang masuk rumah...dah ler lelaki,alhamdulillah semuanya selamat.Rumahku takde ler best sangat berbanding rumah-rumah orang lain di sekitar Bangi bandar ilmu ini.Al-Maklumlah rumah student yang kaya dengan komputer riba yang mana masing-masing semuanya masih bergelar penuntut di peringkat siswazah di UKM.Selalunya rumah ku masih terang walaupun pukul 1,2,3 pagi kerana masing-masing sibuk menyiapkan tesis bagi mencapai cita-cita.Malam tu ada sorang sahabatku yang menyiapkan tesis diruang tamu, kerana esoknya dia akan submit tesisnya.Agak lewat juga dia tidur sebab sibuk sekali mengedit tesis protaz.Hampir pukul 4 pagi,dia agak letih dan tertidur.Aku dan member sebilik masih segar lagi mata kami pada pukul 2,namun pada pukul 2 lebih,suasana bilik dah semakin sunyi.Kawan-kawan yang lain juga dak lama memejamkan mata,kerana ada di antaranya bergelar Ustz dan RA yang semestinya akan keluar di awal pagi untuk mencari nafkah hidup.Tiada sapa yang sedar semasa si pencuri masuk ke rumah kami,kecuali kawan ku yang tertidur diruang tamu.Mengikut laporan kak sofi si pencuri masuk rumah dan memang dah pegang komputer riba kak sofi sebelum dibawa lari,ketika itu kak sofi terjaga dan sempat memandang pencuri yang berada di sebelahnya yang sedang mengangkat komputer riba yang begitu amanah dalam menjaga segala rahsia dan tesis yang ditulisnya selama ini.Dalam keadaan itu kak sofi sempat menjerit dan akhirnya si pencuri sempat tersenyum dan meletakkan semula komputer itu di atas meja dan terus berlalu pergi.Walaupun kak sofi seorang yang memakai kaca mata,tetapi ketika pencuri masuk dia tak sempat pakai kaca mata.Namun beliau nampak wajah si pencuri yang wajahnya seperti orang Melayu.Al-hamdulilah lega kak sofi sebab si pencuri masih ada sedikit iman ketika mengangkat komputer ribanya.Kalau tak jenuh la kakande tu copy semula tesis tu daripada kertas.
Al-Hamdulillah kami semua selamat..terfikir juga daku jika si pencuri tu apa-apakan kak sofi malam tu.Tapi al-hamdulillah semuanya selamat.Siangnya kami membuat laporan polis.Polis datang ke rumah untuk membuat kajian forensik bagi mengenal pasti cop tangan si pencuri yang membuka pintu melalui tingkap rumah.Wahai si pencuri bertaubatlah selagi hayat masih ada.....

No comments: